Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Thursday, January 31, 2013

RCI :Soalan kepada ahli panel

Pada  Selasa 29hb Januari 2013, sepertimana biasa saya telah memesan nasi lemak telur kegemaran saya di restoran yang terletak di jalan Gaya,Kota Kinabalu.Restoran ini agak popular disebabkan oleh set up dan juga sistem layanan pelanggan yang sangat cekap.

Semasa memesan makanan di kaunter, pekerja yang saling bercakap dalam loghat Filipina sedang berkerumun di kaunter.Biasalah Filipina memang kaki temberang.Pemandangan yang saya hadapi di depan mata cukup menyakitkan hati dan mata.Apa yang berlaku adalah salah seorang dari pekerja berkenaan sedang menunjukkan Mykad miliknya kepada pekerja pekerja yang lain dengan rasa bangga.

Setelah pesanan nasi lemak saya sampai ke meja, saya tidak menjamahnya kerana telah hilang selera.Lalu saya menawarkan kepada pelayan yang menghantar order tersebut agar mengambil sahaja nasi lemak itu .Saya kata sakit perut tiada selera mahu makan.Begitulah alasan diplomasi yang saya berikan.

Dalam pada seluruh Sabah sedang  menumpukan kepada proses keterangan diambil daripada saksi berkaitan RCI, fikiran saya terlintas dengan dua soalan berkaitan RCI  ini.Pertama siapakah yang menentukan sipolan A perlu tampil memberi keterangan dan si polan B pula tidak perlu.Kedua bagaiman calon calon saksi ini dikenal pasti .Alangkah baiknya kalau ahli panel RCI adalah orang yang membaca posting pada kali ini.Akan tetapi saya sedar, itu cuma wishful thinking.Tidak mungkin mereka  mempunyai masa untuk melayari internet.Oleh itu harapan kedua saya adalah cuma berkongsi soalan berkenaan dengan para pembaca yang budiman.Sekiranya anda tidak mempunyai jawapannya tidak mengapa.Mungkin anda boleh mencari individu yang ada jawapannya dengan bertanyakan soalan yang sama.

Berdasarkan kepada pengalaman bekerja bersama dengan konsultan, jawapan sebenar kepada sebarang masalah boleh dikenal pasti dengan bertanyakan 6 jenis soalan.Biarlah empat lagi soalan itu saya pendamkan di dalam diri sahaja macam lagu Biarlah Rahsia nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

Sebagai selingan sejenak seperti siaran TV, saya ingin mengalih  seketika tumpuan pembaca kepada dokumentari ataupun rancangan bersiri bersifat lakonan semula.Saya  paling benci dokumentari dan rancangan bersiri seperti ini.Contohnya  dokumentari yang memaparkan kisah kisah hantu atau aktiviti paranormal.Penerbit tanpa segan silu akan menggunakan segala helah yang ada sepreti penggunaan asap berkepul kepul, lampu suluh untuk mengujudkan imej bayang bayang dan juga mengoyang goyangkan kamera bagi mengujudkan suasana dinamik dan kelam kabut.Rasanya ada juga penonton yang akan tertipu dengan  helah ini sementara si penerbit ketawa  kegembiraan menuju ke bank kerana bayaran lumayan yang  diterima bagi menerbitkan dokumentari berkenaan.

Entah kenapa penyiasatan RCI yang kini sedang rancak dijalankan   tiba tiba mengingatkan saya kepada siri dan dokumentari lakonan semula ini.Sudah tentu sukar untuk saya mencari puncanya.Kebenaran ada di luar sana......begitulah tagline yang digunakan oleh siri X-files yang telah menjadikan penerbit dan pelakon siri berkenaan kaya raya.

Penubuhan RCI haruslah diangggap sebagai peringatan kepada seluruh warga Malaysia termasuk yang berada di semenajung.Jika isu pendatang haram berlaku secara  berleluasa di Sabah, ianya boleh berlaku dimana mana.Malahan kelibat Awang Hitam telah mencetuskan masalah baru di tanah semenanjung.Di US dan Australia , golongan pribumi telah menjadi kaum minoriti dan terpinggir .Ada laporan media cetak sebelum ini mengatakan terdapat 37% pendatang tanpa izin di Sabah.Dengan jumlah penduduk Sabah seramai 2.52 juta orang, bermakna terdapat lebih 900,000 pendatang asing sedang berkeliaran di bumi Sabah pada ketika ini.Itu tidak termasuk lagi pendatang asing yang bertukar status menjadi warga negara.


