Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Tuesday, October 30, 2012

Ubat dan Produk Beracun

KUALA LUMPUR ,27th  SEPT 2012

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak membeli Jin Fei Cao San Extract Powder "Sheng Chang" kerana mengandungi  racun berjadual ephedrine dan pseudoephedrine.Produk berkenaan adalah keluaran negara Taiwan.

Sebagai langkah berjaga jaga, pengguna perlulah membeli produk ubat ubatan dan kesihatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja .Tetapi nanti dulu......teruskan membaca

Produk MYMEN Plus Capsule 400mg  yang  berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia turut didapati mengandungi racun berjadual dikenali sebagai tadalafil.Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor perubatan boleh menyebabkan serangan stroke dan sakit jantung.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membatalkan pendaftaran produk MYMEN Plus ini.

Entah apalah  agaknya garis panduan yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa pendaftaran asal produk tersebut.Takkanlah main "pok silap" ja....Sampai bila pengguna akan terdedah kepada cara tindakan ala ala sudah terantuk baru tengadah ini.Belum lagi diambil kira risiko lambakan produk  tidak berdaftar yang  berada di pasaran terbuka.

Tanpa amalan "good governance " yang telus, lambakan ubat  ubatan dan produk beracun akan kekal berada di pasaran untuk tempoh diluar batasan imaginasi.

Thursday, October 25, 2012

Imbasan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia

Klimaks bola sepak Malaysia telah berlangsung pada  20 Oktober 2012 di antara pasukan Kelantan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM).Ramalan awal saya untuk menyaksikan pertembungan di antara pasukan Selangor menentang ATM  di perlawanan akhir tidak menjadi realiti.

Pasukan Kelantan telah menewaskan ATM dengan jaringan  3-2 dan seterusnya merangkul  treble trophy Piala Malaysia ,piala keagungan bola sepak di Malaysia.Sebelum ini Kelantan telah pun memenangi piala FA dan juga  muncul juara liga Super.Pertembungan  diantara ATM menentang Kelantan sebenarnya adalah Champion League versi Malaysia kerana ATM adalah juara liga Perdana.Kelantan telah membuktikan kenapa pasukan ini muncul sebagai juara liga super. Agak menarik  apabila memerhatikan ATM mempunyai penyokong yang ramai.Mungkin disebabkan oleh pasukan ATM di wakili oleh 6 orang pemain kebangsaan.

Apa yang kurang menarik pada pandangan saya adalah hadiah kepada pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan juga Penjaring Terbanyak Piala Malaysia.Penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha telah diistiharkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Marlon Alex James sebagai Penjaring Terbanyak Keseluruhan Kejohanan.



Oklah tu ...memang mereka layak menerimanya..Yang tidak syok adalah hadiahnya. Norsharul Idlan Talaha cuma memenangi RM1500  sahaja dan Marlon Alex James pula sebuah TV40 inci flat screen..Punyalah ciput macam perlawanan division 5 sahaja.

Kalaulah ditukar kepada mata wang pound sterling, US Dollar ataupun Euro pasti  segan dan sukar untuk mengaku sebagai peminat bola sepak Malaysia. Pada anggaran kasar saya hasil jualan tiket perlawanan akhir ini adalah lebih daripada RM500,000.Sekurang kurangnya  nilai hadiah untuk Norshahrul Idlan Talaha dan Marlon   Alex James adalah tidak kurang dari  RM50,000 .Barulah nampak sedikit prestij Piala Malaysia.



Kalau liga di  Korea Selatan atau Jepun mungkin jauh beza nilai hadiahnya.Kekadang ada juga terfikir dengan ganjaran  sebegini mampukah  pasukan bola sepak Malaysia mengikuti jejak  hebat pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan. Mungkin juga   persoalan seperti ini  sedang  bermain di fikiran Norshahrul semasa dia menerima replika hadiah yang dimenanginya.

Wednesday, October 24, 2012

Hujan Ayam


Virginia, USA

 Hujan batu di negeri sendiri
 Hujan emas di negeri orang
Hujan ayam di Virginia

10th October 2012 : Cassie Bernard sedang menjalani latihan menunggang kuda berpakaian keselamatan lengkap dengan topi keledar apabila hujan tiba tiba melanda.Bukan hujan biasa tetapi selonggok daging, cebisan tulang dan kulit ayam yang turun mencurah dari langit terbuka.Pakar biologi tempatan mendakwa hujan berkenaan disebabkan oleh angkara sekumpulan burung.

