Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Thursday, May 23, 2013

ANTARA 18 DITAHAN

Pegawai Khas Ahli Parlimen Sepang adalah antara 18 individu yang ditahan berikutan gelombang bantahan keputusan PRU13. Berita lanjut, sila klik di sini


Saya dapati blog Tukar Tiub kendalian saudara Hishamuddin Rais tidak dikemaskini sejak 18 May 2013 sebagaimana lazimnya.Fenomena ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Adakah dia juga telah ditahan??... 


 Kita nantikan perkembangan seterusnya.Saya berminat mengetahui perkembangan selanjutnya kerana Tukar Tiub adalah blog yang mempunyai maklumat yang sentiasa terkini,berintegriti dan juga mempunyai identiti.

ITU PUN KECOH

Apabila Marsha, artis jelita dari Sabah menukar namanya, ianya menjadi bahan berita sensasi pula. Biasalah tu dalam industri hiburan.. Untuk membaca lebih lanjut lagi, sila klik pada gambar.

Tuesday, May 21, 2013

MUSIM BOIKOT DI MALAYSIA

Sekarang ni kat Malaysia musim boikot.

Anda klik pautan berikut, anda akan setuju.

Boikot Sana
Boikot Sini

Pihak A minta boikot roti ni.
Pihak B minta boikot kapal tu.


Hey...asyik boikot memboikot je, bila pula nak buat perancangan untuk membela nasib rakyat jelata.

Monday, May 20, 2013

JEPUN DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Proton, kereta pertama keluaran negara lahir atas dasar pandang ke Timur iaitu negara Jepun dan Korea. Cuba anda klik pautan di sini

Memeranjatkan , biarpun kerap bertukar Perdana Menteri , negara Jepun tetap terus maju dan membangun.

Perdana Menteri Jepun paling lama memerintah adalah Ito Hirobumi yang memerintah dari 1892 hingga 1896 iaitu selama 4 tahun.

Malahan bilangan menteri kabinet Jepun pada masa ini hanyalah  16 berbanding Malaysia 35.
Lebih dari dua kali ganda.. 

 Mana dia dasar pandang ke Timur ni. 

DiJepun , mereka ada harakiri.. 
Di Malaysia , kita ada arah kiri, hampir sama sudah  tu

Tapi tengok suasana perkembangan ekonomi dan politik semasa , jauhlah.
Bilalah Malaysia nak merasa maju on par macam Jepun ni....nak kata sumber asli kurang, Jepun adalah pengimpot terbesar gas asli  cecair Malaysia. 

Thursday, May 16, 2013

TAIWAN BEKU PENGAMBILAN PEKERJA FILIPINA

Pihak berkuasa Taiwan telah membekukan pengambilan pekerja Filipina berikutan pembunuhan seorang nelayan warga negara berkenaan oleh pengawal pantai Filipina.

ALAMAK!!...

Berlambaklah lagi pilaks kat Sabah ...

Laporan yang berkaitan ada di sini

Wednesday, May 15, 2013

"WINNABLE CANDIDATE " EDISI BOLA

Sir Alex Ferguson, antara jurulatih bola sepak paling disegani di  arena bola sepak antarabangsa akan bersara daripada bolasepak pada hujung musim  liga English Premier League(Barclays Premier League) .






Perlawanan terakhir EPL adalah pada 19 May 2013  dan musim baru akan bermula pada 18 Ogos 2013.

Pasukan Manchester United yang diterajui oleh jurulatih berusia 71 tahun ini  selama 26 tahun telah dinobatkan sebagai juara bagi kali ke13 liga EPL  edisi 2012-2013 pada 22 April 2013 dengan  berbaki 5 lagi perlawanan.Kira menang bergayalah..

Sepanjang kerjayanya bersama MU, Sir Alex Ferguson telah memenangi sebanyak 38  kejuaraan.
Daripada 1498 permainan yang dikendalikannya, 894 perlawanan dimenangi, 337 berakhir dengan keputusan seri dan 267 mengalami kekalahan.

Tapi saya  bukanlah peminat Sir Alex ataupun MU....saya peminat Chelsea.

Sebagai peminat  Chelsea  Football Club,diharapkan Chelsea boleh berentap hebat untuk muncul juara baru di EPL musim  2013-2014.Pada saya, Chelsea adalah "winnable candidate" liga EPL 2013-2014.


Yang menariknya tentang musim   2013-2014 adalah  penyertaan pasukan baru Cardiff City di dalam persaingan liga EPL.

Cardiff City dimiliki oleh usahawan Malaysia Tan Sri Vincent Tan dan juga Dato Chan Tien Ghee.

Walaubagaimanapun, Dato Chan Tien Ghee telah melepaskan jawatan sebagai pengerusi kelab Cardiff City  pada Mac 2013 yang lalu.


Kini ada  sudah "Wakil Malaysia"  di EPL dan sambil itu akan bertambah kayalah taukeh  ASTRO!!


Satu lagi kelab perasa Malaysia di EPL adalah Queen Park Rangers yang dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes. QPR akan beraksi di liga divisyen dua bagi musim 2013-2014.

Jadi, susah sikit mahu melihat tokoh usahawan Malaysia ini bertaruh dan menang lagi ..

Tan Sri Vincent Tan sebagai  taukeh Sport Toto, rasanya    dia no hal  untuk bertaruh....


Tuesday, May 14, 2013

MANA PELUPUSANNYA



Banyak sudah didedahkan oleh media tentang rampasan dadah secara besar besaran oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Malangnya, tidak ada pula laporan media tentang pelupusan dadah juga secara besar besaran.

 Apa kes ni..

 Ini membuatkan kita tertanya tanya.

 Betulkah juga rampasan ini atau lakonan semula,kan..apa reaksi anda?..

Monday, May 13, 2013

INI KALILAH:PRAMUGARI CELUP

Sir Richard Bronson, pemilik syarikat penerbangan Virgin Atlantic dan pengerusi syarikat kumpulan Virgin Group telah mengotakan janjinya dengan berkhidmat sebagai pramugari Air Asia bagi satu penerbangan kebajikan bagi laluan  Australia -Malaysia pada 12 May 2013.

Segalanya bermula dengan pertaruhan perlumbaan F1 pada tahun 2010 antara pasukan Virgin milik Sir Richard Bronson  dan juga pasukan Lotus milik Tan Sri Tony Fernandes.Pemilik pasukan F1 yang kalah didalam perlumbaan dikehendaki berkhidmat sebagai  pramugari di dalam   syarikat penerbangan milik pemenang pertaruhan.

Di alam realiti, kedua dua taikun ini sebenarnya adalah rakan kongsi perniagaan.Sir Richard Bronson  adalah pemilik 20%  kepentingan syarikat Air Asia.

Sebelum ini, Sir Richard Bronson sering menggemparkan dunia dengan aksi luar biasa pengembaraan beliau antaranya belayar secara solo mengelilingi dunia dan  merentasi lautan Atlantic  dan seluruh Eropah dengan belon udara panas.

Kini aksi  menjelajah dunia masih diteruskan dengan misi menjelajah ke dasar laut dan juga penerbangan ke angkasa lepas.Setakat pakai baju perempuan memang kacanglah bagi Sir Richard Bronson.Di Malaysia, gelaran Sir adalah bersamaan dengan Tun.

Friday, May 10, 2013

RUMIT TIADA WAKIL CINA DALAM KERAJAAN

Dr.Mahathir menyatakan keadaan  tidak baik untuk kerajaan dan negara sekiranya tiada wakil kaum Cina yang mewakili kaum berkenaan di dalam kerajaan .Ini berikutan keengganan wakil MCA menerima sebarang jawatan di dalam kerajaan kerana memiliki kurang 15 kerusi parlimen.

Demekian laporan dari portal Sabahkini.
Untuk laporan yang lengkap, sila klik di sini

Komen apanama... Blogger Bebas pula..

Apa susah...Lantik ja Bangla guna nama Cina..ajar sikit cakap Cina paya tidaklah gaji buta nanti....

Untuk laporan lain yang berkaitan, sila klik di sini

Wednesday, May 8, 2013

NANTIKAN

Nantikan perubahan...DARIPADA

  

KEPADA

 

......sebelum akhir tahun 2013 ....

Melayu Tamak

Dr.Mahathir kata Melayu ni tamak...

 Orang tamak ni selalu rugi..kalau rugi kecil kecilan tak apa juga masih boleh diperbaiki, tapi nanti kalau dah rugi hilang satu negara, padahnya akan menimpa semua golongan rakyat.

Lihat ke Sabah ATAU pandang ke Pulau Pinang, anda akan nampak bayangan Malaysia pada masa akan datang.

"Tak guna duduk di negara sendiri kalau tak dikuasai"...demekian satu ungkapan yang pernah saya lihat dan kongsikan semula pada edisi ini.Ringkas tapi amat bermakna.

Melayu dan Bumiputera asyik jatuh dan saling menjatuhkan, akhirnya bangsa asing yang bangun dan lebih maju.

Sedarlah sebelum terlambat..

Laporan penuh yang berkaitan ada di sini

Saturday, May 4, 2013

Mereka Senyap Membisu

Apabila prosiding RCI ditangguhkan sehingga  21 September 2013, saya menjangkakan akan adalah parti politik pembangkang yang berpengkalan di Sabah tampil membuat protes.

Saya menjangkakan akan adalah perhimpunan disana sini biarpun pada skala kecil diadakan untuk tujuan membantah penangguhan RCI ..

Tapi sangkaan saya meleset.Sehingga kehari ini saya belum lagi melihat perkembangan yang diharap harapkan..

Kemanalah  perginya kesemua pemimpin yang kononnya berjuang untuk hak rakyat Sabah..
(gambar hiasan adalah seekor monyet sedang berangan memiliki IC supaya boleh merasa naik kapalterbang )

Friday, May 3, 2013

PERINGATAN BUAT SI LABU LABI

Jangan Labu... Jangan kau buat pengolahan undi seperti di Sabah lagi. Kelak Melayu dan Bumiputera merempat di negara sendiri.

WAH!! SABAH MAJU ...INI KALILAH

Tak sangka betul ...sekelip mata Sabah kini 30 tahun lebih maju dari Semenanjung.

Buktinya..

Lebih 40,000 dianggarkan diterbangkan dari Sabah dan Sarawak ke tanah Semenanjung  untuk  " balik " mengundi.

Mungkin yang balik ini adalah para pekerja berasal dari Semenanjung yang bekerja di ladang kelapa sawit di Sabah.

Antara laporannya, sila klik di sini dan juga di sini

Malangnya edisi Sabah maju sekejap saja.Selesai pilihan raya, hilanglah ia...