Pembayaran subsidi dilakukan oleh kerajaan demi menjaga kebajikan rakyat jelata.Saya mendapati stesen minyak turut mempamerkan jumlah subsidi yang ditangggung kerajaan bagi setiap liter petrol dan diesel.Ala ala iklan lah....
Sebenarnya pembayaran subsidi oleh kerajaan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu pembayaran kepada orang awam dan juga pembayaran subsidi kepada kelompok industri dan perniagaan.
Namun sistem penyampaian yang tidak berkesan telah mengagalkan impak yang diinginkan oleh kerajaan kepada kumpulan sasar.Malahan terdapat golongan lain pula yang mengaut keuntungan dan kumpulan sasar terus dibelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi.Terdapat beberapa lapuran media mendedahkan tentang dakwaan penyelewengan diesel bersubsidi yang dimaksudkan untuk para nelayan dan industri sebagai kumpulan sasar.Penyeludupan minyak masak dan gas LPG juga sering dilapurkan oleh media cetak dan elektronik.Penyeludupan berlaku lantaran bahan bahan bersubsidi ini mempunyai nilai harga yang jauh lebih tinggi di pasaran negara jiran seperti Thailand , Indonesia dan Filipina.

Daerah Kota Belud pada tahun 2012 telah digemparkan oleh perompak tegar yang cuba melarikan satu lori yang sarat dengan muatan kargo gas memasak LPG Petronas.Entah dimanalah agaknya perompak tahap mangkuk ayun ini belajar cara hijack kargo tong gas memasak ini.Ini mesti terlalu banyak menonton drama TV sehingga begitu terpedaya dengan skrip drama yang ditonton.
Pemberian subsidi oleh kerajaan adalah satu amalan mulia dan harus disanjung tinggi.Namun ironinya setiap rakyat perlu membelanjakan wang mereka terlebih dahulu untuk dapat menikmati subsidi ini.Saya teringat pula kepada satu ungkapan yang berkaitan dengan cukai.
"Anda menjana pendapatan anda dikenakan cukai"
"Anda membelanjakan wang anda dikenakan cukai"
Rangkaian kata kata ini memang benar.Malahan sebenarnya ada lagi satu sisi hitam yang tidak disebutkan disini.Anda cuba menjana pendapatan pun turut dikenakan cukai.Golongan yang berniaga di kaki lima dengan hanya menjual sigup(tembakau tempatan)juga dilapurkan terpaksa membayar cukai harian sebanyak RM1 seperti lapuran Daily Express bertarikh 11 Jan 2013.Saya percaya perkara seperti ini turut berlaku di mana mana seperti tapak pasar tani di mana kebanyakan peniaga kecil adalah golongan bumiputera.
Untuk ilustrasi lanjut pembaca digalakkan berbelanja contohnya seperti ke outlet makanan segera sebaik sahaja selesai membaca entri pada kali ini.Tertera pada resit bayaran adalah GST(Goverment Service Tax) 5%... cukai yang sepatutnya dibayar oleh pemilik perniagaan kini dialih pula untuk ditanggung oleh pengguna.Entah ke mana perginya Persatuan Pengguna .....
Walaubagaimanpun,bukan semua entiti perniagaan yang mengamalkan taktik mengelak cukai ini.Oleh kerana tajuk entri adalah transformasi subsidi, saya tidak akan memberikan tumpuan panjang lebar kepada soal pembayaran cukai pada kali ini.
Setakat ini, isu pembayaran subsidi yang dibangkitkan iaitu subsidi kepada orang awam adalah seumpama cebisan kecil ketulan bongkah ais yang hanyut terapung dan timbul di permukaan lautan.Ada lagi bongkah ais bernama subsidi ini yang jauh lebih besar dibawah permukaan lautan dan hanya diketahui dan boleh dilihat oleh sebahagian tertentu kumpulan masyarakat terutamanya yang terlibat secara langsung dengan pemberian dan juga penerimaan subsidi ini .Golongan masyarakat yang tidak terlibat di dalam pembayaran subsidi ini hanya menunggu untuk menerima padah. Bongkah ais besar ini dinamakan sebagai subsidi gas asli cecair(LNG).
Petronas mengumumkan telah membayar sebanyakRM133 billion subsidi gas asli dari tahun 1997 sehingga Mac 2011.Subsidi gas asli ini adalah bagi menampung kos penjanaan tenaga elektrik yang ditanggung oleh Pengeluar Tenaga Bebas(IPP) dan industri yang melibatkan pengunaan gas asli cecair.
Bagi negeri Sabah, 70% daripada keperluan tenaga elektrik dijana oleh pihak IPP.Kos penjanaan elektrik bagi negeri Sabah adalah lebih mahal berbanding di Semenanjung kerana sebahagian besar stesen janakuasa sedia ada masih lagi menggunakan diesel dan Medium Fuel Oil(MFO) sebagai bahan bakar dan bukannya gas asli.
Mereka di Semenanjung berada pada posisi yang lebih baik kerana komposisi sumber penjanaan kuasa daripada stesen janakuasa arang batu , janakuasa hidro selain stesen janakuasa gas asli.Sebagai perbandingan mudah , kos penjanaan seunit tenaga secara hidro adalah cuma 3sen/kWh berbanding dengan 11-14sen/kWh sekiranya menggunakan diesel/MFO.Kos penjanaan tenaga menggunakan gas asli berada diantara kedua sumber ini.Kos penjanaan seunit tenaga ini turut berubah mengikut harga pasaran bahan api.
