Peringatan
Monday, February 18, 2013
Ahad 12:30 Tengah Malam :Di Mana Akan Ku Cari
Ahad 12:30 tengah malam.....ungkapan yang biasa terpapar di kaca TV ini sering membuat saya tercari cari makna disebaliknya.Macam mana boleh terjadi.Kalau disertakan tarikh, mungkin tidak berapa mengelirukan.Saya sentiasa terganggu dan terkeliru apabila slot selingan ini disiarkan.Memang membingungkan dan boleh membangkitkan rasa marah supaya boleh dijual seperti adengan dalam filem Tan Sri P.Ramlee.
Pada pemahaman orang biasa seperti saya, sebenarnya tidak ujud di dunia ini Ahad 12:30 tengah malam. Yang ada cuma Ahad 12:30 awal pagi. Apabila sahaja melepasi detik 12:00 tengah malam pada hari Ahad , bermakna masa telah menjangkau ke hari Isnin.Bermulalah kitaran hari Isnin dan Ahad 12:30 tengah malam itu sebenarnya adalah Isnin 12:30 pagi.
Memang remeh perkara ini tetapi jika tidak dibetulkan , risikonya anda boleh terlepas siaran langsung perlawanan bole sepak pasukan kegemaran anda.Saya harap saya tidak perlu lagi menulis perkara remeh seperti ini pada masa akan datang.Boleh mendatangkan rasa marah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment