Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Thursday, October 25, 2012

Imbasan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia

Klimaks bola sepak Malaysia telah berlangsung pada  20 Oktober 2012 di antara pasukan Kelantan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM).Ramalan awal saya untuk menyaksikan pertembungan di antara pasukan Selangor menentang ATM  di perlawanan akhir tidak menjadi realiti.

Pasukan Kelantan telah menewaskan ATM dengan jaringan  3-2 dan seterusnya merangkul  treble trophy Piala Malaysia ,piala keagungan bola sepak di Malaysia.Sebelum ini Kelantan telah pun memenangi piala FA dan juga  muncul juara liga Super.Pertembungan  diantara ATM menentang Kelantan sebenarnya adalah Champion League versi Malaysia kerana ATM adalah juara liga Perdana.Kelantan telah membuktikan kenapa pasukan ini muncul sebagai juara liga super. Agak menarik  apabila memerhatikan ATM mempunyai penyokong yang ramai.Mungkin disebabkan oleh pasukan ATM di wakili oleh 6 orang pemain kebangsaan.

Apa yang kurang menarik pada pandangan saya adalah hadiah kepada pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan juga Penjaring Terbanyak Piala Malaysia.Penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha telah diistiharkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Marlon Alex James sebagai Penjaring Terbanyak Keseluruhan Kejohanan.



Oklah tu ...memang mereka layak menerimanya..Yang tidak syok adalah hadiahnya. Norsharul Idlan Talaha cuma memenangi RM1500  sahaja dan Marlon Alex James pula sebuah TV40 inci flat screen..Punyalah ciput macam perlawanan division 5 sahaja.

Kalaulah ditukar kepada mata wang pound sterling, US Dollar ataupun Euro pasti  segan dan sukar untuk mengaku sebagai peminat bola sepak Malaysia. Pada anggaran kasar saya hasil jualan tiket perlawanan akhir ini adalah lebih daripada RM500,000.Sekurang kurangnya  nilai hadiah untuk Norshahrul Idlan Talaha dan Marlon   Alex James adalah tidak kurang dari  RM50,000 .Barulah nampak sedikit prestij Piala Malaysia.



Kalau liga di  Korea Selatan atau Jepun mungkin jauh beza nilai hadiahnya.Kekadang ada juga terfikir dengan ganjaran  sebegini mampukah  pasukan bola sepak Malaysia mengikuti jejak  hebat pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan. Mungkin juga   persoalan seperti ini  sedang  bermain di fikiran Norshahrul semasa dia menerima replika hadiah yang dimenanginya.

No comments:

Post a Comment