Penulis sendiri masih lagi menunggu hujan emas.Hujan ais penulis sudah pernah  mengalami namun tidak sekali mengharapkan hujan batu.Memang pepatah lama bukan semuanya tu  boleh pakai.Ada satu perkara  sahaja yang baik tentang hujan.Hujan sentiasa turun , tidak pernah dan tidak akan naik.Hanya harga barang dan perkhidmatan sahaja yang  naik setiap tahun.Selepas naik tidak mahu turun.

Sama sama kita perhatikan permainan tahun 2013 bernilai RM386 juta yang kononnya bakal digunakan untuk menurunkan dan menyeragamkan harga barang dan perkhidmatan.Ada pelbagai kemungkinan cara perlaksanaan tetapi cuma ada satu end result sahaja.Diharapkan dana berkenaan tidaklah digunakan untuk membantu golongan tertentu membuka   cawangan kedai rakyat 1Malaysia atau kedai lain yang menggunakan konsep yang sama kerana jika inilah yang bakal dilakukan, ianya sudah menyimpang dari matlamat sebenar iaitu menyeragamkan harga  barang dan perkhidmatan  di seluruh Malaysia.



Mereka yang berada di kawasan pedalaman tetap tidak akan menerima manafaat seperti yang disasarkan. End result ini  mudah diperhatikan walaupun kemungkinanya sudah boleh diramal sebagai...."Alahai..."#!!.. 

Sunday, October 7, 2012

MALAYSIA BAKAL MENGIMPOT BERSIH MINYAK MENJELANG 2017(BAHAGIAN KE 2): TINJAUAN SEJENAK DI SABAH DAN JOHOR



Di SABAH:

Petronas sedang giat menjalankan dua projek berimpak tinggi  di Sabah.Projek pertama adalah pembinaan Sabah Oil and Gas Terminal(SOGT) di Kimanis, Papar. Projek bernilai RM100 juta (tidak termasuk kos pembinaan power plant gas turbin 300MW) ini dijangka beroperasi pada tahun tahun 2012.Terminal minyak dan gas ini mampu mengendalikan 300,000 tong minyak mentah sehari bagi tujuan expot.Gas asli pula akan disalurkan ke Bintulu melalui saluran paip sepanjang 500km untuk diproses menjadi gas cecair dan seterusnya di ekspot.

Projek kedua adalah pembinaan Sabah Amonea Urea(SAMUR)  di Sipitang bernilai RM4.7 billion.Projek ini dijangkakan beroperasi menjelang awal tahun 2015. SAMUR adalah  loji pengeluar baja urea.

Tidak ada halangan daripada penduduk tempatan terhadap perlaksanaan kedua dua projek berkenaan.

Di JOHOR

Projek impak tinggi milik Petronas di Pengerang iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development(RAPID)  telah dilancarkan pada 13 May 2012.Projek pembangunan terbesar di Malaysia ini bernilai RM60 billion dan dijadualkan untuk beroperasi sepenuhnya  menjelang 2017.Perlaksanaan projek ini telah mendapat bantahan daripada 2000 orang penduduk tempatan  yang tanah mereka terjejas akibat perlaksanaan projek tersebut.Seramai 400 orang penduduk terjejas kemudiannya bersetuju  untuk projek berkenaan diteruskan membabitkan pembayaran wang pampasan sebanyak RM204.86 juta.

                                           

Projek RAPID mampu mengendalikan 300,000 tong minyak mentah sehari bagi tujuan pemprosesan.
Perhatikan persamaan kapasiti pengendalian  minyak mentah SOGT dan juga RAPID. Bagaimanakah nanti sekiranya RAPID gagal beroperasi  pada 2017 seperti dijadualkan."We will cross the bridge when we get there.".. itu adalah jawapan standard yang biasa didengar atau lihat di media.


ANALISA

Pengurusan Petronas melalui satu kenyataan media telah membayangkan  masa depan sukar di hadapan berikutan isu pengeluaran domestik semakin berkurangan, jangkaan peningkatan subsidi minyak dan gas serta penurunan harga minyak di pasaran.Pada penghujung tahun 2012 sahaja, pembayaran subsidi minyak dan gas dianggarkan berjumlah RM28 billion.Tanpa bantuan subsidi ini   entiti seperti TNB akan menerima  tempias  dari segi operasi.

