Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Monday, August 20, 2012

WARGA INDIA PENDATANG ASIA PALING RAMAI DI AUSTRALIA

Warga India kini merupakan pendatang paling ramai di Australia di ikuti oleh China dan Britain.Tujuh daripada 10 tempat teratas adalah negara Asia dengan yang lainnya adalah Filipina, Sri Lanka,Malaysia ,Korea Selatan dan Vietnam.Malaysia menduduki tempat ke 5 .Migrasi mahir adalah penyumbang utama bagi program migrasi. Nampaknya Australia bukan hanya menjadi negara destinasi tumpuan pencari suaka politik sejauh negara Timur Tengah malahan golongan pekerja mahir dan professional.Hebat sangatkah negara Australia sehingga menjadi tumpuan ramai warga Asia.Seorang rakan karib saya pernah menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Australia.Alasan beliau adalah kerana sering gagal memenangi tender walaupun dengan harga terendah.Saya sendiri pun bingung kerana beliau memiliki segala kepakaran professional yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.Dengan nada sayu beliau berkata " technical knowledge has no value..." Mesti ada sesuatu yang sangat menarik tentang Australia ini.Daripada penelitian media yang saya lakukan, para pencari suaka politik yang berjaya tiba di Pulau Christmas wilayah Australia mendapat layanan istimewa melalui program migrasi yang amat baik sekali.Banyak juga yang terkorban lantaran bot karam akibat terlebih beban.Atau mungkin ramai perempuan barangkali di sana tu.Daripada Perdana Menteri, Menteri Kewangan malahan orang terkaya Australia terdiri dari kaum perempuan.
Menteri Kewangannya pula adalah warga Malaysia kelahiran Kota Kinabalu,Sabah.
Di Malaysia sendiri apabila bilangan kaum hawa sudah mula melebihi kaum lelaki, mungkinkah akan ada perubahan mendadak dari segi ekonomi dan juga politik.Mungkinkah akan ada nanti sekurang kurangnya Timbalan Perdana Menteri Wanita menjelang tahun 2020 .Siapa sangka dan aku menduga Datuk Siti Nurhalizah adalah bakal menjadi pemimpin berkaliber Malaysia suatu hari nanti.Kita lihat saja di sekeliling kita di Filipina, Indonesia dan juga Thailand.Apa pun boleh terjadi kerana politik adalah permainan tentang nombor.Para pembaca wanita pasti tersenyum lebar nanti.Saya sendiri sentiasa memasang angan angan untuk melancung ke Australia.Sebelum ini Datuk Siti Nurhalizah ada menaja pengguna kosmetik SimplySiti keluaran syarikatnya melancung ke Australia.Tapi kebanyakan anggota rombongan adalah wanita.Sudah tiba masanya untuk Datuk Siti Nurhalizah mula lebih mengeluarkan produk kosmetik untuk kaum lelaki juga.Dengan pembesaran kilangnya nanti dapat juga menambahkan jumlah bilangan pekerjaan di Malaysia dan paling utama meningkatkan peluang orang seperti saya untuk ikut melancung ke Australia. Pada pengamatan saya, penghijrahan warga negara Malaysia ke Australia adalah kerana kurangnya peluang pekerjaan dan perniagaan di Malaysia dan tiada kena mengena dengan perempuan.Daripada tinjauan lanjut sektor pekerjaan mahir yang mendapat permintaan adalah akauntan, tukang masak,pengaturcara perisian dan aplikasi dan juga jurutera perisian dan pemaju. Ada antara bidang ini nampaknya agak baru bagi Malaysia.Kalau tukang urut susah sikit mau komen... Harapan saya agar Malaysia boleh mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 nanti.Program transformasi pendidikan adalah permulaan yang sangat baik.Cuma tahun 2020 tinggal 8 tahun lagi.Akan tercapaikan nanti wawasan 2020 atau perlu di tambah 30 tahun lagi.Nampak seperti ada pembayangnya .Saya amat kagum dengan Dr.M selaku pencetus idea wawasan 2020 kerana kesanggupan beliau melakukan pembedahan pintasan koronari di Malaysia dan bukannya di Australia atau lain lain negara.Sungguh patriotik dan contoh nyata Malaysia boleh.Semoga keamanan Malaysia berkekalan kerana jika tidak warga Malaysia hanya akan menatap angka yang bakal menjadi realiti 30 atau 60 tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment