Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Friday, April 5, 2013

PENJAGA PINTU

Alkisahnya  tentang  penjaga pintu di ESSZONE.Tempat mereka duduk dipanggil ESSCOM, senang cakap pejabatnyalah.Pada sidang media yang dijalankan di Sandakan pada 17Mac 2013, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad menyatakan bahawa pihak imigresen  akan  memperketatkan kawalan sempadan untuk mengekang aliran masuk pendatang.

                                   
                                
Sebanyak 31 laluan tikus dan 10 buah perkampungan atas air telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan pendatang asing tanpa izin.6 buah lagi balai polis dan 3 buah komplek CIQ(Custom, Immigration and Quarantine)  yang membentuk rangkaian ESSCOM di Pantai Timur Sabah telah diujudkan . ESSCOM telah mula beroperasi pada  31Mac 2013  diketuai oleh  Pengarah Imigresen Sabah.

 Berkesankah nanti kalau imigresen hanya sekadar dipinggiran cop passport di CIQ?..

Situasi ini tidak ubah seperti mengharap penyeludup datang ke pelabuhan untuk mengistiharkan  kerja kerja haram mereka.Mungkin ada juga penyeludup yang mampu  beroperasi secara demekian tetapi saya percaya jumlah yang menggunakan laluan tikus jauh lebih ramai.

Ambil satu contoh.Pulau Sebatik di Tawau terbahagi kepada dua.Sebahagian wilayah dikuasai oleh kerajaan Malaysia dan sebahagian lagi oleh kerajaan Indonesia.



Saya perhatikan pengendali bot penumpang yang berlabuh di Sabindo,Tawau untuk membawa penumpang ke Pulau Sebatik bebas berlabuh sesuka hati.Malahan ADUN Pulau Sebatik sendiri telah memaklumkan perkara ini untuk perhatian pihak berkuasa.Lokasi kompleks CIQ boleh dilihat dengan jelas kerana ianya terletak tidak jauh dari tempot bot bot penumpang ini berlabuh.Kelihatannya para  pengendali bot boleh mengabaikan CIQ ini sesuka hati mereka.

Untuk lapuran lanjut sila klik di sini

Apakah jaminan kepada penduduk asal Sabah yang pendatang warga Indonesia tidak dapat menyusup masuk ke Tawau melalui Pulau Sebatik dan seterusnya mendarat di kawasan Sabindo, satu lokasi di tengah tengah bandar Tawau!Lokasi kompleks CIQ terletak kurang 500m dari tempat pendaratan ini.Sesuatu yang lebih drastik diperlukan selain hanya penubuhan balai polis dan CIQ untuk kawasan ESSZONE.



Lanjutan dari insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu saya dapati tidak ada media yang menyingkap tindakan dan berterima kasih menyanjung peranan yang telah dimainkan oleh Tan Sri Chong Kah Kiat.Hakikatnya bekas Ketua Menteri Sabah ini telah melenyapkan satu koloni setinggan perkampungan atas air di Tawau yang dahulu dikenali sebagai Ice Box.Tindakan seperti inilah yang diperlukan.

Tetapi hakikat harus juga ditelan.Manusia ini tidak sama.Lain manusia, lain caranya berfikir.Apa yang baik untuk sipolan A mungkin tidak baik untuk si polan B.Realitinya memang begitu.Apabila si polan B yang memegang kuasa, maka adalah tindakan wajar untuk si polan A bangkit menentang dan cuba membetulkannya secara demokrasi.

No comments:

Post a Comment