Lama sangat tiada siaran langsung bola sepak Liga Super.Bagi saya menonton perlawanan bola sepak Liga Super adalah lebih menarik dari menonton perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya yang nama skuad pun sudah terlalu out dated!!Bila lagi mahu ditukar nama skuad ini termasuk jurulatihnya sekali.
Sabah dan Sarawak pun ada harimau juga bah....Jadi, rombakan dan penjenamaan segera adalah amat memadai.
Namun tidak boleh komplen sangat sebab sekarang ini musim perang propaganda dan perang persepsi.Himpunan di sana sini, akhirnya camera man pun terlebih beban tidak mampu mengangkat kamera.Harap pak menteri berkaitan dapat tengok kekurangan ini sebab peminat bola pun pengundi juga.Kalau pasukan bagus, boleh penuh stadium.Golongan ini mesti dijaga juga.
Kalau berkempen di stadium semasa perlawanan bola sepak sedang diadakan seperti memberi tiket percuma, ada juga yang akan ucap terima kasih tu!.Tak payah bawa artis. Memang kat TV sekarang ni musim terima kasih dan terhutang budi saja, siap dengan lagu lagi untuk memuji diri sendiri.
Liputan Liga Super pula bagai semakin terpinggir sementara seperti tidak berharga walaupun ada pemain yang dibayar gaji RM130,000 sebulan seperti yang didedahkan oleh mantan timbalan presiden FAM Tan Sri Anuar Musa.Mujur ada internet sebagai media alternatif.
Peringatan
Saturday, March 30, 2013
Monday, March 25, 2013
Mula Mula Kemudian
Mula mula kemudian??...Macam lirik lagu Stacy pun ada..Kata kata ini mengingatkan kita kepada insiden pencerobohan militan di Tanduo, Lahad Datu.
Mula mula ...kata bukan militan siap bagi makan minum lagi ...
...Agimuddin Tiram adalah ketua kumpulan pengganas
Kemudian ...kumpulan bersenjata ini adalah militan pengganas ...
...datu itu datu ini pula adalah ketua kumpulan pengganas yang baru ..
...Si Tiram terus ghaib dari scenario
Itu adalah antara lapuran pencerobohan di Tanduo yang telah menyebabkan tertubuhnya ESSZONE(sebelum ini ada ESSCOM) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah. ESSZONE berkuatkuasa pada Isnin 25 Mac 2013 merangkumi daerah Kudat,Pitas ,Kota Marudu, Sandakan, Beluran,Tawau,Semporna, Kunak ,Kinabatangan dan Lahad Datu .
Blogger Bebas kurang faham konsep disebalik ESSZONE ni...kenapa ianya dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah .Saya memang mengkagumi leadership quality Datuk Seri Musa Hj Aman selaku tokoh korporat ulung dan juga kapasiti sebagai Ketua Menteri Sabah tetapi dalam kes ESSZONE saya jadi bingung kenapa pula dia yang dilantik sebagai pengerusi ESSZONE. Walaupun hanya rakyat biasa, tetapi ini adalah soal keselamatan dan kedaulatan negara.Rakyat biasa pun mesti mengambil tahu.
Realitinya adalah hampir kesemua agensi di bawah ESSZONE adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan .PDRM, JPAM,Maritim,ATM bla ..bla kesemuanya adalah dibawah bidangkuasa samada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ataupun Kementerian Pertahanan.
Macamana lah itu...
Lepas kemaskini ,
Mula mula ... mau cari ilham dulu jogging kah atau taichi kah..
Kemudian.... minum laichi impot dari Singapore

Monday, March 18, 2013
SKMM Lawan TELCO:Pengguna Tersepit di Tengah
Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM) dilapurkan telah mengambil tindakan undang undang dengan mengeluarkan saman terhadap 6 syarikat pengendali perkhidmatan telekomunikasi(TELCO) kerana gagal memastikan maklumat tepat akaun prabayar pelanggan didaftarkan dengan betul.
Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi saman keseluruhan berjumlah RM920,000 telah dikeluarkan kepada Celcom Axiata Berhad(Celcom), Merchantrade Sdn Bhd(Merchantrade), U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd (Maxis Mobile) dan Maxis Broadband Sdn Bhd(Maxis Broadband) kerana melanggar syarat lesen.
Mampukah saman ini nanti memperbaiki sistem pendaftaran sedia ada. Saya adalah pelanggan Maxis Mobile dan memang amat tidak bersetuju dengan cara pendaftaran simkad prabayar ini dikendalikan.Apa yang diperlukan oleh ejen jualan yang bertindak sebagai pendaftar simkad adalah salinan Mykad pengguna.Pengguna kemudiannya diberitahu bahawa akauan akan aktif dalam tempoh 24 jam.
Apakah jaminan kepada pelanggan yang salinan Mykad mereka tidak akan disalahgunakan.Sebelum ini saya menggunakan khidmat prabayar Celcom , ada isi borang pendaftaran .Tetapi masih tiada jaminan maklumat peribadi pengguna tidak disalahgunakan.
Akta Perlindungan Data Peribadi telah dikuatkuasa pada 1 Jan 2013.Baguslah. Akan tetapi tanpa proses dan penguatkuasaan yang betul, akta hanya akan tinggal sebagai akta yang boleh dibaca apabila dipamirkan di dinding.
Demi keselamatan pelanggan, proses pendaftaran simkad perlu ditambahbaik.Antaranya adalah :-
Proses/Langkah 1
Syarikat pengendali TELCO perlu menghantarkan sms notis pemberitahuan bahawa no simkad 007-3456789 contohnya telah didaftarkan bagi nombor kad pengenalan tertentu bakal diaktifkan dalam dalam tempoh yang ditetapkan (selalunya 24jam).
Proses/Langkah2
Pengguna dengan nombor kad pengenalan berkaitan hendaklah mengesahkan pendaftaran
dengan membalas semula sms dan memberikan pin kod bagi tujuan mengaktifkan talian telefon prabayar yang dilanggan.
Barulah risiko penyelewengan identiti bagi tujuan pendaftaran simkad prabayar ini dapat dihapuskan ataupun diminimakan.Pelanggan pun rasa puas hati dan tidak perlu risau identiti bakal jadi taukeh rumah urut.
Jika sekiranya sistem sedia ada tidak mampu melakukannya, adalah menjadi tanggung jawab SKMM untuk memastikan syarikat TELCO mengujudkan sistem seumpama itu.Pihak bank komersial mungkin dapat berkongsi pengalaman mereka berkaitan soal pengesahan data pelanggan.
Kini lebih 10 juta pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih masih terdedah kepada risiko penipuan dalam bentuk penggunaan identiti secara haram bagi tujuan pendaftaran simkad prabayar perkhidmatan telefon mudah alih ini .Semasa kad prabayar ini diperkenalkan dahulu, lagi teruk.Pendaftran pun tidak ada, main hantam saja...
Sebagai pemberi lesen, SKMM dilihat mudah untuk salahkan TELCO.Pengguna mungkin akan menyalahkan dan menyaman TELCO pula kalau ada masalah penggunaan identiti secara haram.
Siapa pula yang akan menyalahkan SKMM ?Harap ada ahli parlimen berani tampil dan bersedia untuk menanggung kerja penambahbaikan ini. Kalau di Sabah,saya fikir Datuk Bung Mokhtar Radin adalah diantara individu yang boleh kita sapa dengan..."boleh bah kalau kau".

RCI: Petunjuk Kedua
Kini timbul cadangan agar ditubuhkan satu lagi RCI atau kertas putih untuk menyiasat punca pencerobohan pengganas di kg Tanduo, Lahad Datu.
Apakah bendanya nie.... belum selesai siasatan panel RCI berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, dah nak tubuh pula satu lagi RCI.Rasanya pak haji penjual ikan di pasar pun tahu punca pencerobohan ini biarpun mereka kurang maklum apa itu RCI.
Bagi saya ini adalah taktik misdirection...saya masih ingat perkataan ini yang digunakan oleh John Travolta dalam satu filem aksi lakonannya.Tujuannya adalah mengalihkan perhatian daripada perkara asal dan juga melengahkan masa nak bagi cukup kitaran 5 tahun.
Berapa ramaikah warga asal Sabah yang akan terperdaya menaiki roller coaster RCI mengelilingi dunia impian mereka untuk tempoh 5 tahun ?.Satu perjalanan panjang yang amat bahaya apalagi bila jurumudi adalah warga negara celup.

Thursday, March 14, 2013
RCI:Petunjuk Pertama
Dalam entri sebelum ini menyebut tentang Royal Commissioner of Inquiry(RCI) yang sedang dijalankan di Sabah, saya ada membayangkan bahawa RCI akan mengambil tempoh selama 5 tahun untuk dilengkapkan perlaksanaannya.
Berita Terkini!
Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan lanjutan tempoh selama 6 bulan lagi bagi jawatan kuasa RCI melengkapkan siasatan dan laporan berkaitan isu pendatang asing tanpa izin (PATI)di Sabah.Tempoh RCI yang tamat pada 21 Mac 2013 kini dilanjutkan sehingga 21 Sept 2013.
Kalau dalam tempoh penyiasatan dan penyediaan laporan pun sudah tertangguh, bagaimana pula dengan perlaksanaannya nanti?Soalan ini harus dipikul dan ditanya oleh setiap individu yang bergelar warga negara Malaysia , kerana insiden di Lahad Datu adalah pembuka mata ataupun whsitle blower betapa serius masalah PATI yang dihadapi.Walaupun kejadian pencerobohan berada di Lahad Datu, namun pada hakikatnya ianya turut menyebabkan korban jiwa antaranya di Johor, Selangor ,Sarawak, Kelantan selain di negeri Sabah sendiri.
Jika masalah PATI ini tidak dapat diselesaikan sekarang, ianya akan semakin sukar untuk diselesaikan pada masa hadapan.

Sekolah Untuk Menipu
Tajuk entri ini agak ganjil namun ianya adalah real dan
telah menyebabkan sebilangan warga negara Malaysia terutamanya kaum wanita
menjadi mangsa.Ramai yang kehilangan wang dan turut menjadi mangsa terperangkap sebagai keldai dadah.
Sekolah untuk menipu yang dimaksudkan ada di Nigeria.Ianya adalah
sekolah khas diujudkan dikawasan terpencil di Nigeria untuk melatih para calon calon conmen atau conwomen agar
dapat menjalankan kerja kerja penipuan
di internet dengan cekap dan berkesan.
Syarat untuk memasuki sekolah ini ialah pandai menggunakan computer dan
internet.
Apa yang Awang Hitam Afrika ini tawarkan adalah cinta palsu mereka untuk
golongan wanita yang kemaruk cinta si Awang Hitam.Sudah tentu pulangan cinta Awang
Hitam adalah wang si mangsa.Bentuk penipuan yang
lain adalah dengan menyamar sebagai polis dan juga Black Money .
Keujudan sekolah menipu ini diperakukan oleh Ketua Unit
Keselamatan Siber,Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia,Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,Supritendan Victor Sanjos.Seramai 774 orang wanita warga negara Malaysia dilaporkan menjadi mangsa melibatkan kerugian wang sebanyak
RM24 juta .
Selepas duit
melayang, apa yang tinggal nanti hanyalah jeriji besi dan bayang bayang hitam
yang disangkakan Awang Hitam Afrika ..he..he .. tapi tidak boleh
salahkan mereka kerana mungkin golongan ini terleka seketika dengan rentak dan melodi lagu si Erra Fazira.Kepada golongan kaum lelaki pula, lagu Kerana Percayakan Siti nyanyian kumpulan Exist
rasanya relevan sebagai peringatan.
Demi kebaikan pengunjung
budiman, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi satu lagi bentuk penipuan di internet . Scam ataupun penipuan internet yang saya maksudkan ini membabitkan soal pengedaran dadah.
Facebook selaku media paling
popular merupakan gerbang tumpuan para penyangak cyber untuk
menjalankan aktiviti penipuan mereka.Modus operandi yang kerap
digunakan adalah dengan menyamar sebagai individu berada yang mahu pulang ke Malaysia untuk menjejaki sanak
saudara setelah sekian lama berada diperantauan.
Skrip Pertama
Penyangak ingin
pulang ke Malaysia bertujuan untuk membuat pelaburan hartanah disamping
menjejak kaum keluarga yang telah sekian lama terpisah.Konon ayahnya merupakan warga negara Malaysia yang berjaya
diperantauan telah meninggal dunia dan
wasiat akhirnya adalah agar penyangak mencari kaum kerabatnya di Malaysia.Dalam
konteks Sabah, boleh tahan juga sebab imigran yang memiliki IC projek mungkin telah berselerak di seluruh pelusuk dunia.Pada peringkat ini tidak menimbulkan sebarang
syak wasangka.
SkripK kedua
Apabila penyangak ini
datang ke Malaysia buat pertama kalinya , mangsa perlu menemui
penyangak ini kerana dia tidak
kenal sesiapa pun di Malaysia kecuali mangsanya sahaja. Semuanya nampak normal sahaja pada tahap ini.
Skrip Ketiga
Sebelum bertolak atau ketika menemui
mangsa di lapangan terbang,
penyangak akan mengirimkan satu bungkusan surprise atau baggage yang
perlu diambil mangsa dilapangan terbang..jeng ..jeng..jeng..Aik lain macam
saja..
Bungkusan atau baggage ini nanti akan ditahan oleh pihak tertentu dan mangsa perlu mendepositkan sejumlah wang terlebih dahulu untuk melepaskan bungkusan atau baggage berkenaan.. ..banyak
cantik
Skrip Keempat
Tiada skrip keempat kerana penyangak ini kantoi pada level skrip kedua lagi…
Post Mortem :Bagaimana Penyangak Kantoi
Saya berhubung dengan penyangak sebanyak tiga kali melalui Facebook
Peringkat Skrip Pertama Penipuan.
Penyangak yang mendakwa berada di London menghantar 2 keping gambarnya siap dengan No HP
sekali(no luar negaralah).Penyamar a.k.a penyangak ini siap kata boleh call
anytime lagi..boleh menimbulkan keraguan sebab Malaysia dan UK berbeza masa
selama 7 jam.
Peringkat Skrip Kedua Penipuan
Penyangak hantar lagi 2 keping gambar sebab peringkat
pertama mungkin gambar kurang berbisa dan tidak memberikan kesan yang diharapkan..
Pada level skrip kedua ini
saya semakin bertambah curiga kerana :-
a) Kata kacukan Mat Salleh tapi nampak sangat macam Filipina/Tagalog.
b) Perut boroi semacam sebab kuat minum tapi mengaku Islam
pula.
c) Tinggal kat London tapi tak tahu pun perbezaan masa London-
KL
d) Tidak kenal siapa itu Carlos Tevez??...Kini panas semakin
membara
e) Gambar yang
dihantar tidak menunjukkan suasana kota raya London
tetapi bekerja di situ.
f) Email kedua ditulis oleh orang lain…BINGGO!!
Si penyangak terselah belangnya .. kaki ditembak oleh ahli sindiket sendiri..
Ingat orang yang membaca
tidak boleh kesan perubahan stail penulisan.
Selepas email kedua
ini, saya mula menggunakan Googgle untuk cari maklumat .Memang sah kaki
penipu.Ada beberapa blogger telah
menerbitkan entri amaran….Ada
sindiket yang sebelum ini bergerak aktif
di Selangor.Nama samaran yang digunakan oleh penyangak adalah Anis Amran Amir.
Namun saya buat bodoh tetap membalas email kedua tanpa menunjukkan rasa curiga kerana saya berminat untuk mengetahui setakat mana penyangak dan kuncu kuncunya ini akan menjalankan kegiatannya.
Peringkat Skrip
Ketiga Penipuan.
BANG!!!Ahli sindiket menembak lagi kaki si penyangak!
Skrip penghantaran bungkusan juga mula timbul pada tahap ini
tapi belum lagi meminta wang sebab bungkusan belum dihantar….
Apa yang berlaku adalah email ketiga ini ditulis lagi oleh ahli
sindiket yang menyamar sebagai penyangak namun kantoi kerana mendakwa pernah
bercakap ditelefon sedangkan kami tidak pernah
berbual.
Barangkali inilah yang dipanggil pandai tidak boleh di ikut,
bodoh tidak boleh di ajar!
Tuhan telah menunjukkan kebesarannya .Saya juga telah
mengambil langkah yang betul kerana tidak memberikan sebarang foto seperti
diminta.
Selepas itu, saya
tunggu sahaja samada penyangak ini berani lagi hantar email.Memang sah tiada.Akaun
FB saya akhirnya diceroboh untuk menghapuskan segala bukti .Mesti sindiket ini telah menggunakan khidmat pakar untuk melakukannya.Saya kemudianya membuat laporan polis kerana khuatir
identiti peribadi digunakan untuk tujuan penipuan di internet.
Pelajaran dan Teladan Yang Boleh Diambil.
1.0
Saya mempercayai sindiket ini beroperasi di
Tawau, Sabah berdasarkan gambar terakhir yang diberikan.Tawau adalah destinasi
pilihan untuk menjejak kaum kerabat si penyangak ini.Penyangak
adalah seorang warga Filipina yang bekerja di Tawau.
2.0 Seseorang kaki botol akan mengalami perut buncit
yang ketara.
3.0
Bungkusan atau baggage yang perlu diambil di
airport mengandungi dadah.
Penamat skrip yang diinginkan adalah sindiket menerima
bekalan dadah dan wang sogokan mereka
dan mangsa merengkok di penjara.
Demi kebaikan pembaca, saya sertakan salah satu pautan rujukan yang telah saya gunakan.Sila klik di sini Kini saya telah menjalankan satu bentuk Khidmat Untuk Negara . Anda juga boleh melakukannya perkara yang sama dan beroleh ganjaran pahala dan kebaikan.

Saturday, March 9, 2013
Gempar!Insiden Pencerobohan Militan di Lahad Datu Berpunca Dari Bola Sepak
Semasa entri ini dimuat naik, insiden pencerobohan militan di Lahad Datu masih lagi belum berakhir biarpun serangan udara telah dilakukan.Serangan udara yang dilakukan pula bukanlah untuk menghancurkan musuh akan tetapi untuk membenarkan pihak keselamatan mara tanpa tentangan.Memang kelakar serangan udara tahap kawan kawan ini.Apabila militan menegaskan untuk berjuang sampai mati, saya dapat merasakan masalah ancaman keselamatan ini tidak akan diselesaikan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. .Kini skala ancaman ini telah terbukti dengan penubuhan Special Security Area di Pantai Timur Sabah termasuk Kudat sebagai daerah yang paling hampir dengan perairan Filipina.
Media cyber terutamanya para blogger samada pro pemerintah ataupun pembangkang begitu rancak dan gamat memperkatakan tentang pencerobohan militan didakwa dari selatan Filipina ini .Tidak kurang yang menuding jari menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri.Biasalah mau cari populariti punya pasal.Ahli politik akan segera berpolitik dengan menggesa orang ramai agar jangan mempolitikkan isu keselamatan ini. Biar mereka sahaja yang berpolitik dan akan terus kekal begitu.
Malaysia sedang berada di ambang pilihanraya, maka banyaklah golongan opportunist cuba mencari advantage tanpa memberikan sebarang focus akar umbi masalah keselamatan yang dihadapi.. Atas dasar dan rasa bertanggung jawab sebagai warga negara Malaysia, saya terdorong untuk turut serta memberikan pandangan peribadi berkaitan isu keselamatan yang sedang melanda negara terutamanya di negeri Sabah .
Pada pendapat saya terdapat dua root cause kepada pencerobohan militan di Lahad Datu ,Sabah..Punca yang pertama ada di negara Filipina sendiri dan dengan itu saya tidak akan menyentuhnya langsung .Lagipun kerajaan Filipina memang sedia menangani punca itu dengan baik.Kebimbangan Presiden Filipina terhadap keselamatan 800,000 warga Filipina yang bekerja di Sabah menggambarkan bahawa Filipina sememangnya tidak berhasrat untuk berperang dengan Malaysia.
Punca yang kedua ada di negeri Sabah.Kedua dua punca ini bagaikan kuasa magnet yang menarik dan menolak sehingga akhirnya 200 orang militan bersenjata mendarat di kg Tanduo, Lahad Datu. Banyak media yang menyatakan kehairanan bagaimana penceroboh ini boleh terlepas dengan mudah dari kawalan keselamatan .
Kepada mereka yang bertanyakan soalan sedemekian, saya ingin menjawab dengan satu soalan juga.
"..Bagaimana pula jika penceroboh ini tidak perlu lagi melepasi kawalan keselamatan… ?"
Jawapan saya ada dua kepada soalan ini, akan tetapi tidak eloklah menjawab soalan diri sendiri di ruangan seperti ini..
Saya hanya berminat untuk memperincikan punca yang ada di negeri Sabah.
Royal Commissioner of Inquiry(RCI) yang sedang ditangguhkan prosesnya sehingga 18hb Mac 2013 boleh diandaikan sebagai satu permainan bola sepak. Untuk kita lebih mudah faham tentang sesuatu, kena ada contoh ataupun lebih tepat lagi analogi.Bola sepak adalah analogi yang paling sesuai untuk RCI.
Di dalam permainan bola sepak, ada dua bahagian permainan iaitu separuh masa pertama dan juga separuh masa kedua termasuklah permainan masa tambahan dan juga tendangan penalti.Prosiding dan penyiasatan RCI yang sedang dilakukan adalah untuk meyakinkan penduduk asal negeri Sabah bahawa terdapat kesungguhan dari pihak pemerintah untuk mengatasi masalah kronik berkaitan pendatang yang dihadapi selama ini.
Separuh masa pertama piala RCI ini adalah penyediaan laporan, syor dan juga saranan kepada pihak pemerintah untuk dilaksanakan pada separuh masa kedua nanti.Saya menjangkakan separuh masa kedua ini akan berlarutan selama 5 tahun kerana permainan kerap dihentikan dengan perlaksanaan semakin rancak pada 6 bulan terakhir tahun ke5 itu.Begitulah corak permainan yang dijangkakan oleh bookie dan para pemerhati bebas seperti saya.
Kini permainan separuh masa pertama juga terpaksa dihentikan sementara gara gara ada penonton tanpa tiket menceroboh dan merempuh masuk ke dalam padang .
Penonton pula terbahagi kepada 2 kategori. Kategori S adalah penduduk asal Sabah dan Kategori P adalah kelompok yang telah menyebabkan tertubuhnya RCI ini.
Semasa separuh masa pertama piala RCI berlangsung, ada di kalangan penonton kategori P merasakan bahawa pada separuh masa kedua nanti, mungkin mereka akan tidak lagi dibenarkan berada di stadium atau dikediaman mereka juga kerana dicekup untuk dihantar ke tempat di mana mereka sepatutnya berada.Timbul kekecohan dan kegusaran melanda bagaikan hentaman tsunami.
Fear Factor dan hubungan penonton dengan faktor luaran akhirnya mencetuskan kekecohan dan suasan panik bukan sahaja melibatkan penonton distadium tetapi juga mereka yang berada di luar stadium.Mujur dikalangan penonton, ada golongan VIP(Very Irritating People) yang berpengaruh segera memberikan penerangan dan penjelasan tentang apa yang dijangka akan berlaku.Keadaan mula reda dan tenang akan tetapi tidak semestinya selamat dan tiada ancaman keganasan. Pihak penganjur sedia maklum perkara ini. .
Penganjur terpaksa menubuhkan Op Sulu yang kemudiannya segera dijenamakan semula sebagai Op Daulat untuk mententeramkan dan mengawal keadaan bukan sahaja di dalam stadium tetapi di lain lain lokasi yang strategik kepada ancaman.Sebab penukaran segera jenama tidak perlulah saya ulas lanjut . Masing masing mempunyai persepsi tersendiri.
Kini perlawanan tertangguh sementara bagi membolehkan penganjur membersihkan padang dan menjamin keselamatan penontonl termasuklah membuang mercun yang dilontarkan kedalam padang.Pemain dan pengadil boleh berehat sementara penaja pula mengambil slot tajaan mereka.
Fokus sebenar dan intipati entri ini adalah separuh masa kedua piala RCI.
Ya..itulah focus utama entri ini kerana apa yang sudah berlaku tidak mungkin dapat diubah lagi.Jadi apanama kutty…… lebih baik focus pada separuh masa kedua.Manalah tahu kalau bertaruh, pertaruhan boleh mendatangkan hasil.
Separuh masa kedua ini iaitu perlaksanaan syor pada pandangan saya HANYA akan dilakukan selepas Pilihanraya Umum(PRU) ke13 selesai diadakan.Maknanya , para penonton dan mereka yang berada diluar stadium juga perlulah mengundi terlebih dahulu sebelum boleh menyaksikan separuh masa kedua iaitu klimaks permainan dan seterusnya penentuan pemenang.
Bagi penonton kategori P a.k.a fixed deposit, pilihan mereka amatlah mudah. Sementara bagi penonton kategori S pula, mereka perlu amat berwaspada.Ada yang was was, ada juga sudah membuat keputusan lebih awal sebelum memasuki stadium lagi.Silap percaturan alamat generasi seterusnya hanya bakal menatap botol sos tiram dan menjadi kuli di restoran Sultan.
Kadang kadang kita nampak di kaca TV kata kata propaganda menggesa penonton membuang undi.Hakikatnya undi adalah sesuatu yang amat berharga untuk dibuang buang.
Sebelum mengundi atau membuang undi ke dalam tong undi, fikirlah masak masak bukan hanya melihat dan mendengar.Sebabnya apa yang dilihat atau didengar hanyalah 50% daripada realiti. Pada pendapat saya dan ramai juga yang berkongsi pendapat yang sama, PRU ke13 ini adalah penentu matlamat masa depan seluruh warga negara Malaysia.
Saya ingin menambah sedikit sahaja sebelum menamatkan entri pada kali ini.Apa yang berlaku di Lahad Datu sekiranya tidak dibendung secara total dan berkesan hanyalah sebahagian kecil dari bencana yang bakal melanda.Pemerintah terbentuk secara fixed deposit melalui pengolahan komposisi masyarakat kutty style lambat laun pasti akan menerima padah.Rakyat jelata akan turut menanggung akibatnya. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu petanda dan peringatan yang amat jelas. Pada masa ini ianya masih boleh dikekang dan dikawal sebab golongan pemerintah masih lagi terdiri dari warga asal.Cuba luangkan sedikit masa anda untuk membayangkan apabila pemerintah atasan bukan lagi orang asal.

Subscribe to:
Comments (Atom)

+kuching.jpg)