Berikutan dengan pengistiharan pembubaran parlimen ini , Perlis, Melaka, Perak dan Sabah turut membuat pengistiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN).
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof masih perlu menunggu pembubaran bebarapa buah lagi Dewan Undangan Negeri yang lain sebelum dapat memuktamadkan tarikh PRU13 yang merupakan pilihanraya paling ditunggu tunggu oleh warga negara Malaysia.
Rasanya tidak menjadi masalah besar untuk kerajaan baru kelak merangka satu rang undang undang baru bagi memberikan kuasa mutlak kepada pengerusi SPR membubarkan DUN.Langkah ini boleh menjimatkan wang yang banyak didalam kes ada ketua kerajaan negeri membubarkan DUN secara berasingan menyebabkan pilihanraya tidak dapat dijalankan serentak.Langkah untuk meminimakan kemungkinan seperti inilah antara punca kenapa parlimen turut lewat dibubarkan.
Sebanyak 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRU13 ini.Kuala Lumpur,Putra Jaya dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mempunyai kerusi DUN kerana ditadbir oleh kerajaan Persekutuan.
Setakat ini saya perhatikan hanya Pakatan Rakyat sahaja yang telah mempamerkan cadangan calon calon digerbang maya .
Pada PRU13 ini ramai pihak menyatakan golongan pengundi pertama kali dan juga pengundi tanpa parti bakal menjadi kuasa penentu pembentukan kerajaan yang baru.Namun peranan undi pos juga tidak harus dipandang mudah.Pada PRU12 yang lalu, bilangan undi pos adalah seramai 221,085.Angka ini sudah melebihi jumlah penduduk negeri Perlis(Untuk bacaan lanjut , anda boleh klik di sini
Keadaan di negeri Sabah yang mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN agak unik sedikit disebabkan oleh penubuhan ESSZONE di Pantai Timur Sabah.Saya menjangkakan pola pengundian undi pos kemungkinan besar akan melonjak naik berikutan suasana di Pantai Timur Sabah pada masa ini.



No comments:
Post a Comment