Perlawanan terakhir EPL adalah pada 19 May 2013 dan musim baru akan bermula pada 18 Ogos 2013.
Pasukan Manchester United yang diterajui oleh jurulatih berusia 71 tahun ini selama 26 tahun telah dinobatkan sebagai juara bagi kali ke13 liga EPL edisi 2012-2013 pada 22 April 2013 dengan berbaki 5 lagi perlawanan.Kira menang bergayalah..
Sepanjang kerjayanya bersama MU, Sir Alex Ferguson telah memenangi sebanyak 38 kejuaraan.
Daripada 1498 permainan yang dikendalikannya, 894 perlawanan dimenangi, 337 berakhir dengan keputusan seri dan 267 mengalami kekalahan.
Tapi saya bukanlah peminat Sir Alex ataupun MU....saya peminat Chelsea.
Sebagai peminat Chelsea Football Club,diharapkan Chelsea boleh berentap hebat untuk muncul juara baru di EPL musim 2013-2014.Pada saya, Chelsea adalah "winnable candidate" liga EPL 2013-2014.
Yang menariknya tentang musim 2013-2014 adalah penyertaan pasukan baru Cardiff City di dalam persaingan liga EPL.
Cardiff City dimiliki oleh usahawan Malaysia Tan Sri Vincent Tan dan juga Dato Chan Tien Ghee.
Walaubagaimanapun, Dato Chan Tien Ghee telah melepaskan jawatan sebagai pengerusi kelab Cardiff City pada Mac 2013 yang lalu.
Kini ada sudah "Wakil Malaysia" di EPL dan sambil itu akan bertambah kayalah taukeh ASTRO!!
Jadi, susah sikit mahu melihat tokoh usahawan Malaysia ini bertaruh dan menang lagi ..
Tan Sri Vincent Tan sebagai taukeh Sport Toto, rasanya dia no hal untuk bertaruh....



No comments:
Post a Comment