Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Tuesday, December 11, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 :MALAYSIA VS THAILAND

Malaysia hanya mampu seri  dengan pasukan Thailand  dengan jaringan 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Dec 2012.

Pada pendapat saya hanya setakat ini sahaja perjalanan  pasukan bola sepak negara pada kejohanan AFF Suzuki 2012.Bukan memperkecilkan kebolehan pasukan negara tetapi kita harus bersikap realistik dengan peluang pasukan Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2010.Perhatian harus mula tumpukan pada  senarai to do list untuk tahun hadapan bagi memperkuatkan pasukan negara.



Bagi saya, Datuk K telah merencanakan yang terbaik dengan sumber yang ada padanya.Safie Sali telah pun dikeluarkan dalam 71  minit permainan dan Baddrol  Bakhtiar diberikan peluang seperti mana aspirasi  saya pada entri sebelum ini.Namun kecederaan memaksa pemain ini dikeluarkan dari permainan kemudiannya.

Kepincangan serangan di bahagian sayap jelas dengan ketiadaan Wan Zack Haikal.Begitu juga  bahagian pertahanan tidak sebegitu berkesan dengan ketiadaa Shakir Shaari ditambah lagi dengan keadaan  Aidil  yang pada pengamatan saya tidak begitu cergas sepenuhnya.Namun saya masih lagi kagum dengan pemain ala kereta kebal Mahali Jasuli yang mempamerkan komitment padu melebihi jangkaan.

Saya juga memerhatikan kualiti pada jurulatih  Winfried  Schafer yang belum ketara ada pada barisan jurulatih negara.Kualiti tersebut adalah gangguan  psikologi bertujuan menganggu konsentrasi  pemain dan juga pengadil yang akhirnya membawa padah kepada  jurulatih Thailand itu dengan dia diperintahkan duduk dikerusi penonton.Rasanya dia juga telah bersedia dengan risiko sebegitu dari awal lagi.

Dengan Air Asia bersedia menaja tambang murah ke kota raya Bangkok, penyokong  tegar pasukan negara pasti akan turut  bergegas memberikan sokongan padu di sana.Lagi pun masakan ketam telur dan Tom Yam Udang galah Bangkok adalah yang terbaik di dunia.

Kini cuma satu sahaja harapan saya terhadap pasukan negara ini .Tukarlah  nama daripada Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia.Nama Harimau Malaya itu sudah terlalu out dated  dan tidak bersifat Malaysia.




No comments:

Post a Comment