Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Thursday, February 28, 2013

Bajet 2013: Mana Dia Program Penyeragaman Harga

Tahun 2013 telah hampir mencecah bulan ke3 namun saya perhatikan harga barangan di Sabah masih terlalu mahal.Malahan harga sekilo ikan basung separuh segar lebih mahal daripada harga sekilo daging ayam.Nampak seolah olah para peniaga boleh meletakkan harga sesuka hati mereka tanpa perlu risau tentang tindakan penguat kuasaan undang undang berkaitan kawalan harga. Di dalam bajet tahun 2013 yang sering diwar warkan dikaca TV,telah diperuntukkan sebanyak RM386 juta bagi tujuan penyeragaman harga bagi negeri Sabah dan Sarawak.Maksudnya harga barangan Y di Semenanjung mestilah nilai harganya sama dengan barangan Y yang ada di pasaran di Sabah dan Sarawak.Saya pernah menerbitkan satu  entri pada 23 Oktober 2012 yang turut mengupas berkaitan bajet 2013 ini

Akan tetapi saya tidak nampak sebarang program yang dilaksanakan bagi tujuan menyeragamkan harga barangan dan perkhidmatan ini.Mungkin adalah tetapi memang saya tidak nampak dan kesannya juga terhadap penyeragaman harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tidak kelihatan. Yang ada cuma ura ura untuk menubuhkan 57 buah lagi cawangan kedai rakyat 1Malaysia bagi maksud "menyeragamkan" harga .


 Saya pernah berkunjung ke kedai rakyat 1Malaysia ini. Harga barangannya memang murah akan tetapi kebanyakan barangan hanyalah barangan runcit sahaja.Bagaiman dengan barangan lain seperti tayar kereta, pakaian, alat solek, perabut,barangan elektrik,barangan hardware.......senarai ini menjadi sangat panjang kalau mahu dilengkapkan.Anda tidak akan menemui barangan di dalam senarai panjang ini di dalam kedai rakyat 1Malaysia.

Sebenarnya tidak susah untuk melihat siapakah yang akan mendapat manafaat daripada cadangan penubuhan 57 buah lagi kedai rakyat 1Malaysia ini. Saya tidak mengatakan kedai rakyat 1Malaysia ini tidak baik, cuma pilihan barangan sangatlah terhad.Kedai konsep  harga borong sebegini telah lama ada di Kuala Lumpur iaitu pasaraya Mydin.

Saya ingin memetik satu contoh paling extreme tetapi paling simple dalam aspek pengawalan harga ini. Khusus kepada  para peminat nombor ekor di Sabah, mereka akan menbayar harga 15% lebih mahal berbanding peminat nombor ekor di Semenanjung .Kalau mahu juga harga yang sama, para kaki nombor ini perlulah ke WP Labuan atau Semenanjung.Saya tidak nampak sebarang sebab kenapa harga tidak boleh diselaraskan kerana tidak ada kos pengangkutan yang terlibat!!.Mungkin contoh ini kurang elok untuk diketengahkan, akan tetapi inilah contoh paling simple difahami untuk membolehkan kita melihat udang disebalik batu.Apabila ada yang  masih gagal melihat udang itu, maka biarkanlah hukum alam mengambil tempatnya.

Monday, February 25, 2013

Senarai Menunggu Tabung Haji

Laporan Berita Harian bertarikh 18 Dec 2012 menyatakan lebih sejuta berada dalam senarai menunggu Lembaga Urusan Tabung Haji(LUTH). Banyak tu dan dah tentu tempoh menunggu yang sangat lama.Dengan kuota jemaah haji dari Malaysia kekal pada 28,000 orang setahun, bermakna calon calon perlu menunggu selama sekurang kurangnya 35 tahun untuk dapat menunaikan haji. Bagi saya tempoh menunggu ini terlalu lama.Dengan kuota dinaikkan kepada 40,000 orang setahun sekalipun, seseorang calon haji masih perlu menunggu selama 25 tahun.Dah kurang 10 tahun akan tetapi tempoh menunggu 25 tahun masih terlalu lama.

Untuk bakal calon dapat menunaikan ibadah haji pada umur 50 tahun, dia perlu mula mendeposit dengan Lembaga Urusan Tabung Haji pada usia 25 tahun.Rasanya tidak ramai calon di Malaysia yang mampu melakukannya pada usia yang sebegitu muda. Calon haji Special Privilage  pula mampu menunaikan ibadah haji tanpa perlu menunggu lama dan malahan boleh menunaikan haji secara percuma.Ada pula tu boleh pergi lebih dari sekali.

