Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Monday, August 13, 2012

Olimpik London 2012: Analisis Dari Kaki Lima

Sukan Olimpik London 2012 secara rasminya telah melabuhkan tirainya pada Isnin 13 Ogos 2012.Sebagai warganegara prihatin, syabas diucapkan kepada kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 30 orang atlit kerana merangkul 2 pingat pada temasya sukan Olimpik pada kali ini.Kini skuad Malaysia sudah boleh mula mengorak langkah belajar daripada negara Korea Selatan selaku skuad negara Asia yang paling berjaya. Walaupun kaki bangku,sebagai peminat tegar sukan terutama sekali bola sepak,saya berasa amat kagum dengan kebolehan luar biasa jurulatih bola sepak luar negara Jose Mourinho.Karakter ini sentiasa mampu
menerapkan unsur unsur bukan bola sepak ke dalam skuad bimbingannya. Penambahan unsur unsur bukan bola sepak inilah yang membuatkan pasukan bimbingannya sering muncul lebih mantap berbanding pasukan lawan.Malahan jurulatih ini adakalanya menentang pasukan lawan yang hanya mempunyai 10 orang pemain sahaja. Ciri ciri Jose Mourinho turut dimiliki oleh Lin Dan.
Lin Dan sering mempertikaikan keputusan pengadil apabila mula ketinggalan pungutan mata.Begitu juga pemain badminton ini sering mempamer aksi provokasi dan tahap kesombongan melampau bertujuan untuk melemahkan mental pihak lawan. Pada perseorangan badminton wanita pula,Li Xurei dari negara China telah mempamerkan teknik servis yang begitu mengkagumkan. Pemain ini berjaya memperolehi mata mata mudah apabila menggunakan pukulan servis yang dimaksudkan.Memandangkan Datuk Lee Chong Wei membayangkan untuk bakal beraksi pada Olimpik akan datang di Brazil, pihak MSN wajarlah meneliti aspek bukan badminton disamping mendampingi teknik servis yang baru.Malah adalah wajar rasanya menerapkan unsur unsur seni mempertahankan diri seperti silat atau taekwando juga bertujuan untuk menepis pukulan ke arah badan.Ya, kenapa tidak.Atau perlukah nanti pemain harapan negara dilatih bermain dengan gaya bagaikan British Bulldog pula?
Dari segi kualiti permainan, tidak ada apa kurangnya Datuk Lee CW berbanding Lin Dan. Pada pemerhatian saya, negara tuan rumah Great Britain banyak memenangi acara yang lebih melibatkan acara berlumba seperti kayak, mendayung dan sudah tentu sukan berbasikal. Sudah masanya Malaysia juga turut memberi tumpuan lebih serius terutamanya kepada acara mendayung dan berbasikal ini. Siapa tahu bakal sang juara itu mungkin sekarang ini sedang bermain pasir di pantai Terengganu ataupun menunggang basikal buruknya di tepi gunung Kinabalu untuk menuju ke puncak seperti akademi Fantasia .
Penumpuan aspek bukan sukan memang penting di dalam sukan kerana yang terbaik tidak semestinya menjadi juara.Brazil adalah contoh yang paling mudah.Apa pun tahniah buat Datuk Lee CW dan juga Pandalela Rinong kerana memetakan Malaysia di mata dunia.Walaupun kalah,tetapi kalah dengan bergaya.Para atlit ini telah membuatkan saya merasa lebih bangga menjadi warga negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment