Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Tuesday, April 30, 2013

Dr.Mahathir Akan Ditangkap???



Betulkah Dr.Mahathir akan ditangkap??Pada saya dia sebenarnya menegaskan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kuasa di parlimen pada PRU13 ini.Sila klik gambar untuk laporan lanjut.

BERITA BIKIN PANAS

"BN akan membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas-Datuk Mukhriz"
...demekian segmen berita ringkas  paparan  secara rolling text oleh RTM pada  segmen berita jam 8 malam di TV1 29th April 2013.

RTM adalah satu satunya sumber berita sahih di Malaysia. Ini boleh difahami melalui promosi tagline "yang sahih hanya di RTM" .Sumber berita lain adalah melalut dan mencarut sebagai kontra.

Saya amat tersentak oleh berita ini.Kenapa Jerlun dipilih dan bukannya Sabah .Dari manakah datangnya nanti sumber bekalan minyak mentah dan gas.Dari Sabah atau Sarawak??

Kedah bukanlah negeri pengeluar minyak dan gas tetapi negeri pengeluar beras.

Sabah sebagai negeri pengeluar minyak dan gas tidak ada  loji penapisan minyak.Sumber gas pula disalurkan ke Bintulu  untuk diproses dan seterusnya diekspot keluar negara dengan Jepun sebagai pasaran utama.Mengikut sumber Wikileaks, simpanan minyak dan gas Sabah adalah menyamai negara Kuwait  dengan kapasiti pengeluaran semasa adalah sebanyak RM52 juta sehari.

Malangnya sebahagian besar rakyat Sabah tidak menikmati hasil  negeri sendiri yang kaya raya.Memang bikin panas.Sama seperti bila melihat golongan yang tersenyum lebar sampai ketelinga hanya dengan diberikan tangki air setiap kali pilihan raya diadakan.

ATAU

Mungkin juga berita ini cuma gimik pilihan raya sahaja....dimusim pilihanraya ini suhu badan memang cepat naik sebab disana sini banyak manusia berkumpul.




Saturday, April 20, 2013

LIPUTAN PENAMAAN CALON PRU13 RTM1 HAMBAR

Setelah menonton siaran RTM1 pada  20 April 2013  bermula  daripada jam 10:00AM hingga 12:00PM   bagi mengikuti perkembangan  penamaan calon PRU13, saya dapati mutu isi kandungan adalah hambar dan kurang berinformasi.

Para pengendali rancangan lebih gemar bercakap soal artis mana bertanding di kawasan mana termasuklah rakan rakan mereka yang bertanding pada PRU13 ini.Seharusnya mereka lebih fokus kepada  isu national seperti soal  penggunaan lambang parti oleh DAP dan mendapatkan maklumat terus dari pihak SPR.

Lebih mengecewakan  lagi  apabila siaran pengistiharan dari pusat penamaan calon Sibuga,Sandakan  dibuat hanya separuh jalan dan seterusnya dialihkan kepada kawasan penamaan calon di Terengganu.

Jika rancangan ini dikendalikan oleh hos berkebolehan seperti Hanim Muhili, ianya akan lebih bermaklumat dan tidaklah  membuang masa penonton melihat celoteh kurang  relevan pengendali rancangan.

Friday, April 19, 2013

RAKYAT MALAYSIA DI INTIP

Rakyat Malaysia di intip.....begitu lapuran yang didedahkan oleh New York Times.Anda perlu lebih berwaspada.

Lapuran berkaitan ada di sini dan sini

Apabila ada pop up screen menjelma , contohnya tawaran voucher atau pengistiharan anda telah memenangi sesuatu, jangan anda klik.Itu kemungkinan besar adalah perisian spyware.Kalau dah click, tindakan format PC adalah pilihan yang baik sebagai langkah berhati hati walaupun anda bukan seorang ahli politik.

