Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Sunday, October 7, 2012

MALAYSIA BAKAL MENGIMPOT BERSIH MINYAK MENJELANG 2017(BAHAGIAN KE 2): TINJAUAN SEJENAK DI SABAH DAN JOHOR



Di SABAH:

Petronas sedang giat menjalankan dua projek berimpak tinggi  di Sabah.Projek pertama adalah pembinaan Sabah Oil and Gas Terminal(SOGT) di Kimanis, Papar. Projek bernilai RM100 juta (tidak termasuk kos pembinaan power plant gas turbin 300MW) ini dijangka beroperasi pada tahun tahun 2012.Terminal minyak dan gas ini mampu mengendalikan 300,000 tong minyak mentah sehari bagi tujuan expot.Gas asli pula akan disalurkan ke Bintulu melalui saluran paip sepanjang 500km untuk diproses menjadi gas cecair dan seterusnya di ekspot.

Projek kedua adalah pembinaan Sabah Amonea Urea(SAMUR)  di Sipitang bernilai RM4.7 billion.Projek ini dijangkakan beroperasi menjelang awal tahun 2015. SAMUR adalah  loji pengeluar baja urea.

Tidak ada halangan daripada penduduk tempatan terhadap perlaksanaan kedua dua projek berkenaan.

Di JOHOR

Projek impak tinggi milik Petronas di Pengerang iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development(RAPID)  telah dilancarkan pada 13 May 2012.Projek pembangunan terbesar di Malaysia ini bernilai RM60 billion dan dijadualkan untuk beroperasi sepenuhnya  menjelang 2017.Perlaksanaan projek ini telah mendapat bantahan daripada 2000 orang penduduk tempatan  yang tanah mereka terjejas akibat perlaksanaan projek tersebut.Seramai 400 orang penduduk terjejas kemudiannya bersetuju  untuk projek berkenaan diteruskan membabitkan pembayaran wang pampasan sebanyak RM204.86 juta.

                                           

Projek RAPID mampu mengendalikan 300,000 tong minyak mentah sehari bagi tujuan pemprosesan.
Perhatikan persamaan kapasiti pengendalian  minyak mentah SOGT dan juga RAPID. Bagaimanakah nanti sekiranya RAPID gagal beroperasi  pada 2017 seperti dijadualkan."We will cross the bridge when we get there.".. itu adalah jawapan standard yang biasa didengar atau lihat di media.


ANALISA

Pengurusan Petronas melalui satu kenyataan media telah membayangkan  masa depan sukar di hadapan berikutan isu pengeluaran domestik semakin berkurangan, jangkaan peningkatan subsidi minyak dan gas serta penurunan harga minyak di pasaran.Pada penghujung tahun 2012 sahaja, pembayaran subsidi minyak dan gas dianggarkan berjumlah RM28 billion.Tanpa bantuan subsidi ini   entiti seperti TNB akan menerima  tempias  dari segi operasi.

Perhatian warga Malaysia yang perihatin kini seharusnya makin tertumpu kepada pembinaan loji RAPID di Johor, loji SAMUR dan terminal SOGT di Sabah.Melalui  kenyataan media bertarikh 13 May 2012, dilaporkan  RAPID akan memperolehi input minyak mentah   dari sumber yang di impot. Pemahaman saya tentang impot adalah dibawa masuk dari luar negara.Saya amat meragui dan keberatan untuk menerima kenyataan media ini.Pemilihan Pengerang sebagai lokasi RAPID semestinya  mempunyai unsur unsur berkaitan soal strategik dan logistik.Malahan saya menjangkakan RAPID akan mendapatkan bekalan dari SOGT dan SAMUR pula mendapat bekalan dari RAPID.Logiknya  SOGT, SAMUR dan RAPID diujudkan dalam masa yang hampir sama.Malahan kapasiti pengendalian minyak mentah  SOGT  dan  RAPID adalah sama.Jangkaan ini digambarkan secara ilustratif dengan garisan merah imaginasi  Google Map yang disertakan.



Seandainya jangkaan penulis menjadi realiti pada 2017 nanti , maka penulis akan segera matikan TV  setiap  kali iklan berkaitan soal integriti di siarkan di TV.Ya, kerana integriti adalah bermaksud we mean what we say....


