Barcelona telah menumbangkan Read Madrid dengan keputusan 3-2 dalam saingan Spanish Super Cup.Setiap kali Barcelona dan Real Madrid bertembung, saya jadi serba tidak kena untuk menyokong pasukan yang mana satu.Barcelona adalah pasukan kegemaran saya dan Jose Mourinho yang membimbing Real Madrid pula adalah jurulatih kegemaran saya .Memang tidak dinafikan Lionel Messi adalah pemain yang cukup hebat akan tetapi Jose Mourinho juga adalah pakar strategi dan jurulatih terbilang.
Walau di negara mana beliau berada, pasukan bimbingannya sentiasa muncul sebagai juara.Pada tahun keduanya bersama Real Madrid, beliau telah menabalkan Real Madrid sebagai juara liga Sepanyol.
Adakah kekalahan dengan Barcelona adalah "exit plan" yang dirancang untuk kembali ke EPL.Saya sedar peminat bola sepak tanah air lebih terarah kepada EPL berbanding lain lain kejohanan di Eropah.Malahan EPL turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tokoh perniagaan Malaysia.Tanpa jurulatih yang mempunyai kredibiliti seperti JM, pasukan Manchester City akan kekal sebagai juara EPL. Ini adalah ramalan semata mata.Rasanya tidak salah membuat ramalan kerana sotong pun turut berbuat demekian.Sudah tentu Tan Sri Tony Fernandez mampu mendapatkan perkhidmatan JM akan tetapi tidak semestinya dia akan berbuat demekian.
Peringatan
Sunday, August 26, 2012
Apabila Datuk Seri Najib bertindak....
SELEPAS 8 APRIL 2012
Suasana politik Malaysia kelihatan begitu tenang.Aman Damai.Tidak ada lagi wakil wakil parti politik samada dari parti pemerintah atau parti pembangkang bersuara dengan pelbagai desakan.NGO yang sebelum ini lantang bersuara turut membisu.
SEBELUM ITU......
Isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) adalah antara isu hangat diperkatakan di Malaysia.Ianya berpunca daripada dakwaan pembangkang bahawa NFC telah menyimpang daripada matlamat penubuhan asalnya.Pihak parti pembangkang cuba mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan skandal berkenaan.Walaubagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mendapati menteri berkenaan tiada kaitan dengan isu tersebut
PADA 8 APRIL 2012
Datuk Seri Najib telah mengambil portfolio Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan perletakan jawatan menteri penyandang.
SEKARANG.....
Saya menzahirkan rasa kagum dengan kepimpinan dan tindakan yang telah diambil oleh Datuk Seri Najib.Bagi saya ianya bagaikan langkah check mate di dalam permainan catur.Terbukti Datuk Seri Najib adalah seorang pakar strategi yang hebat.Tapi ada lagi satu perkara yang saya turut kagum dengan beliau. Bukan pasal dia pergi kerja dan balik kerja naik kapal terbang.Dia dapat gaji 3 kali sebulan.Punya shiok
Suasana politik Malaysia kelihatan begitu tenang.Aman Damai.Tidak ada lagi wakil wakil parti politik samada dari parti pemerintah atau parti pembangkang bersuara dengan pelbagai desakan.NGO yang sebelum ini lantang bersuara turut membisu.
SEBELUM ITU......
Isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) adalah antara isu hangat diperkatakan di Malaysia.Ianya berpunca daripada dakwaan pembangkang bahawa NFC telah menyimpang daripada matlamat penubuhan asalnya.Pihak parti pembangkang cuba mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan skandal berkenaan.Walaubagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mendapati menteri berkenaan tiada kaitan dengan isu tersebut
PADA 8 APRIL 2012
Datuk Seri Najib telah mengambil portfolio Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan perletakan jawatan menteri penyandang.
SEKARANG.....
Saya menzahirkan rasa kagum dengan kepimpinan dan tindakan yang telah diambil oleh Datuk Seri Najib.Bagi saya ianya bagaikan langkah check mate di dalam permainan catur.Terbukti Datuk Seri Najib adalah seorang pakar strategi yang hebat.Tapi ada lagi satu perkara yang saya turut kagum dengan beliau. Bukan pasal dia pergi kerja dan balik kerja naik kapal terbang.Dia dapat gaji 3 kali sebulan.Punya shiok
Saturday, August 25, 2012
Selamat Pagi Malaysia : Pantun Oh Pantun
Satu ketika saya menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1, RTM.Kelihatannya hos rancangan berkenaan begitu teruja berpantun dan ramailah penonton membuat panggilan telefon untuk berkongsi pantun.