Friday, January 11, 2013

Subsidi :Bila Lagi Nak Transform

Setiap malam apabila menonton berita pada jam 8:00PM, pasti terselit  montaj jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan atas nama memastikan harga barangan  dan perkhidmatan  kekal terkawal.Nilainya bukan sedikit tetapi mencecah berbillion ringgit setiap tahun.Bagi tahun 2012 sahaja, sebanyak RM18.92billion telah diperuntukkan untuk menanggung perbelanjaan subsidi terhadap   bahan api diesel, petrol, gas memasak LPG  dan barangan runcit terkawal seperti gula, minyak masak   dan tepung .



Pembayaran subsidi dilakukan oleh kerajaan demi menjaga  kebajikan rakyat jelata.Saya mendapati stesen minyak turut mempamerkan jumlah subsidi  yang ditangggung kerajaan bagi setiap liter petrol  dan diesel.Ala ala iklan lah....

Sebenarnya pembayaran subsidi oleh kerajaan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu pembayaran kepada orang awam dan juga pembayaran subsidi kepada  kelompok  industri dan perniagaan.

Namun  sistem penyampaian  yang tidak berkesan telah mengagalkan    impak yang diinginkan oleh kerajaan kepada kumpulan sasar.Malahan terdapat golongan lain pula yang mengaut keuntungan  dan kumpulan sasar terus dibelenggu  dengan kos sara hidup yang tinggi.Terdapat beberapa lapuran media mendedahkan tentang dakwaan penyelewengan diesel bersubsidi yang dimaksudkan untuk para nelayan dan industri sebagai kumpulan sasar.Penyeludupan minyak masak dan gas LPG  juga sering dilapurkan oleh media cetak dan elektronik.Penyeludupan berlaku lantaran bahan bahan bersubsidi  ini  mempunyai nilai harga yang jauh lebih tinggi di pasaran negara jiran seperti Thailand , Indonesia dan Filipina.







Daerah Kota Belud pada tahun 2012 telah  digemparkan oleh perompak tegar yang cuba melarikan satu lori yang sarat dengan muatan kargo  gas memasak LPG Petronas.Entah dimanalah agaknya perompak tahap mangkuk  ayun ini belajar cara hijack kargo tong gas memasak ini.Ini mesti terlalu banyak menonton drama TV  sehingga begitu terpedaya dengan skrip drama yang ditonton.

Pemberian subsidi oleh  kerajaan adalah satu amalan mulia dan harus disanjung tinggi.Namun ironinya  setiap  rakyat perlu  membelanjakan wang  mereka terlebih dahulu untuk dapat menikmati  subsidi ini.Saya teringat pula kepada satu ungkapan yang berkaitan dengan cukai.

"Anda menjana pendapatan anda dikenakan cukai"
"Anda membelanjakan wang anda dikenakan cukai"

Rangkaian kata kata ini memang benar.Malahan sebenarnya ada lagi satu sisi hitam yang tidak disebutkan disini.Anda cuba menjana pendapatan pun turut dikenakan cukai.Golongan yang berniaga di kaki lima dengan hanya menjual sigup(tembakau tempatan)juga dilapurkan terpaksa membayar cukai harian sebanyak RM1 seperti lapuran Daily Express bertarikh 11 Jan 2013.Saya percaya perkara seperti ini turut berlaku di mana mana seperti tapak pasar tani di mana kebanyakan peniaga kecil adalah golongan bumiputera.

Untuk ilustrasi lanjut  pembaca digalakkan berbelanja  contohnya seperti ke outlet makanan segera sebaik sahaja selesai membaca entri pada kali ini.Tertera pada resit bayaran adalah GST(Goverment Service Tax) 5%... cukai yang sepatutnya dibayar  oleh pemilik perniagaan kini dialih pula untuk ditanggung oleh  pengguna.Entah ke mana perginya Persatuan Pengguna .....

Walaubagaimanpun,bukan semua entiti perniagaan yang mengamalkan taktik mengelak cukai  ini.Oleh kerana tajuk entri adalah transformasi subsidi, saya tidak akan memberikan tumpuan panjang lebar kepada soal pembayaran cukai pada kali ini.

Setakat ini, isu pembayaran subsidi yang dibangkitkan  iaitu subsidi kepada orang awam adalah seumpama cebisan kecil ketulan bongkah ais yang hanyut  terapung dan timbul di permukaan lautan.Ada lagi bongkah ais bernama subsidi ini yang jauh lebih besar dibawah permukaan lautan dan hanya diketahui dan boleh dilihat oleh  sebahagian tertentu kumpulan masyarakat terutamanya yang terlibat secara langsung dengan pemberian dan juga penerimaan subsidi ini .Golongan masyarakat yang tidak terlibat di dalam pembayaran subsidi ini hanya menunggu untuk menerima padah. Bongkah ais besar ini dinamakan sebagai subsidi gas asli cecair(LNG).



Petronas mengumumkan telah membayar sebanyakRM133  billion subsidi  gas asli  dari tahun 1997 sehingga Mac 2011.Subsidi gas asli ini adalah bagi menampung kos penjanaan tenaga elektrik yang ditanggung oleh Pengeluar Tenaga Bebas(IPP) dan industri yang melibatkan pengunaan gas asli cecair.

Bagi negeri Sabah, 70% daripada keperluan tenaga elektrik dijana oleh pihak IPP.Kos penjanaan elektrik bagi negeri Sabah adalah  lebih mahal berbanding di Semenanjung kerana sebahagian besar stesen janakuasa sedia ada masih lagi menggunakan diesel dan Medium Fuel Oil(MFO) sebagai bahan bakar dan bukannya gas asli.




Mereka di Semenanjung berada pada posisi yang lebih baik kerana komposisi  sumber penjanaan kuasa daripada stesen janakuasa arang batu , janakuasa hidro selain stesen janakuasa gas asli.Sebagai perbandingan mudah , kos penjanaan seunit tenaga secara hidro adalah cuma 3sen/kWh berbanding dengan 11-14sen/kWh sekiranya menggunakan diesel/MFO.Kos penjanaan tenaga menggunakan gas asli berada diantara kedua sumber ini.Kos penjanaan seunit tenaga ini turut berubah mengikut harga pasaran bahan api.

Menjelang tahun 2015, subsidi gas asli ini akan dimansuhkan sepenuhnya.Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas telah mencadangkan subsidi gas asli dimansuhkan pada Persidangan Gas Sedunia ke25 di Kuala Lumpur pada Jun4 2012.Apa akan terjadi nanti menjelang tahun 2015 dan tahun tahun selanjutnya??.

Sebagai bayangan awal , Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan semakan tarif  elektrik pada Januari 2013 .Sekiranya   semakan tarif elektrik ini diluluskan di parlimen, bermakna harga barangan dan perkhidmatan akan turut melambung naik. Sudah tentu ada yang akan tampil berkata..." para peniaga di ingatkan supaya tidak menaikkan harga barangan sesuka hati" seperti yang biasa didengar.... tetapi tidak lebih dari itu.Lip service ini akan diulang lagi pada gelombang kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berikutnya.

 PM  telah memberikan perhatian lebih kepada semua golongan masyarakat termasuklah  golongan orang asli yang pada pendapat saya jauh terkebelakang dari segi pembangunan.Bagaimana nanti  nasib kumpulan masyarakat dipedalaman yang  bekalan elektrik pun tiada.Keadaan jalan raya jangan ceritalah.Macamana mereka mahu menonton Astro NJOI dengan  enjoy  sebab kos petrol untuk menghidupkan generator sudah tidak tertanggung.


Sementara itu golongan peniaga sentiasa berada di pihak yang menang dengan mengelak dari membayar cukai yang tinggi, mengaut  kemewahan hasil pemberian subsidi oleh kerajaan, tidak dinafikan ujud golongan yang terpinggir  dari rahmat pemberian subsidi ini.Semuanya berpunca dari kelemahan sistem penyampaian subsidi yang terdedah kepada manipulasi.

Kebetulan pada hari ini semasa minum di restoran  oppa cowboy style, seorang kenalan  bernama Gunsalam meluahkan keluhannya berkaitan pembayaran subsidi membajak sawah.Dia telah keluar menyemak subsidi membajak untuk tanah sawahnya seluas 5 ekar .Nilai subsidi berkenaan adalah RM1000 akan tetapi dia begitu hampa kerana tidak ada subsidi keluar hari ini, katanya  dengan  begitu gugup sambil  minum Nescafe O panas.Nampaknya subsidi gred ais hanyut  inipun boleh tergendala pembayarannya.

Prospek yang menanti graduan universiti yang  akan memasuki alam pekerjaan pada 2015 adalah tidak  sama seperti apa yang ada  pada hari ini.Prospek yang menanti  adalah....kos hidup yang jauh lebih tinggi, skim ganjaran serta benefit yang jauh lebih rendah dan susut nilai. Harga hartanah melambung tinggi ke angkasa.Para pemaju hartanah di Sabah turut meluahkan keresahan berikutan  kenaikan harga hartanah berpunca dari karenah birokrasi. 


Saya masih lagi tercari cari dari manakah puncanya prospek  sebenar untuk negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sebelum ini, saya pernah menerbitkan entri tentang pihak Petronas bakal mengimpot minyak sepenuhnya menjelang 2017.Memang ada juga bayangannya seperti  penubuhan bermacam macam koridor untuk menarik pelabur asing melabur wang mereka di Malaysia.Negara negara seperti Singapura dan juga China telah begitu pesat membangun dari segi ekonomi berikutan pelaburan asing dalam dasar ekonomi pasaran terbuka.Ramai warga Malaysia kini  tumpang cari makan di Singapura walaupun saiznya lebih kecil daripada WP Labuan.Semuanya adalah kerana Sinagpura adalah negara Asean yang memiliki pelaburan terbesar di Eropah.Sebagai tindak balas, banyak entiti perniagaan Eropah membuka cawangan di Singapura.Tidak ada jaminan para pelabur tidak akan memindahkan perusahaan ke negara lain.

Konsep negara berpendapatan tinggi haruslah meliputi semua golongan dan kumpulan masyarakat dan warga negara Malaysia dan bukannya golongan  kaya raya sahaja.Di dalam negara yang ada 1000 orang penduduk dengan seorang memiliki pendapatan RM100 juta sebulan dan selebihnya  hanya RM1000 sebulan, kita tidak boleh mengatakan pendapatan bulanan adalah RM100,000 sebulan untuk setiap inividu.

Langkah paling adil dan saksama untuk kesemua warga negara Malaysia adalah dengan membatalkan terus pemberian subsidi.Langkah ini bukan sahaja melenyapkan penyeludupan malahan akan meningkatkan jumlah kutipan cukai yang diperolehi oleh kerajaan.Pembayaran subsidi  seharusnya digantikan dengan pembayaran wang tunai kepada golongan yang layak.Pengkalan data seperti e-kasih,  BR1M, dan lain lain lagi  boleh digunakan sebagai rujukan .Segala data  dan proses yang dilakukan haruslah telus dan terbuka.Apa yang terjadi kepada wang tunai ini terpulanglah kepada kebijaksanaan setiap individu  yang menerimanya kerana kini harga barangan dan perkhidmatan adalah mengikut harga pasaran terbuka.


Monday, January 7, 2013

Beras RM2 Billion

Malaysia masih mengimpot  sebanyak 28%  keperluan beras  untuk kegunaan  tempatan.Pada harga pasaran sebanyak RM2242  untuk satu tan metrik, nilai impot  beras ini melebihi angka RM2 billion.

Namun saya ketawa dengan kenyataan seorang professor Emeritus menyatakan bahawa keperluan beras tempatan masih mencukupi." Apa yang kita perlukan adalah penyelidikan   untuk meningkatkan jumlah pengeluaran beras tempatan...." Demekian kenyataan yang diungkapkannya.Jelas sekali kenyataan ini hanya bersifat  akademik dan bertujuan untuk mendapatkan geran penyelidikan yang tentunya bernilai jutaan ringgit.

Kalau dah cukup tak kan nak impot lagi...haiyaa...mau lagi main wayang free....nampak betull!!





Malaysia mensasarkan untuk tidak mengimpot beras menjelang tahun 2015.Namun saya kurang yakin  sasaran ini akan tercapai.Kalau setakat meningkatkan lagi pemberian  subsidi kepada penanam padi, tentu sekali  sasaran impot sifar beras pada tahun 2015 tidak akan berjaya.

Malahan Thailand selaku pengeluar beras utama   dunia telah  mengalami penurunan  pengeluaran beras. Di tambah lagi dengan bencana banjir yang telah melanda negara berkenaan.Harga beras  melonjak naik kerana peningkatan nilai pemberian  subsidi  mengurangkan produktiviti pengeluaran  beras.Bertambah parah lagi dengan bencana banjir yang telah melanda negara berkenaan.Pelajaran yang boleh dipelajari adalah hati hati dengan pemberian subsidi.


Di Malaysia saya perhatikan pemberian  subsidi  kurang berkesan untuk meningkatkan  pengeluaran beras.Saya berpendapat pembayaran subsidi haruslah dihentikan segera dan digantikan dengan mekanisma lain.Negara Jepun  sebagai negara maju turut melakukan aktiviti pertanian di Malaysia melalui  syarikat kecil dan sederhana.Jelas sekali negara matahari terbit ini  mempunyai perancangan begitu strategik untuk menampung keperluan makanan rakyatnya.Adakalanya saya gusar sendiri....apa akan jadi kepada rakyat  Malaysia  kalau impot beras   terjejas teruk akibat bencana alam di negara pembekal.Para pengimpot beras kini dilapurkan mula mengalihkan perhatian kepada negara negara seperti  Australia dan juga India.


Tan Sri Syed Mokhtar Al -Bukhary, seorang usahawan terkemuka di Malaysia pernah berniaga beras pada tahun 1970an dahulu.Sudah tentu dia dapat melihat ruang dan peluang  tersedia kerana Kedah adalah pengeluar beras terbesar di Malaysia.Ruangan kosong  tersedia bernilai RM2 billion   amat menarik untuk diterokai .Diharapkan segala prasarana dan sistem penyampaian  yang berkesan dapat diadakan agar rakyat Malaysia tidak   lagi bergantung kepada  beras impot tetapi sebaliknya mengekspot pula beras ke negara lain.Barulah ada gaya .