Saya telah menyaksikan perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia menentang pasukan Singapura pada 25 Nov 2012 yang berkesudahan pasukan Malaysia tewas dengan jaringan 0-3.
Jelas pada pengamatan saya pasukan negara tewas kerana corak permainan yang tidak teratur dan pemain seperti takut untuk bermain bola .Serius...Apabila sahaja mendapat hantaran bola , pemain Malaysia akan segera menghantar bola kepada rakan sepasukan walaupun tanpa ada asakan dari pihak lawan.Akibatnya bola senang dipintas kerana rakan sepasukan tidak berada pada posisi terbaik untuk menerima hantaran.Pemain yang dihantar bola pula hanya berlari setempat menunggu hantaran bola. Taktik ini amat mudah dipatahkan oleh pasukan lawan kerana pergerakan bola yang amat mudah diramal.
Berlainan dengan pasukan Singapura, para pemainnya lebih tenang dan dapat mengawal bola dengan baik sebelum menghantar kepada rakan sepasukan mereka.Para pemain mereka sentiasa bergerak secara progresif ke arah kawasan pasukan lawan dan tidak menunggu hantaran bola dalam keadaan statik.
Pada separuh masa kedua, gaya dan corak permainan compact football dan tripple marking yang dilakukan oleh pasukan Singapura berjaya di atasi dengan corak permainan hantaran bola tinggi .Corak permainan ini tidak digunakan pada separuh masa pertama.Namun kurangnya kawalan bola kerana pemain lebih gemar menghantar bola kepada rakan sepasukan secara segera masih merupakan kelemahan yang amat ketara.
Hanya selepas kemasukan Mahali Jasuli, corak permainan dan serangan pasukan Malaysia telah bertambah baik kerana Mahali Jasuli boleh mengawal bola seketika dan tidak tergesa gesa menghantar bola kepada rakan.Pada pendapat saya , pemain seperti Mahali Jasuli dan Baddrol Bakhtiar adalah pemain yang mesti ada pada perlawanan berikutnya jika Malaysia ingin meneruskan saingan.
Gaya permainan bola sepak compact football perlu di atasi secara compact football juga dengan para pemain sentiasa berada pada posisi yang betul untuk menerima bola.Malangnya ini tidak dapat dilakukan sekiranya para pemain terlalu cepat menghantar bola kepada rakan sepasukan .Di samping itu corak pertahanan pasukan negara perlu dimantapkan lagi . Dengan strategi dan corak permainan yang ada sekarang, Malaysia akan kecundang pada pusingan pertama kejohanan ini.
Peringatan
Tuesday, November 27, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Kisah Doktor K
Di negara Jepun, mereka ada Dr Seterika . Dr Seterika ini memiliki ijazah PhD dan adalah pakar di dalam cara cara penggunaan seterika yang betul.
Di Malaysia kita ada Dr K . Boleh juga dipanggil sebagai Dr Kelapa Sawit. Biarpun tidak sekaya atau sepopular Datuk K, Dr K ini adalah seorang doktor perubatan bertauliah yang memiliki klinik perubatannya sendiri.Klinik Dr K ini ada di Tawau, Sabah.Malangnya setiap kali berkunjung ke klinik berkenaan, pembantu klinik hanya berkata
Beberapa minggu kemudian, saya mendapat tahu Dr K ini memiliki ladang kelapa sawit seluas 1000 ekar. Kebanyakan masanya dihabiskan di ladang kelapa sawit miliknya. Sudah tentunya tindakannya amat berbaloi. Ladang kelapa sawit seluas 1000 ekar ini mampu menjana pendapatan tidak kurang dari RM2 juta sebulan.
Selain Dr K ini, ada lagi beberapa individu di Sabah yang turut memiliki ladang kelapa sawit dengan keluasan 1000 ekar ataupun lebih.Sebagai petunjuk asas, di Sabah sahaja terdapat 118 buah loji pemprosesan minyak kelapa sawit sedang beroperasi pada masa ini.