KATAK GERGASI



Terdapat beberapa lapuran menyatakan tentang penemuan spesis katak gergasi dengan berat mencecah sehingga 20 kilogram.

Kepada yang mahu percaya, anda boleh klik di sini

Fokus entri ini bukanlah katak liar tetapi katak bandar yang jinak dan jauh lebih besar saiznya.Dimusim PRU13 ni pula, rasanya ada spesis katak Borneo yang beratnya boleh mencecah sehingga 80 kilogram bakal  muncul di pasaran.


Dikhabarkan urusniaga katak jinak  ini boleh mencecah sehingga RM5 juta , itupun cuma katak yang ada label YB (Yang Berharga) sahaja dan telah di istiharkan sebagai pemenang di dalam perlumbaan yang disertainya.Urusniaga katak ini dijangkakan mencapai kemuncaknya pada tarikh 6 & 7 May 2013 ini.

Pesanan ikhlas entri ini adalah jauhkan diri anda dari katak kerana ianya adalah spesis haiwan  beracun dan  hanya akan menjaga kepentingan koloni katak sahaja.

Wednesday, April 17, 2013

LAGU VERSI RAYA KECUNDANG AKHIRNYA

Lagu dengan lirik

"Terima kasih ku ucapkan pada mu
Atas nikmat yang diberi padaku"


Akhirnya kecundang juga dalam perebutan juara  carta lagu propaganda.

Juara baru adalah lagu dengan lirik

"Pergilah, undilah bersama sama" nyanyian Roy

Lagu johan yang baru ini ditujukan tidak lain  hanya kepada pengundi awal ataupun pengundi pos agar pergi mengundi bersama sama pasangan mereka....demekian pendapat peribadi Blogger Bebas.

Daftar pemilih PRU13  mengandungi seramai 161,251 anggonta tentera dan juga 111,136 anggota Polis yang dijangka bakal mengundi secara pos.

Tuesday, April 16, 2013

KISAH DOKTOR PONDAN

April 2013  .Malaysia digemparkan lagi dengan kisah penyamaran doktor palsu.Kali ini dilakukan oleh pondan yang menyamar sebagai doktor di Melaka.

Lapuran yang berkaitan ada di sini

Pada mulanya saya tidak tertarik untuk menerbitkan entri tentang doktor palsu ini.Namun saya rasa terpanggil untuk berbuat demekian kerana  ianya jelas meununjukkan kelemahan ketara  penguatkuasaan oleh pihak kerajaan  persekutuan  khususnya Kementerian Kesihatan.

Satu pemeriksaan besar besaran perlulah dilakukan dihospital kerajaan dan juga klinik swasta untuk membersihkan keujudan doktor palsu.



Ada kes dibidang kejuruteraan pula,  degree dari universiti Taiwan   tapi  boleh pula berkhidmat sebagai jurutera di Malaysia .Ganjilkan....kerana realitinya  kerajaan tidak mengiktiraf  graduan dari Taiwan.


Jika  bidang professional seperti kedoktoran dan kejuruteraan  turut dipolitikkan, kemanakah arah destinasi Malaysia sebagai negara membangun.Negara membangun palsu?Sebenarnya  akar umbi masalah ini  adalah rasuah.Banteras rasuah, maka lenyaplah kisah doktor palsu.Lenyaplah kisah stadium runtuh, bukan sekali tapi dua kali.

Dalam kes doktor pondan di Melaka, rakyat terutamanya pengundi  berhak untuk tahu apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap pemilik klinik  yang menggunakan khidmat doktor palsu.Status identiti Mykad doktor palsu ini juga perlu disahkan keasliannya.

Kerajaan sedia ada perlulah segera bertindak menyakinkan rakyat jelata dengan  menunjukkan sebab mengapa  ianya perlu dikekalkan.Memang perlu sebab Malaysia  sedang berada di ambang pilihanraya.



Thursday, April 11, 2013

MATI BOLEH DITANGGUH!!

