Semasa entri ini dimuat naik, insiden pencerobohan militan di Lahad Datu masih lagi belum berakhir biarpun serangan udara telah dilakukan.Serangan udara yang dilakukan pula bukanlah untuk menghancurkan musuh akan tetapi untuk membenarkan pihak keselamatan mara tanpa tentangan.Memang kelakar serangan udara tahap kawan kawan ini.Apabila militan menegaskan untuk berjuang sampai mati, saya dapat merasakan masalah ancaman keselamatan ini tidak akan diselesaikan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. .Kini skala ancaman ini telah terbukti dengan penubuhan Special Security Area di Pantai Timur Sabah termasuk Kudat sebagai daerah yang paling hampir dengan perairan Filipina.
Media cyber terutamanya para blogger samada pro pemerintah ataupun pembangkang begitu rancak dan gamat memperkatakan tentang pencerobohan militan didakwa dari selatan Filipina ini .Tidak kurang yang menuding jari menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri.Biasalah mau cari populariti punya pasal.Ahli politik akan segera berpolitik dengan menggesa orang ramai agar jangan mempolitikkan isu keselamatan ini. Biar mereka sahaja yang berpolitik dan akan terus kekal begitu.
Malaysia sedang berada di ambang pilihanraya, maka banyaklah golongan opportunist cuba mencari advantage tanpa memberikan sebarang focus akar umbi masalah keselamatan yang dihadapi..
Atas dasar dan rasa bertanggung jawab sebagai warga negara Malaysia, saya terdorong untuk turut serta memberikan pandangan peribadi berkaitan isu keselamatan yang sedang melanda negara terutamanya di negeri Sabah
.
Pada pendapat saya terdapat dua root cause kepada pencerobohan militan di Lahad Datu ,Sabah..Punca yang pertama ada di negara Filipina sendiri dan dengan itu saya tidak akan menyentuhnya langsung .Lagipun kerajaan Filipina memang sedia menangani punca itu dengan baik.Kebimbangan Presiden Filipina terhadap keselamatan 800,000 warga Filipina yang bekerja di Sabah menggambarkan bahawa Filipina sememangnya tidak berhasrat untuk berperang dengan Malaysia.
Punca yang kedua ada di negeri Sabah.Kedua dua punca ini bagaikan kuasa magnet yang menarik dan menolak sehingga akhirnya 200 orang militan bersenjata mendarat di kg Tanduo, Lahad Datu.
Banyak media yang menyatakan kehairanan bagaimana penceroboh ini boleh terlepas dengan mudah dari kawalan keselamatan .
Kepada mereka yang bertanyakan soalan sedemekian, saya ingin menjawab dengan satu soalan juga.
"..Bagaimana pula jika penceroboh ini tidak perlu lagi melepasi kawalan keselamatan… ?"
Jawapan saya ada dua kepada soalan ini, akan tetapi tidak eloklah menjawab soalan diri sendiri di ruangan seperti ini..
Saya hanya berminat untuk memperincikan punca yang ada di negeri Sabah.
Royal Commissioner of Inquiry(RCI) yang sedang ditangguhkan prosesnya sehingga 18hb Mac 2013 boleh diandaikan sebagai satu permainan bola sepak.
Untuk kita lebih mudah faham tentang sesuatu, kena ada contoh ataupun lebih tepat lagi analogi.Bola sepak adalah analogi yang paling sesuai untuk RCI.
Di dalam permainan bola sepak, ada dua bahagian permainan iaitu separuh masa pertama dan juga separuh masa kedua termasuklah permainan masa tambahan dan juga tendangan penalti.Prosiding dan penyiasatan RCI yang sedang dilakukan adalah untuk meyakinkan penduduk asal negeri Sabah bahawa terdapat kesungguhan dari pihak pemerintah untuk mengatasi masalah kronik berkaitan pendatang yang dihadapi selama ini.
Separuh masa pertama piala RCI ini adalah penyediaan laporan, syor dan juga saranan kepada pihak pemerintah untuk dilaksanakan pada separuh masa kedua nanti.Saya menjangkakan separuh masa kedua ini akan berlarutan selama 5 tahun kerana permainan kerap dihentikan dengan perlaksanaan semakin rancak pada 6 bulan terakhir tahun ke5 itu.Begitulah corak permainan yang dijangkakan oleh bookie dan para pemerhati bebas seperti saya.
Kini permainan separuh masa pertama juga terpaksa dihentikan sementara gara gara ada penonton tanpa tiket menceroboh dan merempuh masuk ke dalam padang .