Hanya sebilangan kecil sahaja warga Malaysia yang memiliki ladang yang luas seperti Dr K ini. Sebahagian besarnya lagi hanya memliliki tanah dengan keluasan yang amat kecil atau lansung tidak memiliki walau satu ekar tanah.Kalaulah tanah 1000 ekar ini dibahagikan sama rata kepada 100 orang atas konsep dan prinsip keseimbangan, pastinya setiap seorang akan meliliki 10 ekar tanah.Kalau ada 10 orang seperti Dr K, sudah ada 1000 orang yang mendapat tanah sebanyak 10 ekar seorang....Barulah nampak sedikit keseimbangan
Akan tetapi coretan ini hanyalah wishful thinking penulis sahaja .Realitinya ada individu di Sabah telah 7 kali pilihan raya berlalu, namun tanah yang di pohon tidak keluar gerannya.Tanah yang dipohon tu pulak luasnya tidak pun sampai 10 ekar namun proses kelulusan permohonan seperti mencecah tahap infiniti.
Biar saya berkongsi sedikit satu laporan media elektronik yang agak menarik.
Seorang individu di Malaysia dilapurkan telah menempah lot tanah perkuburan untuk dirinya. Individu ini telah membayar sebanyak RM12 juta untuk lot tanah kubur berkenaan .Kalau lot kubur pun bernilai RM12 juta, berapa agaknya nilai rumah yang diduduki oleh individu ini.Atau dari perspektif lain, berapa buah rumah yang dimiliki oleh individu ini.
Berapa ramai pula warga Malaysia yang untuk membaiki rumah pun terpaksa di bantu oleh kerajaan .Permainan ini dikenali sebagai ketidak seimbangan ekonomi.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah menerbitkan satu artikel di laman web Sabah Kini dan memberikan pendapat peribadinya kenapa perkara seperti ini terjadi.
Saya percaya kepada konsep life is an equilibrium...Bermakna keseimbangan itu perlu ada dalam hidup ini.Keseimbangan inilah yang cuba digambarkan sebagai lambang dacing dalam posisi yang seimbang .Kalau keseimbangan itu belum ada pada setiap individu, adalah menjadi tanggung jawabnya untuk mencarinya.
Saya sangat suka kepada pengundi atas pagar kerana ianya menggambarkan konsep keseimbangan itu sendiri.Tidak ke kiri dan tidak juga ke kanan.Namun pada akhirnya setiap individu perlu membuat keputusan sekurang kurangnya untuk dirinya sendiri.Keputusan yang teruk adalah lebih baik daripada langsung tidak membuat sebarang keputusan.
Di Malaysia kita ada Dr K . Boleh juga dipanggil sebagai Dr Kelapa Sawit. Biarpun tidak sekaya atau sepopular Datuk K, Dr K ini adalah seorang doktor perubatan bertauliah yang memiliki klinik perubatannya sendiri.Klinik Dr K ini ada di Tawau, Sabah.Malangnya setiap kali berkunjung ke klinik berkenaan, pembantu klinik hanya berkata
"Dr. tiada....kami jual ubat sahaja"
Selain Dr K ini, ada lagi beberapa individu di Sabah yang turut memiliki ladang kelapa sawit dengan keluasan 1000 ekar ataupun lebih.Sebagai petunjuk asas, di Sabah sahaja terdapat 118 buah loji pemprosesan minyak kelapa sawit sedang beroperasi pada masa ini.
Hanya sebilangan kecil sahaja warga Malaysia yang memiliki ladang yang luas seperti Dr K ini. Sebahagian besarnya lagi hanya memliliki tanah dengan keluasan yang amat kecil atau lansung tidak memiliki walau satu ekar tanah.Kalaulah tanah 1000 ekar ini dibahagikan sama rata kepada 100 orang atas konsep dan prinsip keseimbangan, pastinya setiap seorang akan meliliki 10 ekar tanah.Kalau ada 10 orang seperti Dr K, sudah ada 1000 orang yang mendapat tanah sebanyak 10 ekar seorang....Barulah nampak sedikit keseimbangan
Akan tetapi coretan ini hanyalah wishful thinking penulis sahaja .Realitinya ada individu di Sabah telah 7 kali pilihan raya berlalu, namun tanah yang di pohon tidak keluar gerannya.Tanah yang dipohon tu pulak luasnya tidak pun sampai 10 ekar namun proses kelulusan permohonan seperti mencecah tahap infiniti.
Biar saya berkongsi sedikit satu laporan media elektronik yang agak menarik.