Teringat saya pengalaman ditegur seorang CEO yang bertanya bila mahu menunaikan haji.Semuanya berpunca gara gara stail janggut ala Datuk Seri Anwar Ibrahim . Dengan tempoh menunggu sebegitu lama,pastinya  ada pihak yang mengaut keuntungan dan ada juga pihak yang menanggung kerugian.Silap silap tidak dapat pergi untuk menunaikan haji walaupun duit sudah dilaburkan untuk tujuan menunaikan ibadah haji.Ada juga yang kecundang dipertengahan jalan kerana cuba memilih jalan lain menuju Kaabah.Macam macam boleh terjadi dalam tempoh 25 tahun menunggu.Kalau tanam kelapa sawit, rasanya pokok kelapa sawit itu sudah berhenti menghasilkan buah!

Ada pula laporan yang mendakwa di Malaysia , tempoh menunggu untuk menunaikan ibadah haji adalah antara 8 hingga 10 tahun.Mahukah dan mampukah anda untuk percaya.Kalau berdasarkan beberapa laporan media dan dibandingkan pula dengan realiti di alam nyata, memang sukar untuk percaya.Kalau ditinjau dari sudut politik pula memang mudah untuk faham kerana politik adalah the art of making possible.Atau kalau boleh pinjam kata kata Datuk Seri Najib Tun Razak politic is a game of numbers .Barulah semuanya akan nampak mudah.

Wednesday, February 20, 2013

30,000 Mendapat Rawatan Psikatri di Sabah

Lapuran media bercetak tempatan yang berpengkalan di Kota Kinabalu menyatakan terdapat seramai 30,000 orang kini mendapat rawatan psikatri di Sabah.Pada saya angka ini adalah menggusarkan dan memerlukan perhatian serius dan segera dari Kerajaan Persekutuan selaku godfather bagi Kementerian Kesihatan.Isu ini turut menarik perhatian aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye untuk turut memberikan komen beliau.

Pernah seorang wanita berusia 30an berlari dalam keadaan bogel di pekan Keningau pada tahun 2102 yang lalu.Semuanya berpunca dari tanah hak milik bapanya telah bertukar status hak milik.Beliau mengetahui hal ini selepas pulang dari perantauan untuk mengusahakan tanah berkenaan.Memang boleh mendatangkan tekanan situasi yang dialaminya.Tindakan drastik wanita itu dipercayai diambil setelah semua usaha dan tindakan perundangan yang diambilnya menemui jalan buntu.


Salah satu punca gangguan mental  pada pandangan saya adalah penyalah gunaan dadah. Namun memandangkan saya bukanlah pakar rawatan psikatri dan bukan juga bomoh batin, saya lebih suka berkongsi satu cerita . Cerita ini berlaku di hospital Mesra Bukit Padang,Kota Kinabalu  iaitu  sebuah hospital khas untuk rawatan psikatri ini.Kalau di Semenanjung Malaysia ada hospital Tanjung Rambutan yang menawarkan rawatan yang serupa.

Begini kisahnya... Seorang penyelia perubatan sedang meronda di kawasan wad perubatan lelaki apabila dia terserempak dengan seorang pesakit yang sedang asyik  memancing di atas jalan raya di dalam kawasan wad . Penyelia pun bertanya.

Penyelia : Banyak dapat ikan?..
Pemancing : Kau gilakah....sini mana ada ikan.

Monday, February 18, 2013

Ahad 12:30 Tengah Malam :Di Mana Akan Ku Cari

Ahad 12:30 tengah malam.....ungkapan yang biasa terpapar di kaca TV ini sering membuat saya tercari cari makna disebaliknya.Macam mana boleh terjadi.Kalau disertakan tarikh, mungkin tidak berapa mengelirukan.Saya sentiasa terganggu dan terkeliru apabila slot selingan ini disiarkan.Memang membingungkan dan boleh membangkitkan rasa marah supaya boleh dijual seperti adengan dalam filem Tan Sri P.Ramlee. Pada pemahaman orang biasa seperti saya, sebenarnya tidak ujud di dunia ini Ahad 12:30 tengah malam. Yang ada cuma Ahad 12:30 awal pagi. Apabila sahaja melepasi detik 12:00 tengah malam pada hari Ahad , bermakna masa telah menjangkau ke hari Isnin.Bermulalah kitaran hari Isnin dan Ahad 12:30 tengah malam itu sebenarnya adalah Isnin 12:30 pagi. Memang remeh perkara ini tetapi jika tidak dibetulkan , risikonya anda boleh terlepas siaran langsung perlawanan bole sepak pasukan kegemaran anda.Saya harap saya tidak perlu lagi menulis perkara remeh seperti ini pada masa akan datang.Boleh mendatangkan rasa marah.