Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Monday, March 18, 2013

SKMM Lawan TELCO:Pengguna Tersepit di Tengah

Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM) dilapurkan telah mengambil tindakan undang undang dengan mengeluarkan saman terhadap 6 syarikat pengendali perkhidmatan telekomunikasi(TELCO) kerana gagal memastikan maklumat tepat akaun prabayar pelanggan didaftarkan dengan betul.



Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi saman keseluruhan berjumlah RM920,000 telah dikeluarkan kepada Celcom Axiata Berhad(Celcom), Merchantrade Sdn Bhd(Merchantrade), U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd (Maxis Mobile) dan  Maxis Broadband Sdn Bhd(Maxis Broadband) kerana melanggar syarat lesen.

Mampukah saman ini nanti memperbaiki sistem pendaftaran sedia ada. Saya adalah pelanggan Maxis Mobile dan memang amat tidak bersetuju dengan cara pendaftaran simkad prabayar ini dikendalikan.Apa yang diperlukan oleh ejen jualan yang bertindak sebagai pendaftar simkad adalah salinan Mykad pengguna.Pengguna kemudiannya diberitahu bahawa akauan akan aktif dalam tempoh 24 jam.

Apakah jaminan kepada pelanggan yang salinan Mykad mereka tidak akan disalahgunakan.Sebelum ini saya menggunakan khidmat prabayar Celcom , ada isi borang  pendaftaran .Tetapi masih tiada jaminan maklumat peribadi pengguna tidak disalahgunakan.

Akta Perlindungan Data Peribadi  telah  dikuatkuasa pada 1 Jan 2013.Baguslah. Akan tetapi tanpa proses dan penguatkuasaan  yang betul, akta  hanya akan tinggal  sebagai akta  yang boleh dibaca apabila dipamirkan di dinding.

Demi keselamatan pelanggan,  proses pendaftaran simkad perlu ditambahbaik.Antaranya adalah :-

Proses/Langkah 1
Syarikat pengendali  TELCO perlu menghantarkan sms notis pemberitahuan bahawa no simkad 007-3456789 contohnya telah didaftarkan bagi nombor kad pengenalan tertentu bakal  diaktifkan dalam   dalam tempoh yang ditetapkan (selalunya 24jam).

Proses/Langkah2
Pengguna dengan nombor kad pengenalan berkaitan  hendaklah mengesahkan pendaftaran
dengan membalas semula sms  dan memberikan pin kod bagi tujuan mengaktifkan talian telefon  prabayar   yang dilanggan.

Barulah risiko penyelewengan identiti bagi tujuan pendaftaran simkad prabayar ini dapat dihapuskan ataupun diminimakan.Pelanggan pun rasa puas hati dan tidak perlu risau  identiti bakal jadi taukeh rumah urut.

Jika sekiranya sistem sedia ada tidak mampu melakukannya, adalah menjadi tanggung jawab SKMM untuk memastikan syarikat TELCO mengujudkan sistem seumpama itu.Pihak bank komersial mungkin dapat berkongsi pengalaman mereka berkaitan soal pengesahan data pelanggan.

Kini lebih 10 juta pengguna perkhidmatan  prabayar telefon mudah alih masih terdedah kepada risiko penipuan dalam bentuk penggunaan identiti secara haram bagi tujuan pendaftaran simkad prabayar perkhidmatan telefon mudah alih ini .Semasa kad prabayar ini diperkenalkan dahulu, lagi teruk.Pendaftran pun tidak ada, main hantam saja...



Sebagai pemberi lesen, SKMM dilihat  mudah untuk salahkan TELCO.Pengguna mungkin akan menyalahkan dan menyaman TELCO pula kalau ada masalah penggunaan identiti secara haram.


Siapa pula yang akan menyalahkan SKMM ?Harap ada ahli parlimen berani tampil dan bersedia untuk menanggung kerja penambahbaikan ini. Kalau di Sabah,saya fikir Datuk Bung Mokhtar Radin adalah diantara individu yang boleh kita sapa dengan..."boleh bah kalau kau".





  


No comments:

Post a Comment