Dalam entri sebelum ini menyebut tentang Royal Commissioner of Inquiry(RCI) yang sedang dijalankan di Sabah, saya ada membayangkan bahawa RCI akan mengambil tempoh selama 5 tahun untuk dilengkapkan perlaksanaannya.
Berita Terkini!
Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan lanjutan tempoh selama 6 bulan lagi bagi jawatan kuasa RCI melengkapkan siasatan dan laporan berkaitan isu pendatang asing tanpa izin (PATI)di Sabah.Tempoh RCI yang tamat pada 21 Mac 2013 kini dilanjutkan sehingga 21 Sept 2013.
Kalau dalam tempoh penyiasatan dan penyediaan laporan pun sudah tertangguh, bagaimana pula dengan perlaksanaannya nanti?Soalan ini harus dipikul dan ditanya oleh setiap individu yang bergelar warga negara Malaysia , kerana insiden di Lahad Datu adalah pembuka mata ataupun whsitle blower betapa serius masalah PATI yang dihadapi.Walaupun kejadian pencerobohan berada di Lahad Datu, namun pada hakikatnya ianya turut menyebabkan korban jiwa antaranya di Johor, Selangor ,Sarawak, Kelantan selain di negeri Sabah sendiri.
Jika masalah PATI ini tidak dapat diselesaikan sekarang, ianya akan semakin sukar untuk diselesaikan pada masa hadapan.

No comments:
Post a Comment