Petronas yang ditubuhkan pada 1974 adalah pemacu utama ekonomi negara dengan sumbangan bajet sehingga 45% daripada bajet tahunan negara.Dengan perkembangan ini, nampaknya prospek royalti 20% untuk negeri Sabah semakin suram.Hilanglah prospek projek itu ini dan peluang pekerjaan baru.Sabah, Sarawak,Terangganu dan Kelantan adalah empat negeri pengeluar minyak di Malaysia.
Pada masa ini, penggunaan domestik bahan produk petroleum ditampung oleh bekalan minyak mentah yang di impot. Minyak mentah ini kemudiannya di tapis semula di loji penapisan di Melaka dan Negeri Sembilan.Ironinya Sabah sebagai negeri pengeluar minyak tidak pula memiliki loji penapisan minyaknya sendiri.Hal ini disebabkan oleh hal ehwal berkaitan petroleum ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.Apabila sumber bekalan minyak mentah petroleum melambung tinggi harganya ataupun bekalan sukar diperolehi disebabkan oleh peperangan atau bencana alam, rakyat jelata akan menerima padah.
Melihat perkembangan di Syria dan ancaman berterusan barat terhadap Iran, kestabilan bekalan minyak mentah impot adalah begitu menggusarkan.Dalam konteks Sabah, negeri tumpah darahku walaupun bakal menjadi pengeluar terbesar minyak dan gas di Malaysia, hakikatnya kebanyakan warga Sabah hanyalah menjadi penonton.Sabah bakal kekal sebagai negeri termiskin di Sabah.Pada era tahun 70an dahulu, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia melalui hasil balak.Selepas sumber balak ini licin di kaut, kini kelapa sawit pula menjadi penyumbang utama ekonomi negeri Sabah. Sandakan yang lebih luas daripada negeri Pahang adalah pengeluar terbesar kelapa sawit di Malaysia.Macam macam jenama ada..... IJM,IOI, PB Oil, Tanah Emas dan banyak lagi..hanya Felda tiada di Sandakan.Felda ada di Lahad Datu .Tetapi industri ini gagal mengeluarkan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia.Tidak susah untuk faham mengapa perkara ini terjadi.Para pemilik ladang dan loji penapisan minyak kelapa sawit adalah terdiri daripada bukan warga Sabah.Rakyat jati Sabah tiada kawalan terhadap industri sawit ini sedangkan hal ehwal berkaitan tanah adalah dibawah tanggung jawab kerajaan negeri.Menambah parah lagi adalah fenomena kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang memiliki kad pengenalan warga negara Malaysia melalui pintu belakang.
Sudahlah saiz keknya kecil , terpaksa pula bahagi dengan ramai orang dan berebut rebut pula.
Kebergantungan terhadap hasil sawit juga dibatasi oleh saiz tanah dan jangka hayat tanaman sawit itu sendiri.Pada masa ini, Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar terbesar minyak sawit dunia.Dengan saiz tanah dan bekalan buruh, Indonesia memiliki kelebihan berbanding Malaysia di dalam industri sawit ini.Mungkin ada yang akan kata tidak apa...boleh kerja di Kalimantan,Indonesia.Tetapi ada baiknya warga Malaysia bertanya kepada diri sendiri.Adakah Indonesia akan melayan pekerja warga Malaysia SAMA seperti Malaysia melayan para pekerja warga Indonesia nanti .Bayangkan jika negara seperti Afrika yang lebih hampir kepada pasaran Eropah ataupun China mula turut serta di dalam industri sawit.Pendapat saya pula kalau terlalu tertumpu kepada industri sawit, bermakna Malaysia sedang menuju kepada negara pertanian dan bukannya negara perindustrian.Dengan tahun 2020 semakin menghampiri, akan tercapaikah status negara maju nanti.Melalui pengamatan saya , Malaysia semakin agresif menarik pelabur luar seperti mana negara jiran Singapura.Bermacam macam koridor dan inisiatif dicipta termasuklah tenaga boleh diperbaharui..Ini adalah berikutan semakin kurangnya hasil sumber asli terutamanya petroleum.
Apapun, prospek penantian 2017 adalah terlalu lama.Tahun 2012 semakin melabuhkan tirai dan 2013 bakal menjelma membawa bersamanya harapan untuk terus maju membangun atau sebaliknya. Setiap warga Malaysia haruslah memainkan peranan pada kali ini dengan melakukan perkara yang betul.Tersalah langkah alamat beberapa generasi akan teruk menanggung akibatnya.

No comments:
Post a Comment