Portal LondonCabs.co.uk melapurkan perkhidmatan teksi di Malaysia adalah terburuk di dunia.Kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat teksi berpengkalan di London meliputi aspek penggunaan meter dan keadaan teksi.Kajian yang dijalankan di bandaraya Kuala Lumpur mendakwa pemandu teksi di Kuala Lumpur adalah paling teruk di dunia.
Hasil kajian berkenaan turut dibangkitkan dalam sesi soal jawab di Parlimen Malaysia.
Saya tidak berada pada posisi untuk memberikan verdict tentang hasil kaji selidik ini.Hanya pengguna perkhidmatan teksi Kuala Lumpur sahaja yang paling sesuai memberikan rating dan status perkhidmatan teksi di bandaraya Kuala Lumpur.
Namun saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan teksi dari kawasan Bukit Bintang ke hotel Cititel Express.Setelah puas berpusing pusing memasuki lorong dan ceruk sempit bagi tujuan yang mudah difahami, pemandu teksi akhirnya berhenti di lorong kecil menghala ke Kg Baru.Pemandu teksi sengaja tidak berhenti di bahagian hadapan hotel pada ruangan unloading area atas motif yang telah saya sedia maklum lebih awal.
Lantas pemandu teksi itu bertanya buat buat bodoh.
"Mana itu hotel".....
Saya segera jawab " Tidak apa...saya turun sini saja".
Dalam hati saya berkata pemandu teksi ini memang celaka.....dia ingat semua pengguna teksi di KL ini adalah pengujung pertama kali dan boleh dieksploitasi sesuka hati seperti pelancung asing.Pemandu teksi ini pada pengamatan saya tentunya amat menggemari minuman kopi O sehinggakan warna kulitnya jadi hitam berkilat.
Pihak bertanggung jawab seperti Suruhan Jaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) perlu segera tampil untuk kerja kerja penambahbaikan dan damage repair perkhidmatan teksi di bandar bandar besar Malaysia.Kalau asyik tertumpu kepada kerja kerja pembinaan dan menaik taraf stesen bas, teksi ataupun LRT tentu ianya kurang berkesan.Malahan ianya mungkin boleh menimbulkan rasa marah para pengguna dan juga penggundi .Aspek pengurusan manusia berfungsi sebagai pemandu teksi ini perlu diberikan perhatian dan tindakan yang lebih demi melindungi industri pelancungan Malaysia.
Kini saya mempunyai satu patah perkataan untuk mengambarkan dengan ringkas perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur.
Shit!

No comments:
Post a Comment