Sir Richard Bronson, pemilik syarikat penerbangan Virgin Atlantic dan pengerusi syarikat kumpulan Virgin Group telah mengotakan janjinya dengan berkhidmat sebagai pramugari Air Asia bagi satu penerbangan kebajikan bagi laluan Australia -Malaysia pada 12 May 2013.
Segalanya bermula dengan pertaruhan perlumbaan F1 pada tahun 2010 antara pasukan Virgin milik Sir Richard Bronson dan juga pasukan Lotus milik Tan Sri Tony Fernandes.Pemilik pasukan F1 yang kalah didalam perlumbaan dikehendaki berkhidmat sebagai pramugari di dalam syarikat penerbangan milik pemenang pertaruhan.
Di alam realiti, kedua dua taikun ini sebenarnya adalah rakan kongsi perniagaan.Sir Richard Bronson adalah pemilik 20% kepentingan syarikat Air Asia.
Sebelum ini, Sir Richard Bronson sering menggemparkan dunia dengan aksi luar biasa pengembaraan beliau antaranya belayar secara solo mengelilingi dunia dan merentasi lautan Atlantic dan seluruh Eropah dengan belon udara panas.
Kini aksi menjelajah dunia masih diteruskan dengan misi menjelajah ke dasar laut dan juga penerbangan ke angkasa lepas.Setakat pakai baju perempuan memang kacanglah bagi Sir Richard Bronson.Di Malaysia, gelaran Sir adalah bersamaan dengan Tun.


No comments:
Post a Comment