Barcelona telah menumbangkan Read Madrid dengan keputusan 3-2 dalam saingan Spanish Super Cup.Setiap kali Barcelona dan Real Madrid bertembung, saya jadi serba tidak kena untuk menyokong pasukan yang mana satu.Barcelona adalah pasukan kegemaran saya dan Jose Mourinho yang membimbing Real Madrid pula adalah jurulatih kegemaran saya .Memang tidak dinafikan Lionel Messi adalah pemain yang cukup hebat akan tetapi Jose Mourinho juga adalah pakar strategi dan jurulatih terbilang.
Walau di negara mana beliau berada, pasukan bimbingannya sentiasa muncul sebagai juara.Pada tahun keduanya bersama Real Madrid, beliau telah menabalkan Real Madrid sebagai juara liga Sepanyol.
Adakah kekalahan dengan Barcelona adalah "exit plan" yang dirancang untuk kembali ke EPL.Saya sedar peminat bola sepak tanah air lebih terarah kepada EPL berbanding lain lain kejohanan di Eropah.Malahan EPL turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tokoh perniagaan Malaysia.Tanpa jurulatih yang mempunyai kredibiliti seperti JM, pasukan Manchester City akan kekal sebagai juara EPL. Ini adalah ramalan semata mata.Rasanya tidak salah membuat ramalan kerana sotong pun turut berbuat demekian.Sudah tentu Tan Sri Tony Fernandez mampu mendapatkan perkhidmatan JM akan tetapi tidak semestinya dia akan berbuat demekian.

No comments:
Post a Comment