Menjelang tahun 2015, subsidi gas asli ini akan dimansuhkan sepenuhnya.Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas telah mencadangkan subsidi gas asli dimansuhkan pada Persidangan Gas Sedunia ke25 di Kuala Lumpur pada Jun4 2012.Apa akan terjadi nanti menjelang tahun 2015 dan tahun tahun selanjutnya??.
Sebagai bayangan awal , Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan semakan tarif elektrik pada Januari 2013 .Sekiranya semakan tarif elektrik ini diluluskan di parlimen, bermakna harga barangan dan perkhidmatan akan turut melambung naik. Sudah tentu ada yang akan tampil berkata..." para peniaga di ingatkan supaya tidak menaikkan harga barangan sesuka hati" seperti yang biasa didengar.... tetapi tidak lebih dari itu.Lip service ini akan diulang lagi pada gelombang kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berikutnya.
PM telah memberikan perhatian lebih kepada semua golongan masyarakat termasuklah golongan orang asli yang pada pendapat saya jauh terkebelakang dari segi pembangunan.Bagaimana nanti nasib kumpulan masyarakat dipedalaman yang bekalan elektrik pun tiada.Keadaan jalan raya jangan ceritalah.Macamana mereka mahu menonton Astro NJOI dengan enjoy sebab kos petrol untuk menghidupkan generator sudah tidak tertanggung.
Sementara itu golongan peniaga sentiasa berada di pihak yang menang dengan mengelak dari membayar cukai yang tinggi, mengaut kemewahan hasil pemberian subsidi oleh kerajaan, tidak dinafikan ujud golongan yang terpinggir dari rahmat pemberian subsidi ini.Semuanya berpunca dari kelemahan sistem penyampaian subsidi yang terdedah kepada manipulasi.
Kebetulan pada hari ini semasa minum di restoran oppa cowboy style, seorang kenalan bernama Gunsalam meluahkan keluhannya berkaitan pembayaran subsidi membajak sawah.Dia telah keluar menyemak subsidi membajak untuk tanah sawahnya seluas 5 ekar .Nilai subsidi berkenaan adalah RM1000 akan tetapi dia begitu hampa kerana tidak ada subsidi keluar hari ini, katanya dengan begitu gugup sambil minum Nescafe O panas.Nampaknya subsidi gred ais hanyut inipun boleh tergendala pembayarannya.
Prospek yang menanti graduan universiti yang akan memasuki alam pekerjaan pada 2015 adalah tidak sama seperti apa yang ada pada hari ini.Prospek yang menanti adalah....kos hidup yang jauh lebih tinggi, skim ganjaran serta benefit yang jauh lebih rendah dan susut nilai. Harga hartanah melambung tinggi ke angkasa.Para pemaju hartanah di Sabah turut meluahkan keresahan berikutan kenaikan harga hartanah berpunca dari karenah birokrasi.
Saya masih lagi tercari cari dari manakah puncanya prospek sebenar untuk negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sebelum ini, saya pernah menerbitkan entri tentang pihak Petronas bakal mengimpot minyak sepenuhnya menjelang 2017.Memang ada juga bayangannya seperti penubuhan bermacam macam koridor untuk menarik pelabur asing melabur wang mereka di Malaysia.Negara negara seperti Singapura dan juga China telah begitu pesat membangun dari segi ekonomi berikutan pelaburan asing dalam dasar ekonomi pasaran terbuka.Ramai warga Malaysia kini tumpang cari makan di Singapura walaupun saiznya lebih kecil daripada WP Labuan.Semuanya adalah kerana Sinagpura adalah negara Asean yang memiliki pelaburan terbesar di Eropah.Sebagai tindak balas, banyak entiti perniagaan Eropah membuka cawangan di Singapura.Tidak ada jaminan para pelabur tidak akan memindahkan perusahaan ke negara lain.
Konsep negara berpendapatan tinggi haruslah meliputi semua golongan dan kumpulan masyarakat dan warga negara Malaysia dan bukannya golongan kaya raya sahaja.Di dalam negara yang ada 1000 orang penduduk dengan seorang memiliki pendapatan RM100 juta sebulan dan selebihnya hanya RM1000 sebulan, kita tidak boleh mengatakan pendapatan bulanan adalah RM100,000 sebulan untuk setiap inividu.
Langkah paling adil dan saksama untuk kesemua warga negara Malaysia adalah dengan membatalkan terus pemberian subsidi.Langkah ini bukan sahaja melenyapkan penyeludupan malahan akan meningkatkan jumlah kutipan cukai yang diperolehi oleh kerajaan.Pembayaran subsidi seharusnya digantikan dengan pembayaran wang tunai kepada golongan yang layak.Pengkalan data seperti e-kasih, BR1M, dan lain lain lagi boleh digunakan sebagai rujukan .Segala data dan proses yang dilakukan haruslah telus dan terbuka.Apa yang terjadi kepada wang tunai ini terpulanglah kepada kebijaksanaan setiap individu yang menerimanya kerana kini harga barangan dan perkhidmatan adalah mengikut harga pasaran terbuka.




No comments:
Post a Comment