Mula mula kemudian??...Macam lirik lagu Stacy pun ada..Kata kata ini mengingatkan kita kepada insiden pencerobohan militan di Tanduo, Lahad Datu.
Mula mula
...kata bukan militan siap bagi makan minum lagi
...
...Agimuddin Tiram adalah ketua kumpulan pengganas
Kemudian ...kumpulan bersenjata ini adalah militan pengganas
...
...datu itu datu ini pula adalah ketua kumpulan pengganas yang baru
..
...Si Tiram terus ghaib dari scenario
Itu adalah antara lapuran pencerobohan di Tanduo yang telah menyebabkan tertubuhnya ESSZONE(sebelum ini ada ESSCOM) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah.
ESSZONE berkuatkuasa pada Isnin 25 Mac 2013 merangkumi daerah Kudat,Pitas ,Kota Marudu,
Sandakan, Beluran,Tawau,Semporna, Kunak ,Kinabatangan dan Lahad Datu .
Blogger Bebas kurang faham konsep disebalik ESSZONE ni...kenapa ianya dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah .Saya memang mengkagumi leadership quality Datuk Seri Musa Hj Aman selaku tokoh korporat ulung dan juga kapasiti sebagai Ketua Menteri Sabah tetapi dalam kes ESSZONE saya jadi bingung kenapa pula dia yang dilantik sebagai pengerusi ESSZONE. Walaupun hanya rakyat biasa, tetapi ini adalah soal keselamatan dan kedaulatan negara.Rakyat biasa pun mesti mengambil tahu.
Realitinya adalah hampir kesemua agensi di bawah ESSZONE adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan .PDRM, JPAM,Maritim,ATM bla ..bla kesemuanya adalah dibawah bidangkuasa samada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ataupun Kementerian Pertahanan.
Macamana lah itu...
Lepas kemaskini ,
Mula mula ... mau cari ilham dulu jogging kah atau taichi kah..
Kemudian.... minum laichi impot dari Singapore

No comments:
Post a Comment