
Terdapat beberapa lapuran menyatakan tentang penemuan spesis katak gergasi dengan berat mencecah sehingga 20 kilogram.
Kepada yang mahu percaya, anda boleh klik di sini
Fokus entri ini bukanlah katak liar tetapi katak bandar yang jinak dan jauh lebih besar saiznya.Dimusim PRU13 ni pula, rasanya ada spesis katak Borneo yang beratnya boleh mencecah sehingga 80 kilogram bakal muncul di pasaran.
Dikhabarkan urusniaga katak jinak ini boleh mencecah sehingga RM5 juta , itupun cuma katak yang ada label YB (Yang Berharga) sahaja dan telah di istiharkan sebagai pemenang di dalam perlumbaan yang disertainya.Urusniaga katak ini dijangkakan mencapai kemuncaknya pada tarikh 6 & 7 May 2013 ini.
Pesanan ikhlas entri ini adalah jauhkan diri anda dari katak kerana ianya adalah spesis haiwan beracun dan hanya akan menjaga kepentingan koloni katak sahaja.
No comments:
Post a Comment