MATI BOLEH DITANGGUH??...Kerajaan Malaysia sebelum ini mengadakan kajian untuk menangguhkan hukuman mati mandatori kepada pesalah dadah..Alasannya adalah seramai 250 warga negara Malaysia di luar negara sedang menghadapi risiko hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah.Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk membebaskan warga negara Malaysia ini dari hukuman mati mandatori, jadi kena tunjukkan contoh dulu.Saya pun terikut geleng geleng kepala bersama sama Pak Pandir melihat perkembangan ini.


Lapuran lanjut ada di sini

Berapa lamakah masa yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiapkan kajian ini.....kini parlimen telahpun dibubarkan.Maknanya kena bentuk dululah kerajaan , baru boleh tahu jawapannya.

Sehingga itu...OOOhhh patutlah




Cuba tuan tuan perhatikan laporan penangkapan dan rampasan berkaitan dadah di Malaysia.
Sana  juta ..sini juta...kekadang boleh bikin keliru, betulkah ini Malaysia di alam realiti bukannya Mexico atau Colombia.

Lapuran lanjut ada di sini


Ini betul betul ....dot...dot..dot...

Tapi tak apa...mau mengundi sudah ni.. Ayuh semua warga Malaysia turun mengundi supaya kerajaan baru dapat dibentuk dengan segera. Samada TUKAR ataupun KEKAL, jalankan tanggungjawab anda untuk Malaysia.

Tuesday, April 9, 2013

Cadangan "DOUBLE TROUBLE"

Ada satu cadangan   geli hati tahap dewa  berkaitan dengan  cara penyelesaian pemberian kad pengenalan   kepada pendatang asing.

Cadangan ini dikemukakan oleh seorang presiden parti politik berpengkalan di Sabah.Cadangan  ini turut diterbitkan oleh portal Sabahkini edisi 1 April 2013.Cadangan April Fool rasanya.

"Dompok adamant, wants to surrender IC" ..demekian tajuk lapuran Sabah kini edisi 1 April 2013 "


Lapuran yang berkaitan ada di sini

Cadangan ini mendapat sokongan parti parti lain seperti PBS ,PBRS ,SAPP dan juga LDP.Blogger Bebas pun naik hairan.


Tak dapat  bayangkan macamana reaksi Dompok nanti andaikata IC baru tidak dapat dikeluarkan kepadanya .Dia mungkin tidak kenalah, Presiden UPKO  dan Menteri Persekutuan tak kan  sangkut....tapi

Bagaimana pula dengan golongan  rakyat biasa..

Peluang untuk mendapat IC baru silap silap 0% terus...bagus bagus ada IC boleh pula nanti bertukar jadi pilak(orang Singapore panggil  mereka Pinoy).Pilak yang dapat IC boleh jadi berganda ganda  dari jumlah yang asal.Cadangan Doube Trouble ini sepatutnya tidak ditimbulkan langsung.

Tak mungkin  si Kiram(Kumpulan Impot Rakyat Asing Masuk Sabah) yang cetus idea ini.

Dahlah dua kali kerja, mendatangkan risiko nyah warga negara pula kepada penduduk asal Sabah.Kalau betul ikhlas, batalkan  saja  IC projek yang mencurigakan.

Sunday, April 7, 2013

TERIMA KASIH VERSI RAYA

Jika ada carta lagu paling popular, sudah tentu lagu  Terima Kasih akan menjuarai  carta dalam tempoh 2 bulan ini..Tapi bukannya lagu  nyayian Awie tu.Itu lagu tak cukup power.Ini lagu Terima Kasih  versi pilihanraya,memang power...lagu propaganda bertujuan untuk menyemai perasaan berterima kasih dan terhutang budi.

