Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Monday, November 5, 2012

Lady Gaga- Penyanyi Genius Pemasaran

Lady Gaga  atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta bukanlah sebarangan penyanyi. Dilahirkan di New York City, penyanyi berusia 26 tahun ini    merupakan  seorang  genius   dalam soal pemasaran .



Kebolehan ini telah  melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi  tersohor dunia pada masa ini.Antara gimik pemasaran yamg paling menonjol dan sering digunakan adalah gaya penampilan fesyen pakaian yang extreme dan unik   seperti pakaian daging mentah yang telah menggemparkan dunia hiburan.


Saya bukanlah peminat Lady Gaga   cuma mengkagumi  marketing style  yang digunakan oleh penyanyi  ini.Kalau nak dibandingkan dengan penyanyi wanita antara bangsa yang lain, saya lebih meminati Celine Dion.Namun dari segi populariti, Celine Dion yang merupakan bekas juara American Idol kelihatan semakin  ketinggalan.Dengan pengikut Twitter seramai 26 juta orang, tidak syak lagi Lady Gaga memang cukup popular diseluruh dunia .

Dalam industri hiburan  di tanah air, KRU dan Yuna adalah di antara   penyanyi yang turut memiliki marketing style dan karisma yang hebat.

Antara trend terkini pemasaran yang dilakukan oleh  penghibur di tanah air sekarang ialah dengan bergabung dalam penerbitan album.

Teknologi IT dan internet turut memainkan peranan yang amat penting dalam industri hiburan.Ada laporan mengatakan Aizat meraih pendapatan sehingga  RM4 juta  hanya melalui penjualan lagu lagu secara download.Kemunculan terlalu ramai penyayi baru telah menjadikan persaingan untuk menguasai pasaran hiburan di Malaysia semakin sengit. Mujurlah   ada internet yang boleh  meluaskan pasaran ke seluruh dunia.







No comments:

Post a Comment