Laporan Berita Harian bertarikh 18 Dec 2012 menyatakan lebih sejuta berada dalam senarai menunggu Lembaga Urusan Tabung Haji(LUTH). Banyak tu dan dah tentu tempoh menunggu yang sangat lama.Dengan kuota jemaah haji dari Malaysia kekal pada 28,000 orang setahun, bermakna calon calon perlu menunggu selama sekurang kurangnya 35 tahun untuk dapat menunaikan haji.
Bagi saya tempoh menunggu ini terlalu lama.Dengan kuota dinaikkan kepada 40,000 orang setahun sekalipun, seseorang calon haji masih perlu menunggu selama 25 tahun.Dah kurang 10 tahun akan tetapi tempoh menunggu 25 tahun masih terlalu lama.
Untuk bakal calon dapat menunaikan ibadah haji pada umur 50 tahun, dia perlu mula mendeposit dengan Lembaga Urusan Tabung Haji pada usia 25 tahun.Rasanya tidak ramai calon di Malaysia yang mampu melakukannya pada usia yang sebegitu muda. Calon haji Special Privilage pula mampu menunaikan ibadah haji tanpa perlu menunggu lama dan malahan boleh menunaikan haji secara percuma.Ada pula tu boleh pergi lebih dari sekali.
Teringat saya pengalaman ditegur seorang CEO yang bertanya bila mahu menunaikan haji.Semuanya berpunca gara gara stail janggut ala Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Dengan tempoh menunggu sebegitu lama,pastinya ada pihak yang mengaut keuntungan dan ada juga pihak yang menanggung kerugian.Silap silap tidak dapat pergi untuk menunaikan haji walaupun duit sudah dilaburkan untuk tujuan menunaikan ibadah haji.Ada juga yang kecundang dipertengahan jalan kerana cuba memilih jalan lain menuju Kaabah.Macam macam boleh terjadi dalam tempoh 25 tahun menunggu.Kalau tanam kelapa sawit, rasanya pokok kelapa sawit itu sudah berhenti menghasilkan buah!
Ada pula laporan yang mendakwa di Malaysia , tempoh menunggu untuk menunaikan ibadah haji adalah antara 8 hingga 10 tahun.Mahukah dan mampukah anda untuk percaya.Kalau berdasarkan beberapa laporan media dan dibandingkan pula dengan realiti di alam nyata, memang sukar untuk percaya.Kalau ditinjau dari sudut politik pula memang mudah untuk faham kerana politik adalah the art of making possible.Atau kalau boleh pinjam kata kata Datuk Seri Najib Tun Razak politic is a game of numbers .Barulah semuanya akan nampak mudah.

No comments:
Post a Comment