Perhatian warga Malaysia yang perihatin kini seharusnya makin tertumpu kepada pembinaan loji RAPID di Johor, loji SAMUR dan terminal SOGT di Sabah.Melalui  kenyataan media bertarikh 13 May 2012, dilaporkan  RAPID akan memperolehi input minyak mentah   dari sumber yang di impot. Pemahaman saya tentang impot adalah dibawa masuk dari luar negara.Saya amat meragui dan keberatan untuk menerima kenyataan media ini.Pemilihan Pengerang sebagai lokasi RAPID semestinya  mempunyai unsur unsur berkaitan soal strategik dan logistik.Malahan saya menjangkakan RAPID akan mendapatkan bekalan dari SOGT dan SAMUR pula mendapat bekalan dari RAPID.Logiknya  SOGT, SAMUR dan RAPID diujudkan dalam masa yang hampir sama.Malahan kapasiti pengendalian minyak mentah  SOGT  dan  RAPID adalah sama.Jangkaan ini digambarkan secara ilustratif dengan garisan merah imaginasi  Google Map yang disertakan.



Seandainya jangkaan penulis menjadi realiti pada 2017 nanti , maka penulis akan segera matikan TV  setiap  kali iklan berkaitan soal integriti di siarkan di TV.Ya, kerana integriti adalah bermaksud we mean what we say....


SOGT bukanlah kemudahan  loji penapisan dan pemprosesan minyak.Ianya adalah berfungsi untuk menyediakan kemudahan marin bagi mengekspot keluar minyak mentah dan kemudahan pengumpulan dan penyaluran keluar gas asli..Kini hasil minyak dan gas Sabah boleh disalurkan keluar tanpa ada seorang pun  rakyat Sabah memiliki sebarang kata putus kerana realitinya adalah tidak ada seorang pun rakyat Sabah yang menduduki kerusi Board of Director Petronas.Akan tetapi rakyat Sabah masih boleh memerhatikan saluran paip gas  dan tanker  minyak mentah yang digunakan  secara percuma.

Berbalik kepada persoalan asal, setelah ketiga tiga kemudahan RAPID, SAMUR dan SOGT ini beroperasi sepenuhnya kelak , apakah prospek dan harapan yang ada kepada rakyat Malaysia khususnya di Johor dan Sabah.Saya berminat dengan negeri Johor kerana  sekiranya pada suatu hari ditakdirkan saya menjadi kaya raya, saya mahu menetap di Johor...begitulah bunyi karangan  saya semasa  berada di sekolah rendah!!...

Pada masa ini Sabah adalah pengeluar terbesar minyak dan gas di Malaysia, pengeluar terbesar minyak kelapa sawit di Malaysia dan penerima pelaburan asing kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor.Namun itu semua tidak menghalang untuk Sabah tetap tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia.Sungguh kontradik. Nampak sangat sesuatu yang amat  tidak kena.Hakikatnya kerajaan dan rakyat adalah dua entiti yang berbeza walaupun kerajaan pada asasnya dibentuk oleh rakyat.Kerajaan yang kaya dengan majoriti rakyatnya miskin adalah complete mismatched  dan merupakan mala petaka.

Adakah semua ini akan berubah menjelang 2017 ataupun lebih awal lagi seperti di tahun 2013 nanti.Setakat  ini tidak ada sebarang tanda positif kelihatan.Hanya awan hitam menandakan hujan bakal  turun.Setakat mengagihkan tangki air untuk tujuan  menadah air hujan tidak akan mengubah apa apa.Warga Malaysia terutamanya di Sabah  yang mempunyai pelbagai komposisi etnik seharusnya  lebih bersatu padu dan bukannya menjadi lemah lantaran sentimen perkauman  yang kental.

Kini  ramai warga Sabah telah berhijrah ke Johor.Di kawasan Nusa Jaya sahaja dilapurkan terdapat lebih 1000 orang rakyat Sabah telah bermastautin di  sana.Saya sendiri baru sahaja  menginap di suite paling  mahal hotel lima bintang di Johor Baharu.Terjaga  barulah saya sedar bahawa saya cuma bermimpi......

