Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Tuesday, November 20, 2012

Kisah Doktor K

Di negara Jepun, mereka ada Dr  Seterika . Dr Seterika ini memiliki ijazah PhD dan adalah pakar di dalam  cara cara penggunaan seterika yang betul.

Di Malaysia kita ada Dr K . Boleh juga dipanggil  sebagai  Dr Kelapa Sawit. Biarpun tidak sekaya atau sepopular Datuk K,  Dr K ini adalah seorang doktor perubatan  bertauliah yang memiliki klinik perubatannya sendiri.Klinik Dr K ini ada di Tawau, Sabah.Malangnya setiap kali berkunjung ke klinik berkenaan, pembantu klinik hanya berkata

"Dr. tiada....kami jual ubat sahaja"

Beberapa minggu kemudian, saya mendapat tahu Dr K ini memiliki ladang kelapa sawit seluas 1000 ekar. Kebanyakan masanya dihabiskan di ladang kelapa sawit miliknya. Sudah tentunya tindakannya amat  berbaloi.  Ladang kelapa sawit seluas 1000 ekar ini mampu menjana pendapatan tidak kurang dari RM2 juta sebulan.

Selain Dr K ini, ada lagi  beberapa individu  di Sabah yang turut memiliki ladang kelapa sawit dengan keluasan 1000 ekar ataupun lebih.Sebagai petunjuk asas, di Sabah sahaja terdapat 118 buah loji pemprosesan minyak kelapa sawit sedang beroperasi pada masa ini.

Hanya sebilangan kecil sahaja warga Malaysia yang memiliki ladang yang luas seperti Dr K ini. Sebahagian besarnya lagi hanya memliliki tanah dengan  keluasan yang amat kecil atau  lansung tidak memiliki walau satu  ekar tanah.Kalaulah tanah 1000 ekar ini dibahagikan sama rata kepada 100 orang atas konsep dan prinsip  keseimbangan, pastinya setiap seorang akan meliliki 10 ekar tanah.Kalau ada 10 orang seperti Dr K, sudah ada 1000 orang yang mendapat  tanah sebanyak 10 ekar seorang....Barulah  nampak  sedikit keseimbangan


Akan tetapi  coretan ini hanyalah  wishful thinking penulis sahaja .Realitinya ada individu di Sabah  telah 7 kali pilihan raya berlalu, namun tanah yang di pohon tidak keluar gerannya.Tanah yang dipohon tu pulak luasnya tidak pun sampai 10 ekar namun proses kelulusan permohonan seperti mencecah tahap infiniti.

Biar saya berkongsi sedikit satu laporan media elektronik yang agak  menarik.

Seorang individu di Malaysia dilapurkan telah menempah lot tanah perkuburan  untuk dirinya. Individu ini telah membayar sebanyak RM12 juta untuk lot  tanah kubur berkenaan .Kalau  lot kubur pun bernilai RM12 juta, berapa agaknya nilai rumah yang diduduki oleh individu ini.Atau dari perspektif lain, berapa buah rumah yang dimiliki oleh individu ini.

Berapa ramai pula warga Malaysia yang untuk membaiki rumah pun terpaksa di bantu oleh kerajaan .Permainan ini dikenali sebagai ketidak seimbangan ekonomi.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah menerbitkan satu artikel di laman web Sabah Kini  dan memberikan pendapat peribadinya kenapa perkara seperti ini terjadi.

Saya   percaya kepada konsep life is an equilibrium...Bermakna keseimbangan itu perlu ada dalam hidup ini.Keseimbangan inilah yang  cuba digambarkan sebagai lambang dacing  dalam posisi yang seimbang .Kalau keseimbangan itu belum ada pada setiap individu, adalah menjadi tanggung jawabnya untuk mencarinya.

Saya sangat suka kepada pengundi atas pagar kerana  ianya menggambarkan konsep keseimbangan itu sendiri.Tidak ke kiri dan tidak juga ke kanan.Namun pada akhirnya setiap individu perlu membuat keputusan sekurang kurangnya untuk dirinya sendiri.Keputusan yang teruk adalah lebih baik daripada langsung tidak membuat sebarang keputusan.







No comments:

Post a Comment