Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Thursday, February 28, 2013

Bajet 2013: Mana Dia Program Penyeragaman Harga

Tahun 2013 telah hampir mencecah bulan ke3 namun saya perhatikan harga barangan di Sabah masih terlalu mahal.Malahan harga sekilo ikan basung separuh segar lebih mahal daripada harga sekilo daging ayam.Nampak seolah olah para peniaga boleh meletakkan harga sesuka hati mereka tanpa perlu risau tentang tindakan penguat kuasaan undang undang berkaitan kawalan harga. Di dalam bajet tahun 2013 yang sering diwar warkan dikaca TV,telah diperuntukkan sebanyak RM386 juta bagi tujuan penyeragaman harga bagi negeri Sabah dan Sarawak.Maksudnya harga barangan Y di Semenanjung mestilah nilai harganya sama dengan barangan Y yang ada di pasaran di Sabah dan Sarawak.Saya pernah menerbitkan satu  entri pada 23 Oktober 2012 yang turut mengupas berkaitan bajet 2013 ini

Akan tetapi saya tidak nampak sebarang program yang dilaksanakan bagi tujuan menyeragamkan harga barangan dan perkhidmatan ini.Mungkin adalah tetapi memang saya tidak nampak dan kesannya juga terhadap penyeragaman harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tidak kelihatan. Yang ada cuma ura ura untuk menubuhkan 57 buah lagi cawangan kedai rakyat 1Malaysia bagi maksud "menyeragamkan" harga .


 Saya pernah berkunjung ke kedai rakyat 1Malaysia ini. Harga barangannya memang murah akan tetapi kebanyakan barangan hanyalah barangan runcit sahaja.Bagaiman dengan barangan lain seperti tayar kereta, pakaian, alat solek, perabut,barangan elektrik,barangan hardware.......senarai ini menjadi sangat panjang kalau mahu dilengkapkan.Anda tidak akan menemui barangan di dalam senarai panjang ini di dalam kedai rakyat 1Malaysia.

Sebenarnya tidak susah untuk melihat siapakah yang akan mendapat manafaat daripada cadangan penubuhan 57 buah lagi kedai rakyat 1Malaysia ini. Saya tidak mengatakan kedai rakyat 1Malaysia ini tidak baik, cuma pilihan barangan sangatlah terhad.Kedai konsep  harga borong sebegini telah lama ada di Kuala Lumpur iaitu pasaraya Mydin.

Saya ingin memetik satu contoh paling extreme tetapi paling simple dalam aspek pengawalan harga ini. Khusus kepada  para peminat nombor ekor di Sabah, mereka akan menbayar harga 15% lebih mahal berbanding peminat nombor ekor di Semenanjung .Kalau mahu juga harga yang sama, para kaki nombor ini perlulah ke WP Labuan atau Semenanjung.Saya tidak nampak sebarang sebab kenapa harga tidak boleh diselaraskan kerana tidak ada kos pengangkutan yang terlibat!!.Mungkin contoh ini kurang elok untuk diketengahkan, akan tetapi inilah contoh paling simple difahami untuk membolehkan kita melihat udang disebalik batu.Apabila ada yang  masih gagal melihat udang itu, maka biarkanlah hukum alam mengambil tempatnya.

No comments:

Post a Comment