SOGT bukanlah kemudahan  loji penapisan dan pemprosesan minyak.Ianya adalah berfungsi untuk menyediakan kemudahan marin bagi mengekspot keluar minyak mentah dan kemudahan pengumpulan dan penyaluran keluar gas asli..Kini hasil minyak dan gas Sabah boleh disalurkan keluar tanpa ada seorang pun  rakyat Sabah memiliki sebarang kata putus kerana realitinya adalah tidak ada seorang pun rakyat Sabah yang menduduki kerusi Board of Director Petronas.Akan tetapi rakyat Sabah masih boleh memerhatikan saluran paip gas  dan tanker  minyak mentah yang digunakan  secara percuma.

Berbalik kepada persoalan asal, setelah ketiga tiga kemudahan RAPID, SAMUR dan SOGT ini beroperasi sepenuhnya kelak , apakah prospek dan harapan yang ada kepada rakyat Malaysia khususnya di Johor dan Sabah.Saya berminat dengan negeri Johor kerana  sekiranya pada suatu hari ditakdirkan saya menjadi kaya raya, saya mahu menetap di Johor...begitulah bunyi karangan  saya semasa  berada di sekolah rendah!!...

Pada masa ini Sabah adalah pengeluar terbesar minyak dan gas di Malaysia, pengeluar terbesar minyak kelapa sawit di Malaysia dan penerima pelaburan asing kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor.Namun itu semua tidak menghalang untuk Sabah tetap tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia.Sungguh kontradik. Nampak sangat sesuatu yang amat  tidak kena.Hakikatnya kerajaan dan rakyat adalah dua entiti yang berbeza walaupun kerajaan pada asasnya dibentuk oleh rakyat.Kerajaan yang kaya dengan majoriti rakyatnya miskin adalah complete mismatched  dan merupakan mala petaka.

Adakah semua ini akan berubah menjelang 2017 ataupun lebih awal lagi seperti di tahun 2013 nanti.Setakat  ini tidak ada sebarang tanda positif kelihatan.Hanya awan hitam menandakan hujan bakal  turun.Setakat mengagihkan tangki air untuk tujuan  menadah air hujan tidak akan mengubah apa apa.Warga Malaysia terutamanya di Sabah  yang mempunyai pelbagai komposisi etnik seharusnya  lebih bersatu padu dan bukannya menjadi lemah lantaran sentimen perkauman  yang kental.

Kini  ramai warga Sabah telah berhijrah ke Johor.Di kawasan Nusa Jaya sahaja dilapurkan terdapat lebih 1000 orang rakyat Sabah telah bermastautin di  sana.Saya sendiri baru sahaja  menginap di suite paling  mahal hotel lima bintang di Johor Baharu.Terjaga  barulah saya sedar bahawa saya cuma bermimpi......

Dengan Johor memiliki Wilayah Pembangunan Iskandar, Legoland,RAPID, infrastruktur dan kemudahan logistik yang jauh lebih baik dan lebih moden berbanding Sabah, Johor berpotensi  besar untuk menjadi negeri terkaya di Malaysia menjelang 2017 nanti.

Cuba kita jengok seketika pula realiti check yang berkaitan.Wilayah Pembangunan Iskandar, Legoland,RAPID, blah... blah...blah... kesemuanya diujudkan dengan pelaburan asing.Walaupun realitinya peluang pekerjaan diujudkan, namun penguasa dan pemilik sebenar industri adalah warga asing yang melabur di Malaysia.Tidak dinafikan keujudan pelabur asing ini boleh dineutralkan oleh para pelabur tempatan.Persoalannya berapa ramaikah daripada 28.4 juta orang rakyat Malaysia mampu berbuat demekian.Tanpa check and balance yang berkesan, rakyat Malaysia amat terdedah kepada bentuk penjajahan moden ini.

Setiap rakyat Malaysia khususnya yang berada di Sabah harus melangkah dengan lebih berhati hati lantaran terpaksa berhadapan dengan cabaran tambahan yang diujudkan oleh pendatang asing tanpa izin(PATI ) yang memiliki kerakyatan Malaysia .Sudah tentu setiap warga Malaysia yang berfikiran waras tidak mahu  hidup di bawah telunjuk bangsa asing.

Hidup di negara sendiri tetapi dikuasai oleh orang lain.Duduk dinegeri sendiri tetapi segala hasilnya  dikaut oleh orang lain.Tiada siapa yang mahukan kehidupan sedemekian.

Golongan mahasiswa terutamanya yang sedang melanjutkan pengajian melalui kemudahan PTPTN harus berfikiran lebih jauh kehadapan dan menyediakan pelan kontogensi yang strategik.Realitinya adalah golongan ini   belum pun bekerja tetapi sudah berhutang .Perlanjutan tempoh umur minimum persaraan wajib kepada 60 tahun adalah satu petanda yang harus di pandang serius.








No comments:

Post a Comment