Dengan Johor memiliki Wilayah Pembangunan Iskandar, Legoland,RAPID, infrastruktur dan kemudahan logistik yang jauh lebih baik dan lebih moden berbanding Sabah, Johor berpotensi  besar untuk menjadi negeri terkaya di Malaysia menjelang 2017 nanti.

Cuba kita jengok seketika pula realiti check yang berkaitan.Wilayah Pembangunan Iskandar, Legoland,RAPID, blah... blah...blah... kesemuanya diujudkan dengan pelaburan asing.Walaupun realitinya peluang pekerjaan diujudkan, namun penguasa dan pemilik sebenar industri adalah warga asing yang melabur di Malaysia.Tidak dinafikan keujudan pelabur asing ini boleh dineutralkan oleh para pelabur tempatan.Persoalannya berapa ramaikah daripada 28.4 juta orang rakyat Malaysia mampu berbuat demekian.Tanpa check and balance yang berkesan, rakyat Malaysia amat terdedah kepada bentuk penjajahan moden ini.

Setiap rakyat Malaysia khususnya yang berada di Sabah harus melangkah dengan lebih berhati hati lantaran terpaksa berhadapan dengan cabaran tambahan yang diujudkan oleh pendatang asing tanpa izin(PATI ) yang memiliki kerakyatan Malaysia .Sudah tentu setiap warga Malaysia yang berfikiran waras tidak mahu  hidup di bawah telunjuk bangsa asing.

Hidup di negara sendiri tetapi dikuasai oleh orang lain.Duduk dinegeri sendiri tetapi segala hasilnya  dikaut oleh orang lain.Tiada siapa yang mahukan kehidupan sedemekian.

Golongan mahasiswa terutamanya yang sedang melanjutkan pengajian melalui kemudahan PTPTN harus berfikiran lebih jauh kehadapan dan menyediakan pelan kontogensi yang strategik.Realitinya adalah golongan ini   belum pun bekerja tetapi sudah berhutang .Perlanjutan tempoh umur minimum persaraan wajib kepada 60 tahun adalah satu petanda yang harus di pandang serius.








Ulasan Kilat Industri Penyiaran TV(PERCUMA) di Malaysia

Adakalanya aku terdorong untuk tonton sitcom TV

        Melayu tapi banyak adengan makan minum...........................
        Indon tapi banyak adengan berteriak sambil sengetkan bibir dan beliak mata
        Filipina tapi banyak adengan nangis  yang over dramatik.........
        Thailand...yang ini lebih realistik, mungkin kerana negara ini tidak pernah dijajah.

Memang harus diakui...siaran TV  boleh meninggalkan impak  maksima kepada sebahagian penonton tegar.Ada kes tu sampai berbunuhan seperti yang berlaku di Penang hanya kerana berebut menukar siaran TV.Menyedari hakikat inilah agaknya  kerajaan mengagihkan dekoder ASTRO percuma kepada penduduk di kawasan pedalaman dan terpencil seperti penempatan orang asli Gua Musang, Kelantan.Maklumlah nak keluar ke bandar mencari hiburan memanglah payah kerana keadaan jalan tanah merah yang teruk.Keadaan jambatan tak usahlah cerita walapun ianya cuma jambatan mini.


Tapi ada satu perkara yang mereka lupa bagi ...TV set itu sendiri....DAN..set generator  lengkap dengan bahan bakarnya sekali..Alamak!!..Macamana nak tunjuk berita pembangunan ni..Jelas mereka mudah lupa.Hanya taukeh kedai Mr.China Man  saja  yang tidak akan lupa menghidu peluang bisnesnya.

                                 "  saya boleh mah supply itu balang....." katanya...


Saturday, October 6, 2012

Poligami Lawan Poliandri

Upper Dorpa, Nepal adalah tempat di mana poliandri telah diamalkan sejak beberapa abad lamanya.Bagi yang belum memahami poliandri, ianya adalah lawan kepada poligami.Ya,, perempuan bersuami lebih daripada satu.Cuma para suami berkenaan adalah terdiri daripada adek beradek kepada suami pertama.
Tashi Sangmo berumur 17 tahun semasa mengahwini suaminya  berusia 14 tahun  yang merupakan anak lelaki  sulung di dalam keluarga jirannya.Sebahagian daripada pakej perkahwinan berkenaan adalah pengatin perempuan turut mengahwini adek lelaki pengantin lelaki yang berumur 11 tahun.Perkahwinan ini adalah berlandaskan adat .