Seorang individu di Malaysia dilapurkan telah menempah lot tanah perkuburan untuk dirinya. Individu ini telah membayar sebanyak RM12 juta untuk lot tanah kubur berkenaan .Kalau lot kubur pun bernilai RM12 juta, berapa agaknya nilai rumah yang diduduki oleh individu ini.Atau dari perspektif lain, berapa buah rumah yang dimiliki oleh individu ini.
Berapa ramai pula warga Malaysia yang untuk membaiki rumah pun terpaksa di bantu oleh kerajaan .Permainan ini dikenali sebagai ketidak seimbangan ekonomi.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah menerbitkan satu artikel di laman web Sabah Kini dan memberikan pendapat peribadinya kenapa perkara seperti ini terjadi.
Saya percaya kepada konsep life is an equilibrium...Bermakna keseimbangan itu perlu ada dalam hidup ini.Keseimbangan inilah yang cuba digambarkan sebagai lambang dacing dalam posisi yang seimbang .Kalau keseimbangan itu belum ada pada setiap individu, adalah menjadi tanggung jawabnya untuk mencarinya.
Saya sangat suka kepada pengundi atas pagar kerana ianya menggambarkan konsep keseimbangan itu sendiri.Tidak ke kiri dan tidak juga ke kanan.Namun pada akhirnya setiap individu perlu membuat keputusan sekurang kurangnya untuk dirinya sendiri.Keputusan yang teruk adalah lebih baik daripada langsung tidak membuat sebarang keputusan.
Monday, November 5, 2012
Awas Kopi!!
Kopi adalah minuman kesihatan yang digemari ramai.Tetapi kini peminat kopi perlu lebih berwaspada dengan gimik pengilang kopi.
Mengikut satu lapuran media , kopi termahal di dunia sekarang ada di Thailand.
Kopi yang dijenamakan sebagai Black Ivory ini berharga RM3,300 sekilogram.Mujurlah harganya mahal dan tentunya sukar didapati di pasaran Malaysia.Kalau tidak, pasti ada yang terkena!!Sebabnya adalah kopi ini dihasilkan daripada najis gajah.
Gajah gajah di pusat pemuliharaan gajah di Golden Triangle Asian Elephant Foundation diberikan bijiran kopi sebagai makanan.Bijirin kopi yang akhirnya keluar bersama sama najis gajah ini akhirnya diproses semula menjadi minuman kopi berjenama.

Lady Gaga- Penyanyi Genius Pemasaran
Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta bukanlah sebarangan penyanyi. Dilahirkan di New York City, penyanyi berusia 26 tahun ini merupakan seorang genius dalam soal pemasaran .
Kebolehan ini telah melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi tersohor dunia pada masa ini.Antara gimik pemasaran yamg paling menonjol dan sering digunakan adalah gaya penampilan fesyen pakaian yang extreme dan unik seperti pakaian daging mentah yang telah menggemparkan dunia hiburan.
Saya bukanlah peminat Lady Gaga cuma mengkagumi marketing style yang digunakan oleh penyanyi ini.Kalau nak dibandingkan dengan penyanyi wanita antara bangsa yang lain, saya lebih meminati Celine Dion.Namun dari segi populariti, Celine Dion yang merupakan bekas juara American Idol kelihatan semakin ketinggalan.Dengan pengikut Twitter seramai 26 juta orang, tidak syak lagi Lady Gaga memang cukup popular diseluruh dunia .
Dalam industri hiburan di tanah air, KRU dan Yuna adalah di antara penyanyi yang turut memiliki marketing style dan karisma yang hebat.
Antara trend terkini pemasaran yang dilakukan oleh penghibur di tanah air sekarang ialah dengan bergabung dalam penerbitan album.
Teknologi IT dan internet turut memainkan peranan yang amat penting dalam industri hiburan.Ada laporan mengatakan Aizat meraih pendapatan sehingga RM4 juta hanya melalui penjualan lagu lagu secara download.Kemunculan terlalu ramai penyayi baru telah menjadikan persaingan untuk menguasai pasaran hiburan di Malaysia semakin sengit. Mujurlah ada internet yang boleh meluaskan pasaran ke seluruh dunia.

Subscribe to:
Comments (Atom)