Sistem Automatic Enforcement System(AES) telah dilancarkan pada 22 Sept 2012.Laporan berita media elektronik melapurkan bahawa Autamatic Enforcement System(AES) berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalanraya sebanyak 75% .Saya tabik hormat kepada Kementerian Pengangkutan dan juga Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) atas keberkesanan sistem ini.
Cuma saya terasa pula seperti JPJ menjalankan tugas penguat kuasaan yang sepatutnya pada pendapat saya dilakukan oleh polis traffik bagi urusan kawalan aliran traffik. Sistem AES ini merupakan kamera teknologi tinggi yang berfungsi memantau tingkah laku pemandu terutamanya yang melanggar lampu merah dan memandu melebihi had laju.
Teringat juga sistem saman ekor sebelum ini yang pernah dicabar dari segi perundangan.Seorang pemandu di Petaling Jaya sebelum ini dilaporkan pernah memenangi kes di mahkamah kerana pihak pendakwa gagal membuktikan siapakah pemandu sebenar kenderaan yang disaman kerana melanggar lampu merah pada waktu malam.Apapun pihak JPJ kelihatan lebih maju kehadapan berbanding jabatan penguat kuasa yang lain.Ini terbukti lagi dengan amalan 5S yang sedang dan bakal dipraktikkan sepenuhnya.
Suruhan Jaya Pengangkutan Awan Darat(SPAD) pula kelihatan begitu teruja untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam bertaraf dunia terutamanya di bandaraya dan mungkin juga bertujuan untuk menyedapkan mata pelancung dan pelabur dari luar negara.Kalau pelancung dari negara seperti New Zealand memanglah akan terasa cukup kagum dengan kepesatan pembangunan bandar raya seperti Kuala Lumpur akan tetapi bagi pelancung dari Eropah ataupun Hong Kong mungkin tidak akan berapa perasan agaknya.
Kawasan pedalaman pula janganlah dipinggirkan kerana masih banyak lagi jalan raya yang bertaraf kelas babi hutan dan gajah liar.Atau mungkinkah ini disengajakan bagi tujuan mengelakkan orang asli dan orang asal dari terpijak jalan berturap yang panas di siang hari.

No comments:
Post a Comment