Kini selepas 14 tahun berkahwin, pasangan berkenaan memiliki 3 orang anak lelaki.Generasi baru Nepal sudah ada yang tidak mahu mengamalkan perkahwinan seumpama ini.Mungkin golongan ini sudah menonton rancangan  realiti biggest loser agaknya ataupun telah terdedah kepada corak hidup yang lebih moden.

Di Indonesia sendiri yang merupakan negara islam, undang undangnya membenarkan kaum wanita berkahwin lebih daripada satu.Bagi negara yang ramai penduduk seperti India,China dan Indonesia sendiri, ini mungkin satu bentuk kawalan kelahiran yang berkesan.

Malaysia yang mempunyai sasaran jumlah penduduk seramai 70 juta orang memerlukan langkah yang lebih drastik jika sasaran ini mahu dicapai menjelang  tahun 2020.Terbaru  satu usul akan dibentangkan diparlimen bagi menggesa kerajaan memberi bantuan perkahwinan pula dah..., alahai  setakat itu aje???Macam bikin ketawa pun ada...Tak adakah skim saham percuma atau lain lain pakej menarik untuk bakal warga negara yang bakal dilahirkan agar  masa depan mereka lebih terjamin.Risiko hidup dengan seorang ayah tidak sama dengan risiko hidup dengan 2 atau 3 orang ayah seperti di Nepal. Amerika Syarikat adalah antara negara yang memberikan pakej yang cukup menarik untuk warga negaranya sebaik sahaja mereka dilahirkan .
Entah apalah agaknya skim yang menanti generasi milenium di tahun 2020 nanti. Segala  petandanya jelas  terpampang  di depan mata.

Monday, October 1, 2012

Kajian Kegembiraan Sedunia

Di dalam satu kajian terkini oleh World Values Survey di 65 buah negara oleh sekumpulan saintis dan ahli psikologi, di dapati bahawa manusia paling gembira  terdapat di Afrika dan yang paling tidak gembira terdapat di Eropah Timur.Kajian menunjukkan Nigeria memiliki peratusan paling tinggi penduduk yang gembira dengan kehidupan mereka di susuli oleh Mexico, Venezuela, El Salvador dan Puerto Rico.Russia Armenia dan Romania memiliki penduduk yang paling tidak gembira.

Hasil penemuan kajian ini telah diterbitkan di dalam jurnal The New Scientist.Kajian antarabangsa ini antara lainnya menyelidik bagaimana tahap kegembiraan dan rasa puas hati para penduduk sesebuah negara terhadap kehidupan mereka.Hasil kajian ini bagi saya adalah bersifat akademik semata mata dan tidak langsung menggambarkan realiti sebenar.Sudah tentu para penyelidik ini tidak memasuki negara negara yang sedang berada di kancah peperangan seperti di Timur Tengah dan juga di Afrika sendiri.Adakah para penyelidik ini ingin menyatakan bahawa pelarian Rohingya yang diusir dari negara mereka dan dihanyutkan di lautan luas tanpa bekalan air dan makanan gembira dengan pelayaran tanpa destinasi mereka.


.Kajian ini tidak lain hanya menggambarkan betapa penduduk negara miskin boleh bergembira dengan hidup mereka.Jepun dan Korea Selatan adalah negara kaya tetapi  memiliki kadar bunuh diri antara yang tertinggi di dunia.Ini mengingatkan kita kepada pepatah wang tidak boleh membeli kegembiraan.Akan tetapi wang boleh membeli apa saja barangan buatan manusia.Begitu hebatnya wang sehingga ada yang mengatakan wang adalah tuhan no2.Syirikkah golongan  yang berkata demekian.Biarkan golongan yang arif saja memperkatakannya.
Bagi saya, realiti hidup adalah ringkas dan mudah saja.Asalkan memperolehi apa yang dikehendaki, itu adalah satu kegembiraan.Apa yang saya mahukan dalam hidup boleh dinyatakan dengan tiga patah perkataan saja.Nampak begitu ringkas tetapi realitinya hidup tidaklah semudah yang disangka.Sesekali kedengaran juga golongan yang suka berkata"Asalkan bahagia.."Kepada golongan ini, asalkan mereka tidak menyalahi undang undang, biarkanlah mereka dengan aktiviti kehidupan mereka.