"Terima kasih ku ucap kepada mu "
" Atas nikmat yang diberi padaku"

Kedengaran lagi lagu propaganda ini dimainkan dislot siaran TV dan radio..Acon warga orang asli di Gua Musang yang menerima package Astro NJOI pun seronok mendengarnya. Adalah menjadi harapan pihak tertentu agar lagu Terima Kasih ini tetap diundi terutamanya oleh golongan penerima Astro NJOI dan mereka yang laparkan hiburan di kawasan pedalaman agar lagu ini terus kekal dalam carta sampai bila bila dan selama lamanya.

Itu cerita lagu.Sekarang ini orang sana sini sibuk cerita manifesto. Manifesto BN telah pun dilancarkan pada 6 April 2013 yang lalu sementara manifesto Pakatan Rakyat telah lama dilancarkan .Ada 14 intipati utama manifesto BN.Di sini saya sertakan intipati yang mempunyai hubung kait dengan isi kandungan entri ini.Intipati dimaksudkan adalah

" Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar. Antara inisiatifnya adalah melaksanakan konsep Kampung Abad ke21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan dalam arus pembangunan perdana "

Sedap bunyinya , macam wishful thinking....TAPI cuba perhatikan  dua foto tertera seperti berikut pula


Sebelum saya mengulas lebih  lanjut tentang foto foto  ini, saya mahu menambah sedikit lagi manifesto BN bagi  PRU13.


" Membina 6300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2500km di Sabah dan 2800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira kira 3.3 juta penduduk "

Demekian bunyinya satu lagi inisiatif dalam manifesto BN bagi PRU13.


Ulasan Tentang Foto

Kedua dua gambar foto yang disertakan adalah keadaan jalan raya sebuah perkampungan di Sabah yang letaknya hanya 4km dari bandar.Keadaan jalan raya ini telah berlarutan sedemekian rupa untuk tempoh 10 tahun @ dua kali pilihan raya umum tanpa sebarang tindakan pembaikan.

Mungkinkah para penduduk kampung berkenaan akan berterima kasih seperti dendangan sebuah lagu?

Mungkin juga sebab ada suapan BR1M.Dua kali BR1M sudah RM1000 dalam tempoh lima tahun.Akan tetapi RM1000 dalam tempoh lima tahun itu nilainya cuma tidak sampai RM17 sebulan, ...kalau adalah  yang merasa bangga atau rasa amat terhutang budi, biarlah itu hak mereka.Lagipun, undi itu hak individu tiada sesiapa boleh paksa .

" Ini Bumiputera cepat berpuas hati dengan apa yang mereka ada "

demekian kata kata seorang kawan saya Cina Sarawak memberikan pendapatnya kenapa Bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. Realiti ini sangat benar.Kalau bab temberang dan berlagak kaya , bumiputeralah rajanya.

Ulasan Tentang Foto dan Manifesto.

Macamana nak capai status kampung abad ke 21 ni kalau keadaan jalan masih abad ke 19?Lihat saja inisiatif pembinaan jalan berturap yang baru  pun boleh tahu bahawa  Sabah bukanlah prioriti utama.

Sabah masih dipinggirkan.Sabah yang lebih luas dari keseluruhan Semenanjung Malaysia akan terus ketinggalan  di dalam pembangunan infrastruktur  dan lain lain bidang melainkan  manifesto sedemikaian rupa diubah.

Agaknya masih ramai yang tidak sedar nama permainan sebenar adalah mengujudkan rasa terhutang budi yang akhirnya perlu dibalas dengan undi.Namun buat masa ini,bagi saya rasanya terima kasih itu saya simpan dulu. Lainlah kalau  ada pemimpin BN   naik pentas dan nyanyi ....


" Terima kasih ku ucap kepadamu " 
 "Atas undi yang diberi padaku" 

 tanpa perlu mengundang artis  artis seperti PSY atau Jackie Chan yang kos bayarannya mencecah jutaan ringgit.Duit bayaran artis ini bolehlah diguna untuk menurap jalanraya.



Friday, April 5, 2013

UJIAN AUTONOMI

PKR Sabah telah mengumumkan tujuh calon calon ahli parlimen bagi PRU13 tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR pusat.Calon calon berkenaan adalah Ansari Adullah(Tuaran),Dr.Chong Eng Leong(Sepanggar),Mazhry Nasir(Putatan),Anthony Madiau(Kota Marudu),Mursalim Tanjul(Kudat), Saidil Semoi(Kota Belud) dan Jonathan Yassin(Ranau)



Menurut Ansari Abdullah yang juga merupakan ketua PKR Tuaran, pemgumuman calon ini dibuat sebagai ujian kepada konsep pemberian autonomi kepada Sabah sekiranya PKR menawan Putra Jaya.

Walaupun Blogger Bebas bukanlah ahli mana mana parti politik dan sekadar pengundi atas pagar,namun saya sangat tertarik dengan perkembangan ini.Memandangkan Sabah tidak memiliki parti pembangkang yang kuat, tumpuan sudah tentunya terarah kepada PKR.Daripada tinjauan dibeberapa media cyber, kelihatan seperti PKR kurang memberi perhatian kepada kawasan Pantai Timur Sabah ...ada pendapat menyatakan penubuhan ESSZONE secara praktikalnya meranapkan harapan PKR untuk menguasai 7 kerusi parlimen di Pantai Timur Sabah. Bagi rakyat Sabah,keputusan ujian autonomi ini adalah penting untuk mendapatkan gambaran suasana di masa akan datang.

...........KEMUDIAN.........................
"Azmin rejects Sabah PKR's Suggestions "

Demekian satu tajuk laporan di Free Malaysia Today edisi Jumaat 5 April 2013 berkaitan tajuk entri ini.

Nampaknya tak perlu tunggu lama!! .Macam 2x5 dengan 10x1 punya cerita saja.Tentunya masih ada cara untuk adjust kedua dua entiti  sifir ini.Nantikan di edisi akan datang di gerbang PRU13.

PENJAGA PINTU

Alkisahnya  tentang  penjaga pintu di ESSZONE.Tempat mereka duduk dipanggil ESSCOM, senang cakap pejabatnyalah.Pada sidang media yang dijalankan di Sandakan pada 17Mac 2013, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad menyatakan bahawa pihak imigresen  akan  memperketatkan kawalan sempadan untuk mengekang aliran masuk pendatang.

                                   
                                
Sebanyak 31 laluan tikus dan 10 buah perkampungan atas air telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan pendatang asing tanpa izin.6 buah lagi balai polis dan 3 buah komplek CIQ(Custom, Immigration and Quarantine)  yang membentuk rangkaian ESSCOM di Pantai Timur Sabah telah diujudkan . ESSCOM telah mula beroperasi pada  31Mac 2013  diketuai oleh  Pengarah Imigresen Sabah.

 Berkesankah nanti kalau imigresen hanya sekadar dipinggiran cop passport di CIQ?..

Situasi ini tidak ubah seperti mengharap penyeludup datang ke pelabuhan untuk mengistiharkan  kerja kerja haram mereka.Mungkin ada juga penyeludup yang mampu  beroperasi secara demekian tetapi saya percaya jumlah yang menggunakan laluan tikus jauh lebih ramai.

Ambil satu contoh.Pulau Sebatik di Tawau terbahagi kepada dua.Sebahagian wilayah dikuasai oleh kerajaan Malaysia dan sebahagian lagi oleh kerajaan Indonesia.



Saya perhatikan pengendali bot penumpang yang berlabuh di Sabindo,Tawau untuk membawa penumpang ke Pulau Sebatik bebas berlabuh sesuka hati.Malahan ADUN Pulau Sebatik sendiri telah memaklumkan perkara ini untuk perhatian pihak berkuasa.Lokasi kompleks CIQ boleh dilihat dengan jelas kerana ianya terletak tidak jauh dari tempot bot bot penumpang ini berlabuh.Kelihatannya para  pengendali bot boleh mengabaikan CIQ ini sesuka hati mereka.

