"Terima kasih ku ucap kepada mu "
" Atas nikmat yang diberi padaku"
" Atas nikmat yang diberi padaku"
Kedengaran lagi lagu propaganda ini dimainkan dislot siaran TV dan radio..Acon warga orang asli di Gua Musang yang menerima package Astro NJOI pun seronok mendengarnya. Adalah menjadi harapan pihak tertentu agar lagu Terima Kasih ini tetap diundi terutamanya oleh golongan penerima Astro NJOI dan mereka yang laparkan hiburan di kawasan pedalaman agar lagu ini terus kekal dalam carta sampai bila bila dan selama lamanya.
Itu cerita lagu.Sekarang ini orang sana sini sibuk cerita manifesto. Manifesto BN telah pun dilancarkan pada 6 April 2013 yang lalu sementara manifesto Pakatan Rakyat telah lama dilancarkan .Ada 14 intipati utama manifesto BN.Di sini saya sertakan intipati yang mempunyai hubung kait dengan isi kandungan entri ini.Intipati dimaksudkan adalah
" Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar. Antara inisiatifnya adalah melaksanakan konsep Kampung Abad ke21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan dalam arus pembangunan perdana "
Sedap bunyinya , macam wishful thinking....TAPI cuba perhatikan dua foto tertera seperti berikut pula
Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang foto foto ini, saya mahu menambah sedikit lagi manifesto BN bagi PRU13.
" Membina 6300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2500km di Sabah dan 2800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira kira 3.3 juta penduduk "
Demekian bunyinya satu lagi inisiatif dalam manifesto BN bagi PRU13.
Ulasan Tentang Foto
Kedua dua gambar foto yang disertakan adalah keadaan jalan raya sebuah perkampungan di Sabah yang letaknya hanya 4km dari bandar.Keadaan jalan raya ini telah berlarutan sedemekian rupa untuk tempoh 10 tahun @ dua kali pilihan raya umum tanpa sebarang tindakan pembaikan.
Mungkinkah para penduduk kampung berkenaan akan berterima kasih seperti dendangan sebuah lagu?
Mungkin juga sebab ada suapan BR1M.Dua kali BR1M sudah RM1000 dalam tempoh lima tahun.Akan tetapi RM1000 dalam tempoh lima tahun itu nilainya cuma tidak sampai RM17 sebulan, ...kalau adalah yang merasa bangga atau rasa amat terhutang budi, biarlah itu hak mereka.Lagipun, undi itu hak individu tiada sesiapa boleh paksa .
" Ini Bumiputera cepat berpuas hati dengan apa yang mereka ada "
demekian kata kata seorang kawan saya Cina Sarawak memberikan pendapatnya kenapa Bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. Realiti ini sangat benar.Kalau bab temberang dan berlagak kaya , bumiputeralah rajanya.
Ulasan Tentang Foto dan Manifesto.
Macamana nak capai status kampung abad ke 21 ni kalau keadaan jalan masih abad ke 19?Lihat saja inisiatif pembinaan jalan berturap yang baru pun boleh tahu bahawa Sabah bukanlah prioriti utama.
Sabah masih dipinggirkan.Sabah yang lebih luas dari keseluruhan Semenanjung Malaysia akan terus ketinggalan di dalam pembangunan infrastruktur dan lain lain bidang melainkan manifesto sedemikaian rupa diubah.
Agaknya masih ramai yang tidak sedar nama permainan sebenar adalah mengujudkan rasa terhutang budi yang akhirnya perlu dibalas dengan undi.Namun buat masa ini,bagi saya rasanya terima kasih itu saya simpan dulu. Lainlah kalau ada pemimpin BN naik pentas dan nyanyi ....
" Terima kasih ku ucap kepadamu "
"Atas undi yang diberi padaku"


No comments:
Post a Comment