Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Monday, September 24, 2012

DADAH MUSUH NO 1 NEGARA?BETULKAH??

Seringkali terpapar di media elektronik tentang tangkapan dan rampasan dadah dalam jumlah yang sangat besar dengan nilai rampasan mencecah jutaan ringgit.Rampasan dan tangkapan berkaitan dadah sebegini selalunya berlaku di KLIA, Sepang yang merupakan pintu masuk utama ke Malaysia.Ini menggambarkan Malaysia sebagai transit point dan dadah berkaitan bukanlah untuk pasaran di Malaysia.Rampasan tempatan berskala lebih kecil adakalanya dilaporkan terutamanya di Johor dan Pulau Pinang.Persoalannya adakah dadah memang  merupakan musuh utama negara.Mengurangkan indeks kadar jenayah adalah antara  prioriti utama National Key Result Area yang sudah tentunya melibatkan hal hal yang berkaitan dengan  dadah juga.Namun kita perlu meninjau skop yang lebih luas.

Melalui satu temubual, Tan Sri Lee Lam Thye seorang aktivis terkemuka tanah air telah memberikan pandangannya tentang cabaran utama negara.
 Menurut tokoh ini, mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia adalah cabaran utama negara yang perlu ditangani.Malahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan secara sinis pada majlis sambutan Aidil Fitri Yang Dipertua Dewan Negara pada 2 Sept 2012 yang lalu bahawa sentimen perkauman kaum akan menjadikan Malaysia lemah.Sentimen perkauman adalah halangan tegar kepada  perkauman kaum.Kini keujudan pelbagai kumpulan etnik di Malaysia menjadikan isu perpaduan kaum begitu mencabar.Kebanjiran pelbagai spesis baru seperti Awang Hitam Afrika,Vietnam,Nepal,Bangladesh dan yang terkini Rohingya begitu menggusarkan anak jati Malaysia.
Malahan saya amat terperanjat sekali dengan satu laporan mengatakan kini terdapat 50,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia.Adakah ini contoh kera di hutan disusukan , anak sendiri minum air hujan.?Tanpa tanah, anak jati Malaysia adalah sama seperti pelarian.

Saya sendiri mengenali rapat beberapa individu yang mendiami tanah dan menunggu geran selama 32 tahun  namun masih hampa.Dalam tempoh 32 tahun penantian, ramai dari kalangan pemohon asal tanah ini telah pun meninggal dunia.Satu realiti yang menyedihkan.
Pada masa ini jumlah penduduk Malaysia adalah 28.4 juta orang dengan 67% Bumiputera, 24%Cina dan 9% lain lain kaum.Komposisi kaum ini boleh berubah dengan mendadak dan di luar jangkaan jika tiada kawalan berkesan terhadap kebanjiran pendatang asing tanpa izin(PATI) ataupun yang datang dengan izin tetapi terus menetap di Malaysia secara haram atau secara sah melalui pintu belakang.Sabah telah menjadi negeri termiskin angkara pertambahan penduduk yang tidak munasabah.Penubuhan Suruhan Jaya Diraja berkaitan pendatang asing tanpa izin ini adalah bukti kukuh bahawa ujud masalah PATI yang berterusan di Sabah.Malahan pada tahun  1990an dahulu, seorang PATI telah didapati menjawat jawatan sebagai kaunselor di Majlis Perbandaran Tawau, Sabah.Bayangkan jika PATI pula yang mengendalikan agensi penguat kuasa kerajaan seperti Polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen  malahan Suruhan Jaya Pilihan Raya sendiri.Laporan media sebelum ini mendakwa berlakunya perlantikan Sultan Sulu di Likas, Kota Kinabalu adalah satu whistle blower yang wajar dipandang serius.Dengan sumber sumber asli Malaysia yang semakin berkurangan, kebanjiran PATI dan pendatang spesis baru wajar dibendung secara keseluruhan dan berkesan .Apabila negara diperintah oleh warga asing  ataupun  warga tempatan yang dikawal oleh warga asing, warga Malaysia bakal menjadi hamba di negara sendiri.Persepsi dadah musuh no1 negara wajar dikaji semula.

Wednesday, September 19, 2012

MALAYSIA BAKAL PENGIMPOT BERSIH MINYAK MENJELANG 2107

Mengikut laporan International Energy Agency of United Nation(IEA) Malaysia bakal mengimpot sepenuhnya minyak menjelang 2017.Laporan ini mengerikan tetapi ianya perlu dihadapi jika itulah hakikat sebenar.
Petronas yang ditubuhkan  pada 1974 adalah pemacu utama ekonomi negara dengan sumbangan bajet sehingga 45% daripada bajet tahunan negara.Dengan perkembangan ini, nampaknya prospek royalti 20% untuk negeri Sabah semakin suram.Hilanglah prospek projek itu ini dan peluang pekerjaan baru.Sabah, Sarawak,Terangganu dan Kelantan adalah empat negeri pengeluar minyak di Malaysia.
Pada masa ini, penggunaan domestik bahan produk petroleum ditampung oleh bekalan minyak mentah yang di impot. Minyak mentah ini kemudiannya di tapis semula di loji penapisan di Melaka dan Negeri Sembilan.Ironinya Sabah sebagai negeri pengeluar minyak tidak pula memiliki loji penapisan minyaknya sendiri.Hal ini disebabkan oleh hal ehwal berkaitan petroleum ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.Apabila sumber bekalan minyak mentah petroleum melambung tinggi harganya ataupun bekalan sukar diperolehi disebabkan oleh peperangan atau bencana alam, rakyat jelata akan menerima padah.

