Syabas diucapkan kepada pasukan bola sepak negara kerana menempah tiket ke perlawanan ke separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 dengan menewaskan pasukan Indonesia dengan jaringan 2-0.Menanti di separuh akhir nanti adalah pasukan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama yang akan diadakan pada 9 Dec 2012 di stadium Nasional Bukit Jalil dan perlawanan separuh akhir kedua pada 13 Dec 2012 di kotaraya Bangkok.
Gol kemenangan pasukan Malaysia dijaringkan oleh Azammudin Akil dan Mahali Jasuli.Pujian harus diberikan kepada Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli dan Fadhli Shas atas kualiti permainan cemerlang yang dipamerkan.
Thailand adalah satu pasukan mantap yang mengamalkan rentak permainan compact football ala Eropah dengan hantaran pendek yang cukup berkesan.Dengan cara dan jentera serangan pasukan negara yang ada sekarang dan berdasarkan corak permainan yang dipamerkan oleh pasukan Thailand ketika menewaskan pasukan Myanmar dalam perlawanan terdahulu , Thailand bukanlah tandingan pasukan negara pada masa ini.Sesuatu yang lebih drastik perlu dilakukan segera dengan mengubah jentera serangan yang terlalu bergantung kepada serangan dari bahagian sisi padang.
Pada pengamatan saya, posisi penyerang Safee Sali perlu dikorbankan sementara dalam 60 minit pertama permainan dan posisinya digantikan dengan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal di bahagian hadapan.Peluang harus diberikan kepada Baddrul Bakhtiar untuk menyumbang kepada pasukan negara.Tanpa gerakan berkesan pada bahagian midfield, peluang Malaysia untuk menewaskan pasukan Thailand adalah tipis.Bukan tidak menyokong atau memperkecil kebolehan pasukan negara tetapi jika kelemahan ketara di bahagian midfield tidak diakui, maka tiada usaha akan dibuat untuk memperbaikinya.Segala politik atas padang sesama pemain atau antara pemain dengan jurulatih sekiranya ada haruslah diketepikan untuk kepentingan negara.Biarkan Baddrul Bakhtiar dan Safiq Rahim meneraju bahagian tengah.
Disamping itu posisi pemain pertahanan berkesan Aidil Zafuan perlu diberikan perhatian serius.Tugas sebagai pemain pertahanan berkesan juga boleh dipikul oleh Mahali Jasuli sebagai pemain serba boleh.
Semoga pada perlawanan separuh akhir pertama, pasukan negara beroleh kemenangan kerana keputusan seri bermakna jalan keluar dari kejohanan sedia menanti di kotaraya Bangkok.Bukannya mengharap kekalahan pasukan negara akan tetapi dengan mengekalkan barisan pemain semasa Malaysia menewaskan Indonesia, saya meramalkan pasukan negara bakal kecundang 1-3 pada perlawanan separuh akhir pertama.
Peringatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment