Lama sangat tiada siaran langsung bola sepak Liga Super.Bagi saya menonton perlawanan bola sepak Liga Super adalah lebih menarik dari menonton perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya yang nama skuad pun sudah terlalu out dated!!Bila lagi mahu ditukar nama skuad ini termasuk jurulatihnya sekali.
Sabah dan Sarawak pun ada harimau juga bah....Jadi, rombakan dan penjenamaan segera adalah amat memadai.
Namun tidak boleh komplen sangat sebab sekarang ini musim perang propaganda dan perang persepsi.Himpunan di sana sini, akhirnya camera man pun terlebih beban tidak mampu mengangkat kamera.Harap pak menteri berkaitan dapat tengok kekurangan ini sebab peminat bola pun pengundi juga.Kalau pasukan bagus, boleh penuh stadium.Golongan ini mesti dijaga juga.
Kalau berkempen di stadium semasa perlawanan bola sepak sedang diadakan seperti memberi tiket percuma, ada juga yang akan ucap terima kasih tu!.Tak payah bawa artis. Memang kat TV sekarang ni musim terima kasih dan terhutang budi saja, siap dengan lagu lagi untuk memuji diri sendiri.
Liputan Liga Super pula bagai semakin terpinggir sementara seperti tidak berharga walaupun ada pemain yang dibayar gaji RM130,000 sebulan seperti yang didedahkan oleh mantan timbalan presiden FAM Tan Sri Anuar Musa.Mujur ada internet sebagai media alternatif.


No comments:
Post a Comment