Pada Selasa 29hb Januari 2013, sepertimana biasa saya telah memesan nasi lemak telur kegemaran saya di restoran yang terletak di jalan Gaya,Kota Kinabalu.Restoran ini agak popular disebabkan oleh set up dan juga sistem layanan pelanggan yang sangat cekap.
Semasa memesan makanan di kaunter, pekerja yang saling bercakap dalam loghat Filipina sedang berkerumun di kaunter.Biasalah Filipina memang kaki temberang.Pemandangan yang saya hadapi di depan mata cukup menyakitkan hati dan mata.Apa yang berlaku adalah salah seorang dari pekerja berkenaan sedang menunjukkan Mykad miliknya kepada pekerja pekerja yang lain dengan rasa bangga.
Setelah pesanan nasi lemak saya sampai ke meja, saya tidak menjamahnya kerana telah hilang selera.Lalu saya menawarkan kepada pelayan yang menghantar order tersebut agar mengambil sahaja nasi lemak itu .Saya kata sakit perut tiada selera mahu makan.Begitulah alasan diplomasi yang saya berikan.
Dalam pada seluruh Sabah sedang menumpukan kepada proses keterangan diambil daripada saksi berkaitan RCI, fikiran saya terlintas dengan dua soalan berkaitan RCI ini.Pertama siapakah yang menentukan sipolan A perlu tampil memberi keterangan dan si polan B pula tidak perlu.Kedua bagaiman calon calon saksi ini dikenal pasti .Alangkah baiknya kalau ahli panel RCI adalah orang yang membaca posting pada kali ini.Akan tetapi saya sedar, itu cuma wishful thinking.Tidak mungkin mereka mempunyai masa untuk melayari internet.Oleh itu harapan kedua saya adalah cuma berkongsi soalan berkenaan dengan para pembaca yang budiman.Sekiranya anda tidak mempunyai jawapannya tidak mengapa.Mungkin anda boleh mencari individu yang ada jawapannya dengan bertanyakan soalan yang sama.
Berdasarkan kepada pengalaman bekerja bersama dengan konsultan, jawapan sebenar kepada sebarang masalah boleh dikenal pasti dengan bertanyakan 6 jenis soalan.Biarlah empat lagi soalan itu saya pendamkan di dalam diri sahaja macam lagu Biarlah Rahsia nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.
Sebagai selingan sejenak seperti siaran TV, saya ingin mengalih seketika tumpuan pembaca kepada dokumentari ataupun rancangan bersiri bersifat lakonan semula.Saya paling benci dokumentari dan rancangan bersiri seperti ini.Contohnya dokumentari yang memaparkan kisah kisah hantu atau aktiviti paranormal.Penerbit tanpa segan silu akan menggunakan segala helah yang ada sepreti penggunaan asap berkepul kepul, lampu suluh untuk mengujudkan imej bayang bayang dan juga mengoyang goyangkan kamera bagi mengujudkan suasana dinamik dan kelam kabut.Rasanya ada juga penonton yang akan tertipu dengan helah ini sementara si penerbit ketawa kegembiraan menuju ke bank kerana bayaran lumayan yang diterima bagi menerbitkan dokumentari berkenaan.
Entah kenapa penyiasatan RCI yang kini sedang rancak dijalankan tiba tiba mengingatkan saya kepada siri dan dokumentari lakonan semula ini.Sudah tentu sukar untuk saya mencari puncanya.Kebenaran ada di luar sana......begitulah tagline yang digunakan oleh siri X-files yang telah menjadikan penerbit dan pelakon siri berkenaan kaya raya.
Penubuhan RCI haruslah diangggap sebagai peringatan kepada seluruh warga Malaysia termasuk yang berada di semenajung.Jika isu pendatang haram berlaku secara berleluasa di Sabah, ianya boleh berlaku dimana mana.Malahan kelibat Awang Hitam telah mencetuskan masalah baru di tanah semenanjung.Di US dan Australia , golongan pribumi telah menjadi kaum minoriti dan terpinggir .Ada laporan media cetak sebelum ini mengatakan terdapat 37% pendatang tanpa izin di Sabah.Dengan jumlah penduduk Sabah seramai 2.52 juta orang, bermakna terdapat lebih 900,000 pendatang asing sedang berkeliaran di bumi Sabah pada ketika ini.Itu tidak termasuk lagi pendatang asing yang bertukar status menjadi warga negara.
No comments:
Post a Comment