Untuk lapuran lanjut sila klik di sini

Apakah jaminan kepada penduduk asal Sabah yang pendatang warga Indonesia tidak dapat menyusup masuk ke Tawau melalui Pulau Sebatik dan seterusnya mendarat di kawasan Sabindo, satu lokasi di tengah tengah bandar Tawau!Lokasi kompleks CIQ terletak kurang 500m dari tempat pendaratan ini.Sesuatu yang lebih drastik diperlukan selain hanya penubuhan balai polis dan CIQ untuk kawasan ESSZONE.



Lanjutan dari insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu saya dapati tidak ada media yang menyingkap tindakan dan berterima kasih menyanjung peranan yang telah dimainkan oleh Tan Sri Chong Kah Kiat.Hakikatnya bekas Ketua Menteri Sabah ini telah melenyapkan satu koloni setinggan perkampungan atas air di Tawau yang dahulu dikenali sebagai Ice Box.Tindakan seperti inilah yang diperlukan.

Tetapi hakikat harus juga ditelan.Manusia ini tidak sama.Lain manusia, lain caranya berfikir.Apa yang baik untuk sipolan A mungkin tidak baik untuk si polan B.Realitinya memang begitu.Apabila si polan B yang memegang kuasa, maka adalah tindakan wajar untuk si polan A bangkit menentang dan cuba membetulkannya secara demokrasi.

Thursday, April 4, 2013

GERBANG PRU13 KINI DIBUKA

Akhirnya Parlimen Malaysia dibubarkan pada 3 April 2013 jam 11:30 pagi bagi membuka ruang kepada pilihanraya umum ke13 (PRU13) diadakan dalam masa 60 hari.




Berikutan dengan pengistiharan pembubaran parlimen ini , Perlis, Melaka, Perak dan Sabah turut membuat pengistiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN).



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  masih perlu menunggu pembubaran bebarapa buah lagi  Dewan Undangan Negeri yang lain sebelum dapat memuktamadkan tarikh PRU13 yang merupakan pilihanraya paling ditunggu tunggu oleh warga negara Malaysia.

Rasanya tidak menjadi masalah besar untuk kerajaan baru kelak merangka satu  rang undang undang baru bagi memberikan kuasa mutlak kepada pengerusi SPR membubarkan DUN.Langkah ini boleh menjimatkan wang yang banyak didalam kes ada ketua kerajaan negeri  membubarkan DUN secara berasingan menyebabkan pilihanraya tidak dapat dijalankan serentak.Langkah untuk meminimakan kemungkinan seperti inilah antara punca kenapa parlimen turut lewat dibubarkan.

Sebanyak 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRU13 ini.Kuala Lumpur,Putra Jaya dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mempunyai kerusi DUN kerana ditadbir oleh kerajaan Persekutuan.


Setakat ini saya perhatikan  hanya Pakatan Rakyat sahaja yang telah mempamerkan  cadangan calon calon digerbang maya .

Pada PRU13 ini ramai pihak menyatakan golongan pengundi pertama kali dan juga pengundi tanpa parti  bakal menjadi kuasa penentu pembentukan kerajaan yang baru.Namun peranan undi pos juga tidak harus dipandang mudah.Pada PRU12 yang lalu, bilangan undi pos adalah  seramai 221,085.Angka ini sudah melebihi jumlah penduduk negeri Perlis(Untuk bacaan lanjut , anda boleh klik di sini

Keadaan di negeri Sabah yang mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN  agak unik sedikit disebabkan oleh penubuhan ESSZONE di Pantai Timur Sabah.Saya menjangkakan pola pengundian undi pos kemungkinan besar akan melonjak naik  berikutan suasana  di Pantai Timur Sabah pada masa ini.