Saya sendiri mempunyai pantun.
Pantun empat kerat
Begini bunyinya......
Saya sendiri mempunyai pantun.
Pantun empat kerat
Begini bunyinya......
Pak Malau mencipta tarian
Tarian dicipta untuk persatuan
Kalau berani tunjuklan keberanian
Kalau malu tunjukkan -****-#?
Tidak syak lagi Malaysia sekarang sedang dilanda mood pantun.Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia sendiri sudah terkena tempias pantun.Beliau telah menyampaikan perutusan ucapan selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012 melalui serangkap pantun.Namun tidak dinafikan menteri ini mempunyai ciri kemelayuan.
Monday, August 20, 2012
WARGA INDIA PENDATANG ASIA PALING RAMAI DI AUSTRALIA
Warga India kini merupakan pendatang paling ramai di Australia di ikuti oleh China dan Britain.Tujuh daripada 10 tempat teratas adalah negara Asia dengan yang lainnya adalah Filipina, Sri Lanka,Malaysia ,Korea Selatan dan Vietnam.Malaysia menduduki tempat ke 5 .Migrasi mahir adalah penyumbang utama bagi program migrasi.
Nampaknya Australia bukan hanya menjadi negara destinasi tumpuan pencari suaka politik sejauh negara Timur Tengah malahan golongan pekerja mahir dan professional.Hebat sangatkah negara Australia sehingga menjadi tumpuan ramai warga Asia.Seorang rakan karib saya pernah menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Australia.Alasan beliau adalah kerana sering gagal memenangi tender walaupun dengan harga terendah.Saya sendiri pun bingung kerana beliau memiliki segala kepakaran professional yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.Dengan nada sayu beliau berkata " technical knowledge has no value..."
Mesti ada sesuatu yang sangat menarik tentang Australia ini.Daripada penelitian media yang saya lakukan, para pencari suaka politik yang berjaya tiba di Pulau Christmas wilayah Australia mendapat layanan istimewa melalui program migrasi yang amat baik sekali.Banyak juga yang terkorban lantaran bot karam akibat terlebih beban.Atau mungkin
ramai perempuan barangkali di sana tu.Daripada Perdana Menteri, Menteri Kewangan
malahan orang terkaya Australia terdiri dari kaum perempuan.
Menteri Kewangannya pula adalah warga Malaysia kelahiran Kota Kinabalu,Sabah.
Di Malaysia sendiri apabila bilangan kaum hawa sudah mula melebihi kaum lelaki, mungkinkah akan ada perubahan mendadak dari segi ekonomi dan juga politik.Mungkinkah akan ada nanti sekurang kurangnya Timbalan Perdana Menteri Wanita menjelang tahun 2020 .Siapa sangka dan aku menduga Datuk Siti Nurhalizah adalah bakal menjadi pemimpin berkaliber Malaysia suatu hari nanti.Kita lihat saja di sekeliling kita di Filipina, Indonesia dan juga Thailand.Apa pun boleh terjadi kerana politik adalah permainan tentang nombor.Para pembaca wanita pasti tersenyum lebar nanti.Saya sendiri sentiasa memasang angan angan untuk melancung ke Australia.Sebelum ini Datuk Siti Nurhalizah ada menaja pengguna kosmetik SimplySiti keluaran syarikatnya melancung ke Australia.Tapi kebanyakan anggota rombongan adalah wanita.Sudah tiba masanya untuk Datuk Siti Nurhalizah mula lebih mengeluarkan produk kosmetik untuk kaum lelaki juga.Dengan pembesaran kilangnya nanti dapat juga menambahkan jumlah bilangan pekerjaan di Malaysia dan paling utama meningkatkan peluang orang seperti saya untuk ikut melancung ke Australia.
