Tajuk entri ini agak ganjil namun ianya adalah real dan
telah menyebabkan sebilangan warga negara Malaysia terutamanya kaum wanita
menjadi mangsa.Ramai yang kehilangan wang dan turut menjadi mangsa terperangkap sebagai keldai dadah.
Sekolah untuk menipu yang dimaksudkan ada di Nigeria.Ianya adalah
sekolah khas diujudkan dikawasan terpencil di Nigeria untuk melatih para calon calon conmen atau conwomen agar
dapat menjalankan kerja kerja penipuan
di internet dengan cekap dan berkesan.
Syarat untuk memasuki sekolah ini ialah pandai menggunakan computer dan
internet.
Apa yang Awang Hitam Afrika ini tawarkan adalah cinta palsu mereka untuk
golongan wanita yang kemaruk cinta si Awang Hitam.Sudah tentu pulangan cinta Awang
Hitam adalah wang si mangsa.Bentuk penipuan yang
lain adalah dengan menyamar sebagai polis dan juga Black Money .
Keujudan sekolah menipu ini diperakukan oleh Ketua Unit
Keselamatan Siber,Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia,Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,Supritendan Victor Sanjos.Seramai 774 orang wanita warga negara Malaysia dilaporkan menjadi mangsa melibatkan kerugian wang sebanyak
RM24 juta .
Selepas duit
melayang, apa yang tinggal nanti hanyalah jeriji besi dan bayang bayang hitam
yang disangkakan Awang Hitam Afrika ..he..he .. tapi tidak boleh
salahkan mereka kerana mungkin golongan ini terleka seketika dengan rentak dan melodi lagu si Erra Fazira.Kepada golongan kaum lelaki pula, lagu Kerana Percayakan Siti nyanyian kumpulan Exist
rasanya relevan sebagai peringatan.
Demi kebaikan pengunjung
budiman, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi satu lagi bentuk penipuan di internet . Scam ataupun penipuan internet yang saya maksudkan ini membabitkan soal pengedaran dadah.
Facebook selaku media paling
popular merupakan gerbang tumpuan para penyangak cyber untuk
menjalankan aktiviti penipuan mereka.Modus operandi yang kerap
digunakan adalah dengan menyamar sebagai individu berada yang mahu pulang ke Malaysia untuk menjejaki sanak
saudara setelah sekian lama berada diperantauan.
Skrip Pertama
Penyangak ingin
pulang ke Malaysia bertujuan untuk membuat pelaburan hartanah disamping
menjejak kaum keluarga yang telah sekian lama terpisah.Konon ayahnya merupakan warga negara Malaysia yang berjaya
diperantauan telah meninggal dunia dan
wasiat akhirnya adalah agar penyangak mencari kaum kerabatnya di Malaysia.Dalam
konteks Sabah, boleh tahan juga sebab imigran yang memiliki IC projek mungkin telah berselerak di seluruh pelusuk dunia.Pada peringkat ini tidak menimbulkan sebarang
syak wasangka.
SkripK kedua
Apabila penyangak ini
datang ke Malaysia buat pertama kalinya , mangsa perlu menemui
penyangak ini kerana dia tidak
kenal sesiapa pun di Malaysia kecuali mangsanya sahaja. Semuanya nampak normal sahaja pada tahap ini.
Skrip Ketiga
Sebelum bertolak atau ketika menemui
mangsa di lapangan terbang,
penyangak akan mengirimkan satu bungkusan surprise atau baggage yang
perlu diambil mangsa dilapangan terbang..jeng ..jeng..jeng..Aik lain macam
saja..
Bungkusan atau baggage ini nanti akan ditahan oleh pihak tertentu dan mangsa perlu mendepositkan sejumlah wang terlebih dahulu untuk melepaskan bungkusan atau baggage berkenaan.. ..banyak
cantik
Skrip Keempat
Tiada skrip keempat kerana penyangak ini kantoi pada level skrip kedua lagi…
Post Mortem :Bagaimana Penyangak Kantoi
Saya berhubung dengan penyangak sebanyak tiga kali melalui Facebook
Peringkat Skrip Pertama Penipuan.
Penyangak yang mendakwa berada di London menghantar 2 keping gambarnya siap dengan No HP
sekali(no luar negaralah).Penyamar a.k.a penyangak ini siap kata boleh call
anytime lagi..boleh menimbulkan keraguan sebab Malaysia dan UK berbeza masa
selama 7 jam.
Peringkat Skrip Kedua Penipuan
Penyangak hantar lagi 2 keping gambar sebab peringkat
pertama mungkin gambar kurang berbisa dan tidak memberikan kesan yang diharapkan..
Pada level skrip kedua ini
saya semakin bertambah curiga kerana :-
a) Kata kacukan Mat Salleh tapi nampak sangat macam Filipina/Tagalog.
b) Perut boroi semacam sebab kuat minum tapi mengaku Islam
pula.
c) Tinggal kat London tapi tak tahu pun perbezaan masa London-
KL
d) Tidak kenal siapa itu Carlos Tevez??...Kini panas semakin
membara
e) Gambar yang
dihantar tidak menunjukkan suasana kota raya London
tetapi bekerja di situ.
f) Email kedua ditulis oleh orang lain…BINGGO!!
Si penyangak terselah belangnya .. kaki ditembak oleh ahli sindiket sendiri..
Ingat orang yang membaca
tidak boleh kesan perubahan stail penulisan.
Selepas email kedua
ini, saya mula menggunakan Googgle untuk cari maklumat .Memang sah kaki
penipu.Ada beberapa blogger telah
menerbitkan entri amaran….Ada
sindiket yang sebelum ini bergerak aktif
di Selangor.Nama samaran yang digunakan oleh penyangak adalah Anis Amran Amir.
Namun saya buat bodoh tetap membalas email kedua tanpa menunjukkan rasa curiga kerana saya berminat untuk mengetahui setakat mana penyangak dan kuncu kuncunya ini akan menjalankan kegiatannya.
Peringkat Skrip
Ketiga Penipuan.
BANG!!!Ahli sindiket menembak lagi kaki si penyangak!
Skrip penghantaran bungkusan juga mula timbul pada tahap ini
tapi belum lagi meminta wang sebab bungkusan belum dihantar….
Apa yang berlaku adalah email ketiga ini ditulis lagi oleh ahli
sindiket yang menyamar sebagai penyangak namun kantoi kerana mendakwa pernah
bercakap ditelefon sedangkan kami tidak pernah
berbual.
Barangkali inilah yang dipanggil pandai tidak boleh di ikut,
bodoh tidak boleh di ajar!
Tuhan telah menunjukkan kebesarannya .Saya juga telah
mengambil langkah yang betul kerana tidak memberikan sebarang foto seperti
diminta.
Selepas itu, saya
tunggu sahaja samada penyangak ini berani lagi hantar email.Memang sah tiada.Akaun
FB saya akhirnya diceroboh untuk menghapuskan segala bukti .Mesti sindiket ini telah menggunakan khidmat pakar untuk melakukannya.Saya kemudianya membuat laporan polis kerana khuatir
identiti peribadi digunakan untuk tujuan penipuan di internet.
Pelajaran dan Teladan Yang Boleh Diambil.
1.0
Saya mempercayai sindiket ini beroperasi di
Tawau, Sabah berdasarkan gambar terakhir yang diberikan.Tawau adalah destinasi
pilihan untuk menjejak kaum kerabat si penyangak ini.Penyangak
adalah seorang warga Filipina yang bekerja di Tawau.
2.0 Seseorang kaki botol akan mengalami perut buncit
yang ketara.
3.0
Bungkusan atau baggage yang perlu diambil di
airport mengandungi dadah.
Penamat skrip yang diinginkan adalah sindiket menerima
bekalan dadah dan wang sogokan mereka
dan mangsa merengkok di penjara.
Demi kebaikan pembaca, saya sertakan salah satu pautan rujukan yang telah saya gunakan.Sila klik di sini Kini saya telah menjalankan satu bentuk Khidmat Untuk Negara . Anda juga boleh melakukannya perkara yang sama dan beroleh ganjaran pahala dan kebaikan.
Demi kebaikan pembaca, saya sertakan salah satu pautan rujukan yang telah saya gunakan.Sila klik di sini Kini saya telah menjalankan satu bentuk Khidmat Untuk Negara . Anda juga boleh melakukannya perkara yang sama dan beroleh ganjaran pahala dan kebaikan.

+kuching.jpg)
No comments:
Post a Comment