Saya telah menyaksikan perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia menentang pasukan Singapura pada 25 Nov 2012 yang berkesudahan pasukan Malaysia tewas dengan jaringan 0-3.
Jelas pada pengamatan saya pasukan negara tewas kerana corak permainan yang tidak teratur dan pemain seperti takut untuk bermain bola .Serius...Apabila sahaja mendapat hantaran bola , pemain Malaysia akan segera menghantar bola kepada rakan sepasukan walaupun tanpa ada asakan dari pihak lawan.Akibatnya bola senang dipintas kerana rakan sepasukan tidak berada pada posisi terbaik untuk menerima hantaran.Pemain yang dihantar bola pula hanya berlari setempat menunggu hantaran bola. Taktik ini amat mudah dipatahkan oleh pasukan lawan kerana pergerakan bola yang amat mudah diramal.
Berlainan dengan pasukan Singapura, para pemainnya lebih tenang dan dapat mengawal bola dengan baik sebelum menghantar kepada rakan sepasukan mereka.Para pemain mereka sentiasa bergerak secara progresif ke arah kawasan pasukan lawan dan tidak menunggu hantaran bola dalam keadaan statik.
Pada separuh masa kedua, gaya dan corak permainan compact football dan tripple marking yang dilakukan oleh pasukan Singapura berjaya di atasi dengan corak permainan hantaran bola tinggi .Corak permainan ini tidak digunakan pada separuh masa pertama.Namun kurangnya kawalan bola kerana pemain lebih gemar menghantar bola kepada rakan sepasukan secara segera masih merupakan kelemahan yang amat ketara.
Hanya selepas kemasukan Mahali Jasuli, corak permainan dan serangan pasukan Malaysia telah bertambah baik kerana Mahali Jasuli boleh mengawal bola seketika dan tidak tergesa gesa menghantar bola kepada rakan.Pada pendapat saya , pemain seperti Mahali Jasuli dan Baddrol Bakhtiar adalah pemain yang mesti ada pada perlawanan berikutnya jika Malaysia ingin meneruskan saingan.
Gaya permainan bola sepak compact football perlu di atasi secara compact football juga dengan para pemain sentiasa berada pada posisi yang betul untuk menerima bola.Malangnya ini tidak dapat dilakukan sekiranya para pemain terlalu cepat menghantar bola kepada rakan sepasukan .Di samping itu corak pertahanan pasukan negara perlu dimantapkan lagi . Dengan strategi dan corak permainan yang ada sekarang, Malaysia akan kecundang pada pusingan pertama kejohanan ini.
Peringatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment