Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini adalah merangkumi media elektronik dan cetak.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.



KAMI RAKYAT SABAH BERTANYA MANA DIA TINDAKAN BERKAITAN LAPORAN RCI "


MyTUBE || TRUMP ||

Monday, March 18, 2013

RCI: Petunjuk Kedua

Kini timbul  cadangan  agar ditubuhkan satu  lagi RCI  atau kertas putih untuk menyiasat punca pencerobohan pengganas di kg Tanduo, Lahad Datu.

Apakah bendanya nie.... belum selesai siasatan panel RCI berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, dah nak tubuh pula satu lagi RCI.Rasanya pak haji  penjual ikan di pasar pun  tahu punca pencerobohan ini biarpun mereka kurang maklum apa itu RCI.

Bagi saya ini adalah taktik  misdirection...saya masih ingat perkataan  ini yang digunakan oleh John Travolta dalam satu filem aksi lakonannya.Tujuannya adalah  mengalihkan perhatian daripada perkara asal dan juga melengahkan masa nak bagi cukup kitaran 5 tahun.

Berapa  ramaikah warga  asal Sabah    yang akan terperdaya  menaiki roller coaster RCI mengelilingi dunia impian mereka untuk tempoh 5 tahun ?.Satu perjalanan  panjang yang amat bahaya apalagi bila jurumudi  adalah  warga negara celup.


No comments:

Post a Comment