Melihat perkembangan di Syria dan ancaman berterusan barat terhadap Iran, kestabilan bekalan minyak mentah impot adalah begitu menggusarkan.Dalam konteks Sabah, negeri tumpah darahku walaupun bakal menjadi pengeluar terbesar  minyak dan gas di Malaysia, hakikatnya kebanyakan warga Sabah hanyalah menjadi penonton.Sabah bakal kekal sebagai negeri termiskin di Sabah.Pada era tahun 70an dahulu, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia melalui hasil balak.Selepas sumber balak ini licin di kaut, kini kelapa sawit pula menjadi penyumbang utama ekonomi negeri Sabah. Sandakan yang lebih luas daripada negeri Pahang adalah pengeluar terbesar kelapa sawit di Malaysia.Macam macam jenama ada..... IJM,IOI, PB Oil, Tanah Emas dan banyak lagi..hanya Felda tiada di Sandakan.Felda ada di  Lahad Datu .Tetapi industri ini gagal mengeluarkan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia.Tidak susah untuk faham mengapa perkara ini terjadi.Para pemilik ladang dan loji penapisan minyak kelapa sawit adalah terdiri daripada bukan warga Sabah.Rakyat  jati Sabah tiada kawalan terhadap industri sawit ini sedangkan hal ehwal berkaitan tanah adalah dibawah  tanggung jawab kerajaan negeri.Menambah parah lagi  adalah  fenomena kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang memiliki kad pengenalan warga negara Malaysia melalui pintu belakang.
Sudahlah saiz keknya  kecil , terpaksa pula bahagi dengan ramai orang dan berebut rebut pula.

Kebergantungan terhadap  hasil sawit juga dibatasi oleh  saiz tanah dan jangka hayat tanaman sawit itu sendiri.Pada masa ini, Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar terbesar minyak sawit dunia.Dengan saiz tanah dan bekalan buruh, Indonesia memiliki kelebihan berbanding Malaysia di dalam industri sawit ini.Mungkin ada yang akan kata tidak apa...boleh kerja di Kalimantan,Indonesia.Tetapi ada baiknya warga Malaysia bertanya kepada diri sendiri.Adakah Indonesia akan melayan pekerja warga Malaysia SAMA seperti Malaysia melayan para pekerja warga Indonesia nanti .Bayangkan jika negara seperti Afrika yang lebih hampir kepada pasaran Eropah  ataupun China mula turut serta di dalam industri sawit.Pendapat saya pula kalau terlalu tertumpu kepada industri sawit, bermakna Malaysia sedang menuju kepada negara pertanian dan bukannya negara perindustrian.Dengan tahun 2020 semakin menghampiri, akan tercapaikah status negara maju nanti.Melalui pengamatan saya , Malaysia semakin agresif menarik pelabur luar seperti mana  negara jiran Singapura.Bermacam macam koridor dan inisiatif dicipta termasuklah tenaga boleh diperbaharui..Ini adalah berikutan semakin kurangnya hasil sumber asli terutamanya petroleum.
Apapun, prospek penantian 2017 adalah terlalu lama.Tahun 2012 semakin melabuhkan tirai dan 2013 bakal menjelma membawa bersamanya harapan untuk terus maju membangun atau sebaliknya. Setiap warga Malaysia haruslah memainkan peranan pada kali ini  dengan melakukan perkara yang betul.Tersalah langkah alamat  beberapa generasi akan teruk menanggung akibatnya.





Monday, September 3, 2012

What Say You ~ RTM

Program Mandarin What Say You yang disiarkan di TV2 RTM  setiap Ahad jam 11.30AM adalah antara program  kegemaran saya di RTM.Program terbitan saudara K.C.Yeoh ini banyak menampilkan maklumat berguna seperti panduan pengurusan kewangan, peluang perniagaan,  NGO dan banyak lagi. Malangnya program ini adalah dalam bahasa Mandarin.Sebelum ini ada sarikata Bahasa Malaysia   bolehlah juga faham isi kandungannya. Tetapi kini  hanya tui ... tui  sahaja yang saya faham. Dengan itu diharapkan pihak berkaitan  kembalikan  semula sarikata Bahasa Malaysia ataupun menerbitkan rancangan serupa versi Bahasa Malaysia .