Virginia, USA
Hujan batu di negeri sendiri
Hujan emas di negeri orang
Hujan ayam di Virginia
10th October 2012 : Cassie Bernard sedang menjalani latihan menunggang kuda berpakaian keselamatan lengkap dengan topi keledar apabila hujan tiba tiba melanda.Bukan hujan biasa tetapi selonggok daging, cebisan tulang dan kulit ayam yang turun mencurah dari langit terbuka.Pakar biologi tempatan mendakwa hujan berkenaan disebabkan oleh angkara sekumpulan burung.
Penulis sendiri masih lagi menunggu hujan emas.Hujan ais penulis sudah pernah mengalami namun tidak sekali mengharapkan hujan batu.Memang pepatah lama bukan semuanya tu boleh pakai.Ada satu perkara sahaja yang baik tentang hujan.Hujan sentiasa turun , tidak pernah dan tidak akan naik.Hanya harga barang dan perkhidmatan sahaja yang naik setiap tahun.Selepas naik tidak mahu turun.
Sama sama kita perhatikan permainan tahun 2013 bernilai RM386 juta yang kononnya bakal digunakan untuk menurunkan dan menyeragamkan harga barang dan perkhidmatan.Ada pelbagai kemungkinan cara perlaksanaan tetapi cuma ada satu end result sahaja.Diharapkan dana berkenaan tidaklah digunakan untuk membantu golongan tertentu membuka cawangan kedai rakyat 1Malaysia atau kedai lain yang menggunakan konsep yang sama kerana jika inilah yang bakal dilakukan, ianya sudah menyimpang dari matlamat sebenar iaitu menyeragamkan harga barang dan perkhidmatan di seluruh Malaysia.
Mereka yang berada di kawasan pedalaman tetap tidak akan menerima manafaat seperti yang disasarkan. End result ini mudah diperhatikan walaupun kemungkinanya sudah boleh diramal sebagai...."Alahai..."#!!..

No comments:
Post a Comment