Pada pengamatan saya, penghijrahan warga negara Malaysia ke Australia adalah kerana kurangnya peluang pekerjaan dan perniagaan di Malaysia dan tiada kena mengena dengan perempuan.Daripada tinjauan lanjut sektor pekerjaan mahir yang mendapat permintaan adalah akauntan, tukang masak,pengaturcara perisian dan aplikasi dan juga jurutera perisian dan pemaju. Ada antara bidang ini nampaknya agak baru bagi Malaysia.Kalau tukang urut susah sikit mau komen... Harapan saya agar Malaysia boleh mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 nanti.Program transformasi pendidikan adalah permulaan yang sangat baik.Cuma tahun 2020 tinggal 8 tahun lagi.Akan tercapaikan nanti wawasan 2020 atau perlu di tambah 30 tahun lagi.Nampak seperti ada pembayangnya .Saya amat kagum dengan Dr.M selaku pencetus idea wawasan 2020 kerana kesanggupan beliau melakukan pembedahan pintasan koronari di Malaysia dan bukannya di Australia atau lain lain negara.Sungguh patriotik dan contoh nyata Malaysia boleh.Semoga keamanan Malaysia berkekalan kerana jika tidak warga Malaysia hanya akan menatap angka yang bakal menjadi realiti 30 atau 60 tahun akan datang.
Monday, August 13, 2012
Olimpik London 2012: Analisis Dari Kaki Lima
Sukan Olimpik London 2012 secara rasminya telah melabuhkan tirainya pada Isnin 13 Ogos 2012.Sebagai warganegara prihatin, syabas diucapkan kepada kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 30 orang atlit kerana merangkul 2 pingat pada temasya sukan Olimpik pada kali ini.Kini skuad Malaysia sudah boleh mula mengorak langkah belajar daripada negara Korea Selatan selaku skuad negara Asia yang paling berjaya.
Walaupun kaki bangku,sebagai peminat tegar sukan terutama sekali bola sepak,saya berasa amat kagum dengan kebolehan luar biasa jurulatih bola sepak luar negara Jose Mourinho.Karakter ini sentiasa mampu
menerapkan unsur unsur bukan bola sepak ke dalam skuad bimbingannya. Penambahan unsur unsur bukan bola sepak inilah yang membuatkan pasukan bimbingannya sering muncul lebih mantap berbanding pasukan lawan.Malahan jurulatih ini adakalanya menentang pasukan lawan yang hanya mempunyai 10 orang pemain sahaja. Ciri ciri Jose Mourinho turut dimiliki oleh Lin Dan.
Lin Dan sering mempertikaikan keputusan pengadil apabila mula ketinggalan pungutan mata.Begitu juga pemain badminton ini sering mempamer aksi provokasi dan tahap kesombongan melampau bertujuan untuk melemahkan mental pihak lawan. Pada perseorangan badminton wanita pula,Li Xurei dari negara China telah mempamerkan teknik servis yang begitu mengkagumkan. Pemain ini berjaya memperolehi mata mata mudah apabila menggunakan pukulan servis yang dimaksudkan.Memandangkan Datuk Lee Chong Wei membayangkan untuk bakal beraksi pada Olimpik akan datang di Brazil, pihak MSN wajarlah meneliti aspek bukan badminton disamping mendampingi teknik servis yang baru.Malah adalah wajar rasanya menerapkan unsur unsur seni mempertahankan diri seperti silat atau taekwando juga bertujuan untuk menepis pukulan ke arah badan.Ya, kenapa tidak.Atau perlukah nanti pemain harapan negara dilatih bermain dengan gaya bagaikan British Bulldog pula?
Dari segi kualiti permainan, tidak ada apa kurangnya Datuk Lee CW berbanding Lin Dan.
Pada pemerhatian saya, negara tuan rumah Great Britain banyak memenangi acara yang lebih melibatkan acara berlumba seperti kayak, mendayung dan sudah tentu sukan berbasikal. Sudah masanya Malaysia juga turut memberi tumpuan lebih serius terutamanya kepada acara mendayung dan berbasikal ini. Siapa tahu bakal sang juara itu mungkin sekarang ini sedang bermain pasir di pantai Terengganu ataupun menunggang basikal buruknya di tepi gunung Kinabalu untuk menuju ke puncak seperti akademi Fantasia .
Penumpuan aspek bukan sukan memang penting di dalam sukan kerana yang terbaik tidak semestinya menjadi juara.Brazil adalah contoh yang paling mudah.Apa pun tahniah buat Datuk Lee CW dan juga Pandalela Rinong kerana memetakan Malaysia di mata dunia.Walaupun kalah,tetapi kalah dengan bergaya.Para atlit ini telah membuatkan saya merasa lebih bangga menjadi warga negara Malaysia.
Subscribe to:
Comments (Atom)






