KUALA LUMPUR ,27th SEPT 2012
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak membeli Jin Fei Cao San Extract Powder "Sheng Chang" kerana mengandungi racun berjadual ephedrine dan pseudoephedrine.Produk berkenaan adalah keluaran negara Taiwan.
Sebagai langkah berjaga jaga, pengguna perlulah membeli produk ubat ubatan dan kesihatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja .Tetapi nanti dulu......teruskan membaca
Produk MYMEN Plus Capsule 400mg yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia turut didapati mengandungi racun berjadual dikenali sebagai tadalafil.Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor perubatan boleh menyebabkan serangan stroke dan sakit jantung.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membatalkan pendaftaran produk MYMEN Plus ini.
Entah apalah agaknya garis panduan yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa pendaftaran asal produk tersebut.Takkanlah main "pok silap" ja....Sampai bila pengguna akan terdedah kepada cara tindakan ala ala sudah terantuk baru tengadah ini.Belum lagi diambil kira risiko lambakan produk tidak berdaftar yang berada di pasaran terbuka.
Tanpa amalan "good governance " yang telus, lambakan ubat ubatan dan produk beracun akan kekal berada di pasaran untuk tempoh diluar batasan imaginasi.
No comments:
Post a Comment