Penonton pula terbahagi kepada 2 kategori. Kategori S adalah penduduk asal Sabah dan Kategori P adalah kelompok yang telah menyebabkan tertubuhnya RCI ini.
Semasa separuh masa pertama piala RCI berlangsung, ada di kalangan penonton kategori P merasakan bahawa pada separuh masa kedua nanti, mungkin mereka akan tidak lagi dibenarkan berada di stadium atau dikediaman mereka juga kerana dicekup untuk dihantar ke tempat di mana mereka sepatutnya berada.Timbul kekecohan dan kegusaran melanda bagaikan hentaman tsunami.
Fear Factor dan hubungan penonton dengan faktor luaran akhirnya mencetuskan kekecohan dan suasan panik bukan sahaja melibatkan penonton distadium tetapi juga mereka yang berada di luar stadium.Mujur dikalangan penonton, ada golongan VIP(Very Irritating People) yang berpengaruh segera memberikan penerangan dan penjelasan tentang apa yang dijangka akan berlaku.Keadaan mula reda dan tenang akan tetapi tidak semestinya selamat dan tiada ancaman keganasan. Pihak penganjur sedia maklum perkara ini. .
Penganjur terpaksa menubuhkan Op Sulu yang kemudiannya segera dijenamakan semula sebagai Op Daulat untuk mententeramkan dan mengawal keadaan bukan sahaja di dalam stadium tetapi di lain lain lokasi yang strategik kepada ancaman.Sebab penukaran segera jenama tidak perlulah saya ulas lanjut . Masing masing mempunyai persepsi tersendiri.
Kini perlawanan tertangguh sementara bagi membolehkan penganjur membersihkan padang dan menjamin keselamatan penontonl termasuklah membuang mercun yang dilontarkan kedalam padang.Pemain dan pengadil boleh berehat sementara penaja pula mengambil slot tajaan mereka.
Fokus sebenar dan intipati entri ini adalah separuh masa kedua piala RCI.
Ya..itulah focus utama entri ini kerana apa yang sudah berlaku tidak mungkin dapat diubah lagi.Jadi apanama kutty…… lebih baik focus pada separuh masa kedua.Manalah tahu kalau bertaruh, pertaruhan boleh mendatangkan hasil.
Separuh masa kedua ini iaitu perlaksanaan syor pada pandangan saya HANYA akan dilakukan selepas Pilihanraya Umum(PRU) ke13 selesai diadakan.Maknanya , para penonton dan mereka yang berada diluar stadium juga perlulah mengundi terlebih dahulu sebelum boleh menyaksikan separuh masa kedua iaitu klimaks permainan dan seterusnya penentuan pemenang.
Bagi penonton kategori P a.k.a fixed deposit, pilihan mereka amatlah mudah. Sementara bagi penonton kategori S pula, mereka perlu amat berwaspada.Ada yang was was, ada juga sudah membuat keputusan lebih awal sebelum memasuki stadium lagi.Silap percaturan alamat generasi seterusnya hanya bakal menatap botol sos tiram dan menjadi kuli di restoran Sultan.
Kadang kadang kita nampak di kaca TV kata kata propaganda menggesa penonton membuang undi.Hakikatnya undi adalah sesuatu yang amat berharga untuk dibuang buang.
Sebelum mengundi atau membuang undi ke dalam tong undi, fikirlah masak masak bukan hanya melihat dan mendengar.Sebabnya apa yang dilihat atau didengar hanyalah 50% daripada realiti. Pada pendapat saya dan ramai juga yang berkongsi pendapat yang sama, PRU ke13 ini adalah penentu matlamat masa depan seluruh warga negara Malaysia.
Saya ingin menambah sedikit sahaja sebelum menamatkan entri pada kali ini.Apa yang berlaku di Lahad Datu sekiranya tidak dibendung secara total dan berkesan hanyalah sebahagian kecil dari bencana yang bakal melanda.Pemerintah terbentuk secara fixed deposit melalui pengolahan komposisi masyarakat kutty style lambat laun pasti akan menerima padah.Rakyat jelata akan turut menanggung akibatnya. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu petanda dan peringatan yang amat jelas. Pada masa ini ianya masih boleh dikekang dan dikawal sebab golongan pemerintah masih lagi terdiri dari warga asal.Cuba luangkan sedikit masa anda untuk membayangkan apabila pemerintah atasan bukan lagi orang asal.
Peringatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment